Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 1, 2011

Photobucket

"Hello MOHD ASRI ,
Congratulations on completing your purchase of selaluberbicara.com. Your new domain has been registered with eNom and will expire on June 27, 2012. Your domain will be automatically configured to work with the Google Apps services you select. We're excited to help you offer powerful communication and sharing tools to all your users."



Alhamdulillah, segala pujian kita panjatkan kepada yang Maha Esa. Moga dengan pujian yang kita panjatkan serta syukur yang kita hamparkan menjadi bukti sebagai seorang hambaNya yang bersyukur. Hari ini 28 Rajab, tidak lama lagi datang pula syaaban dan seterusnya Ramadhan. Jadikan 2 bulan sebelum Ramadhan ini sebagai medium kita melatih diri dari segala ujian dunia sebelum memasuki madrasah tarbiyah ramadhan.

Tanggal 27 jun 2011, tercapainya satu lagi cita-cita saya. Alhamdulillah, dengan kelebihan yang Allah berikan kepada saya serta memanfaatkan kelebihan yang diberikan kepada insan lain mampu saya mengejar mimpi sekaligus menjadikan ianya suatu yang REALITI. Suatu ketika dahulu, tikamana saya mengepalai Kelab Remaja Sukses di Maahad Ahmadi tugas pertama yang diberikan oleh guru mentor sukses untuk saya adalah membina sebuah laman blog untuk kelab. Sehingga hari ini laman blog tersebut masih teguh berfungsi.

Kisahnya, saya mula menjadi seorang blogger awal tahun 2008. Ketika itu saya 'ditipu' oleh alang saya. "Dik, alang dah ada blog", alang saya ketika 2008. Terus saya memohon tunjuk ajarnya untuk membina sebuah blog untuk saya. Jika tidak silap saya, ketika dunia blogger baru mula hendak terkenal di Malaysia. Jika tidak silap saya juga, ketika itu kuasa blogger dalam dunia politik Malaysia pun tidak seberapa. Alang saya ketika itu tidak mahu mengajarkan kepada saya teknik membina sebuah blog. Langsung saya membina sendirian. Hakikatnya, ketika pertama kali membina blog saya langsung tidak tahu walau 1 teknik untuk membinanya. Bak kata orang " main hentam je". Terus blog pertama yang saya bina adalah blog Usrah Syazuliah. Kebetulan, tahunitu tahun 2008 saya memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan @ Presiden Usrah Syazuliah langsung saya binakan laman blog untuk kemudahan ahli usrah yang mencecah hampir 300 ketika itu.

Hujung bulan, ketika waktu pulang kerumah, saya khabarkan berita gembira kepada alang yang saya mampu membina blog tanpa bantuannya. Tahu apa reaksi alang saya? " Dik, ajar alang buat blog..", minta alang saya. Saat itu, saya hanya mampu senyum dan bertanya kembali. "La, habis tu, alang kata alang dah ada blog?", pertanyaan saya minta penjelasan alang seolah-olah sudah ditipu. "Blog alang pakai Myspace", rupanya ketika itu istilah blog ini bukan kepada blogspot atau wordpress semata-mata.



Akhirnya, saya juga yang mengajar alang membina laman blog beliau. Setelah selesai laman blog Usrah saya bina dan susun, saya rasakan peluang dakwah saya melalui laman blog usrah terlalu terbatas. Maklumlah, apabila dipanggil sesuatu laman blog itu sebagai PORTAl jadi kebanyakkan isinya juga perlu diselarikan dengan makna portal tersebut. Apa beza Portal dan Blog? Jika ingin mentakrifkan secara tepat apakah makna kedua-dua perkataan itu dengan tepat saya bukanlah orangnya kerana fokus bidang saya bukanlah Multimedia. Namun, sebagai insan yang suka mengambil tahu perkembangan dan pergerakkan maklumat saya mampu untuk mentakrifkannya secara kasar. Apabila disebut perkataan portal, selalunya konsep laman web@blog tersebut lebih kepada 'official'. Bermakna, semua isi didalam portal tersebut perlu ditapi agar apa-apa yang cuba disampaikan tidak menjejaskan agensi/ organisasi mahupun jabatan-jabatan yang mengendalikannya. Berbeza dengan Blog. Apabila disebut blog secara automatik kita dapat 'detect' secara kasar isi kandungan blog tersebut.

Selalunya, jika blog pasti tidak rasmi. Bahkan cerita peribadi pun mungkin disiarkan didalamnya. Oleh kerana itu, saya rasakan usaha saya dalam menyebarkan dakwah secara maya ini agak terbatas dan kerana itulah wujudnya laman Selalu Berbicara ini. Permulaannya, laman ini bukan sepopular laman Saiful Islam, Minda Tajdid dan seangkatan dengannya hatta hari ini pun tidak mampu menandingi kehebatan mereka semua dalam menyebarkan dakwah secara maya. Hari demi hari, saya cuba jadikan laman Selalu Berbicara ini sesuai dengan citarasa remaja. Target saya dalam berdakwah memalui laman ini adalah golongan remaja. Saya lihat hari ini, 95% dari golongan remaja ini mempunyai keupaayan untuk melayari internet. Justeru, dengan usaha kecil saya ini saya dambakan golongan remaja dapat sedikit manfaat darinya.

Cita-cita saya untuk memiliki domain web sendiri akhirnya tercapai. Cita-cita yang saya mimpikan sejak ditingkatan 5 lagi. Alhamdulillah, dengan bayaran serendah RM 30 setahun saya mampu memilikinya. Dengan adanya domain ini saya mampu mengikat diri saya supaya lebih konsisten dan terus kuat dalam bidang ini. Pernah mentor saya menasihatkan diri ini dalam menceburi bidang 'blogging' ini. Katanya, ramai orang mampu untuk ada blog sendiri, tapi tidak ramai yang mampu memanfaatkan orang lain dengan blog mereka. Katanya lagi pada saya, satu hari nanti tidak boleh tidak saya mesti daftarkan blog saya ini kepada domain-domain yang berdaftar agar orang lihat kita serius dalam melakukannya. Nasihat keramat itu saya pegang dan saya jadikan sebagai penguat untuk mengejar mimpi untuk menjadi realiti.

Secebis potongan Firman Allah :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (125

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"

Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin Atturki dalam kitab Tafsir Muyassar berkata, maksud ayat di atas Allah s.w.t menyuruh Rasulullah suapay mengajak manusi kejalanNya dengan bijaksana yakni berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah dan sampaikan nasihat dengan uslub yang sesuai dengan mereka serta berbahas bersama mereka dengan perbahasan yang baik dan lembut.

Menjadi seorang blogger ini juga tidak terlepas dari kewajipan ini. Mungkin kita golongan blogger boleh memanfaatkan laman blog ini supaya mampu mengajak manusia dengan cara bijaksana. Bijaksana dalam erti kata, laman blog kita ini isinya tiada yang sia-sia. Saya juga mengharapkan saya mampu untuk memanfaatkan laman Selalu berbicara ini sebagai salah satu medium dakwah saya. Oleh kerana itu, sokongan serta bantuan teman pembaca dan rakan-rakan saya yang lain dalam merealisasikan kerja ini saya alu-alukan. Moga dengan kerja-kerja seperti ini saya dan anda semua mampu mengembalikan kemuliaan dan sinar Islam satu masa dahulu.

Menjadi inspirasi saya didalam menulis dan didalam menjadi seorang blogger ini saya memilih Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pemilik laman Saifulislam.com. Kekuatan dan kehalusan seni dakwah yang ditonjolkan Ustaz Hasrizal begitu memikat hati saya. Saya cuba jadikan beliau sebagai inspirasi dalam meneruskan usaha berdakwah melalui alam maya ini. Jika Ustaz Hasrizal menulis buku-bukunya berdasarkan apa yang beliau tulis didalam lamannya begitu juga saya. Saya cuba juga untuk mengepilkan hasil tulisan ini untuk dijadikan sebuah buku untuk dibaca dan dimanfaat masyarakat khususnya remaja.

Mengejar mimpi untuk menjadi realiti pastinya memerlukan pengorbanan sekuat api membakar besi. Untuk itu, tiada yang akan menjadi realiti sekiranya hati seperti hangat tahi. Kejayaan paling besar adalah kejayaan mengubah diri dari 'tidak' kepada 'hendak'. Kejayaan yang manis kejayaan yang mampu menggembirakan ibu dan ummi. Allah berikan kekuatan aqal untuk menjadi insan yang cekal. Allah bekalkan hati untuk disirami dengan air mawar firdausi. Jangan takut untuk bermimpi kerana ianya pasti jadi realiti. Jangan takut untuk bermimpi. Tiada yang mustahil dinihari. Wallahu'alam

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1856pm


*Alang saya berada dikiri sekali, disebelahnya Angah saya dan hujung sekali Abang. Bergambar dihadapan bilik penjagaan bayi. Abang baru dikurniakan cahaya mata. Eizzah Syahidah bt Mohd Ezani.

2 Responses so far.

  1. tahniah.sudah ada domainn !

    moga ada manfaatnya ~

  2. Terima kasih..mohon sokongan anda semua..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -