- Back to Home »
- PERKONGSIAN PENGALAMAN »
- Bebaskan Palestin !
Asslamualaikum wbt. Sihat? Moga berada dalam keadaan yang sejahtera. Saya teringat ketika berada dibangku sekolah menengah yang ditinggalkan tidak lama dahulu setiap tahun kami akan disajikan dengan program berkenaan dengan kesengsaraan saudara kita di Palestin.
Jauh berbeza sekali nikmat keselesaan yang Allah berikan kepada kita dan kepada mereka. Namun, mereka percaya tiada lebih manis dari mempertahankan Qiblat umat islam yang pertama. Kita?, titipkan doa kepada mereka agar kekuatan dan bantuan Allah sentiasa bersama mereka. Amin.
ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya’
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Insyaallah, nasyid ini akan saya jadikan sebagai nasyid pembukaan sempena program di Unisza nanti.
Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Terakat Nasyatila 2137pm
Post a Comment