Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 23, 2011


"Janganlah kamu bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kamu"..Al-Ayat.

Dinihari ini banyak manusia yang sering lupa keperluan mereka untuk mejaga hati manusia lain. Disebabkan lupa keperluan itu, ramai yang hari ini seronok melihat hati insan lain terluka. Alangkah indahnya jika hari ini semua memahami antara satu dan lain. Alangkah indahnya, jika hari ini semua akan bersatu antara satu dengan yang lain. Namun, itu semua tidak akan berlaku kerana manusia diciptakan dengan ego yang berbeza-beza. Kerna itulah, ada yang tidak mempedulikan nasib orang lain.



Namun, sebagai seorang insan yang perlu meneruskan kehidupan kita dalam dunia yang penuh tipu daya ini kita perlu kuat. Kuat mental. Kuat fizikal dan yang paling penting kuat lapisan TAQWAnya. Saya teringat satu kata-kata yang saya pegang erat sebagai satu motivasi diri. " Pedulikan kata orang, Perbanyakkan bantu orang". Apa makna disebalik kata motivasi ini? Apabila kita mempedulikan apa yang orang kata pada kita maknanya kita telah berjaya menjadi diri kita sendiri dan pabila kita menjadi diri sendiri hakikatnya tiada siapa yang mampu mengoncangkan pendirian kita. Berbeza dengan mereka yang mengambil peduli kata-kata orang terhadapnya. Kesannya, semua pergerakkannya akan bersifat PLASTIK dan HIPOKRIT disamping kerja kita tidak akan pernah ikhlas.

Jadi, bila perlu mendengar kata orang? Dalam situasi ini, suka saya guna istilah PENDAPAT. Pendapat dan kata orang adalah perkara yang jauh 'gap' nya. Kadang-kadang saya pelik melihat golongan yang hanya tahu mengkritik tanpa mendatangkan cadangan. Pernah terjadi pada saya, ketika itu saya melayari laman facebook seorang hamba Allah ini dan terjumpa perbualannya dengan seorang hamba Allah lain memperkceilkan usaha saya serta rakan lain dalam menubuhkan Akademi Sukses. Hakikatnya, keadaan ketika itu saya agak tergamam dan terkilan. Namun, saya percaya jika dengar kata mereka sampai bila pun saya tidak akan berjaya. Fikir yang sempit akan dapatlah yang sempit.

Kerana itulah, Baginda s.a.w dalam usaha menerangi alam ini dengan cahaya Islam, Baginda tidak mempedulikan kata-kata Abu Jahal 'and the geng' kerana keyakinan Baginda dalam menyebarkan cahaya ini. Namun, tidak bermakna Baginda tidak menerima pendapat. Ingat sejarah perang Khandak? Bagaimana umat Islam ketika menang didalam peperangan kerana cadangan bernas dari Sayyidina Salman AlFarisi.

Pernah dengar kata-kata ini رضا الناس غاية لا تدرك ? " Redha Manusia Perkara Yang Tidak Pernah Tercapai". Ingat, jangan jadi hipokrit. Jangan jadi plastik. Jangan jadi talam dua muka. Jadi diri sendiri kerna itu lagi bermanfaat untuk kita. Selalu ingatkan diri kita, Selalu persoalkan diri kita mengapa kita memilih jalan ini tidak jalan itu ? Jawapannya, kita lebih menjadi diri kita dengan memilih jalan ini dari memilih jalan itu.

Jadilah Diri Sendiri Sayang, Jangan Menangis Sayang dengan semua ini, kerana Dia tahu kita pasti mampu.



إنا كنا أّذلّ قوم, فأعزناتاالله بلإسلام, فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به, فأذلناالله
Kata Sayyidina Umar, " Dulu kami adalah sehina-hina kaum, maka Allah muliakan kami dengan islam, Jadi jika kami mencari kemuliaan dengan apa yang Allah tidak muliakannya, maka Allah akan hinakan kami". Ayat yang begitu ringkas tapi padat dan tajam. Tidak perlulah kita gelisah jika teman sekerja asyik gelisah pada kita. Tak perlulah kita resah jika teman kita asyik meremehkan kita. Kerana Allah ada bersama kita. Wallahu'alam

Perkongsian hati untuk teman yang sering gelisah.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0207am

2 Responses so far.

  1. Betul.. Setuju. Bermakna sangat entry ni pada ana.

  2. Untuk peringatan kita bersama...Jangan mudah putus asa..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -