Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 24, 2011


Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Moga anda berada dibawah naunganNya. Alhamdulillah, tidak sampai masa dalam sebulan lagi saya akan pulang ke Malaysia. Pulang dengan penuh kerja yang menunggu dan aktiviti yang padat. Mohon doa semua rakan dan teman pembaca. Kekuatan fizikal belum dapat menjamin kekuatan minda!



Hari ini terasa macam ingin kongsikan resepi. Semenjak duduk diluar negara ini semua perkara kita kena lakukan sendirian. Masak, Membasuh, Menyidai, Membeli belah dan apa-apalah yang berkaitan. Dahulu, jika dirumah ada yang tolong masakkan, ada yang tolong basuhkan, ada yang tolong siangkan ikan. Disini, semualah kena lakukan sendiri, siang ayam, ikan , sayur dan yang paling penting bersihkan dapur. Kebersihan perlu diutamakan!

Bahan-bahan untuk buat roti pizza:
1. Tepung (Ikut suka anda, setengah kilo pun ok)
2. Yis
3. Gula
4. Garam
5. Dulang
6. Penggelek tepung (betulkah istilah ni?)

Bahan-bahan untuk 'sampah' pizza:

1. Bawang
2. Sosej
3. Cili hijau( yang besar tu)
4. Keju
5. Mayonis
6. Sos
7. Tomato
8. Ayam dan daging (Optional)

Cara-cara untuk buat roti pizza.

1. Masukkan tepung dalam bekas yang senang untuk diuli.
2. Bancuh gula dan garam didalam air suam supaya gula dan gara itu cepat larut.
3. Masukkan gula dan garam yang sudah dilarut tadi kedalam tepung yang hendak di uli.
4. Uli tepung sehingga sejuk dan masukkan sedikit demi sediki YIS. Yis takkan berfungi jika tepung panas.
5. Uli lagi sehingga tepung menjadi lembut, bak kata orang bila ditarik terputus tepuung itu.
6. Selesai menguli, penyekkan tepung itu seperti roti pizza. Gunakan penggelek.
7. Selesai menggelek dan sudah terbentuk bentuk roti pizza, biarkan sehingga roti kembang dan naik.
8. Selesai untuk roti.

Cara-cara untuk buat sampah. Inilah perkara yang palig senang jika nak dibandingkan dengan cara menguli sebentar tadi. Selepas roti dah naik dan kembang, baru boleh buat 'sampah' pizza.

1. Sapukan mayonis di atas permukaan roti keseluruhannya. Pasti jangan dipenyekkan roti dah kembang,nanti tak sedap. Mayonis tidak kisah letak banyak mana pun, jika nak jimat mayonis buat sendiri. Nanti entri akan datang saya ajar bagaimana nak buat mayonis.
2. Sapukan sos di atas mayonis tadi, tujuan sapu mayonis dan sos ini untuk pastikan rasa pizza itu lebih urmm.
3. Hiriskan bawang kecil-kecil atau panjang-panjang di atas permukaan pizza tadi.
4. Hiriskan juga sosej secara kecil-kecil atau petak-petak di atas permukaan pizza tadi.
5. Ayam dan daging pun boleh letak. pastikan ayam tu direbus terlebih dahulu kerana jika diletakkan mentah-mentah takut tidak masak.
6. Jika ingin menambah lobak merah pun boleh. Hiriskan panjang-panjang.
7. Tomato letak hiris bulat-bulat baru comel.
8. Akhir sekali hiriskan keju kecil-kecil atau panjang-panjang di atas permukaan pizza.

Ok, apabila sudah selesai semuanya, masukkan pizza tersebut didalam oven/mikrowave dan seangkatan dengannya. Pastikan anda memantau masa untuk membakar. Sekurang-kurangnya 15 minit ke 20 minit masa membakar. Jangan lupa tengok selalu ketika membakar takut-takut hangus. Selamat mencuba !










Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 1226pm

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -