Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 4, 2011

Assalamualaikum wbt. Huh, apa khabar semua? Alhamdulillah..moga sihat hendaknya. Rajab dah datang, selepas ini Syaaban pula dan pastinya Ramadhan pasti menjelma dengan seribu satu rahsia. Rasa tidak sabar untuk jejakkan kaki diMalaysia makin menggedik-gedik. Macam-macam bermain dek fikiran. Hohoho, macam-macam, rasa nak kahwin pun ada. Tapi mimpilah Asri oi, nak kahwin dengan siapa, umur pun kanak-kanak ribena+milo lagi.



Pastinya, saya amat merindui suasana ramadhan yang bakal tiba 2 bulan lagi. Sementara dibulan Israk dan Mikraj ini kita manfaatkan sebaik-baiknya sebagai persiapan dan latihan untuk memastikan Ramadhan yang datang betul-betul bermakna. Ala, macam lagu Raihan tu, "Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh maknaaa~". Moga betul-betul bermakna.

Sebenarnya, selepas entri "Aku Nak Menggediklah" pagi tadi disiarkan saya rasa hari ini saya nak menggedik sepenuhnya. Hoho, bukan apa, sekadar menceriakan hati. Jesteru itu, saya nak kongsikan beberapa ciri-ciri L E L A K I sejati tikamana saya jalan-jalan diblog rakan saya. Moga dengan perkongsian ini mampu membuka mata dan mencelikkan jiwa untuk memiliah pasangan hidup kelak. Ingat kalau dahulu perempuan asyik kata "We are not like a shirt" dalam erti kata kalau nak pakai kalau tak nak campak, begitu jugalah dengan lelaki. Hargailah lelaki yang betul-betul menghargai anda. Jangan dijadikan mereka seperti 'pampers' bayi.

Sebelum itu, saya amat berharap sekiranya anda berhati-hati dalam memilih pasangan anda. Saya amat terkejut apabila membaca pengakuan seorang remaja perempuan tentang status 'virgin'nya. Kesian dan Sayang seribu kali sayang. Dara sudah tiada, dihina dicerca, ibubapa merana, dan akhirnya keluarga sakit jiwa. Pilihlah dan berhati-hatilah memilih pasangan dan rakan takut-takut terjatuh dan tak mampu bangun semula. Moga remaja tersebut Allah sinarkan kembali cahay hidayahNya. Gedik yang terlampau insan tu!

LELAKI Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, TETAPI dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, TETAPI dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, TETAPI dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, TETAPI dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.

LELAKI Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, TETAPI dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, TETAPI dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, TETAPI bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, TETAPI dari sikap bijaknya memahami persoalan.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, TETAPI dari hati yang ada dibalik itu.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, TETAPI komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, TETAPI dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.

LELAKI Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, TETAPI dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

LELAKI Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan Bukti yang pasti
LELAKI Sejati adalah yang benar-benar LELAKI!


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan!

p/s: Teringin nak 'create' satu 'page' dilaman sosial facebook yang bertajuk Saya Gedik!, hehehehe(Idea Sengal tatkala pening murojaah subjek FIKRUL ISLAMI)
Maaf, bahasa tidak formal. Mohon doa semua untuk kejayaan saya dan rakan-rakan disini.


Pasukan Gedik FC!

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -