Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 13, 2011


Disebuah kampung pedalaman yang agak terpencil dari kepesatan bandar tinggal sebuah keluarga musang yang hidup aman dan damai tanpa gangguan. Kehidupan mereka yang begitu nyaman tetapi dek kerana sayangkan anak, ibu musang dan ayahnya tidak membenarkan anak musang untuk keluar dari sarang dengan sesuka hati. Walaupun permintaan itu telah banyak kali di ulangi oleh anak musang. " Ibu, bolehlah benarkan saya untuk keluar dari sarang ini, saya bosan duduk keseorang disini", pinta anak musang dengan muka pengharapan.



"Oh, no..I will not give you to go out from this den", jawab ibu musang dengan suara yang keras. " Tapi mengapa?, saya juga inginkan kehidupan seperti rakan-rakan saya diluar sana", respon anak musang yang berkeras untuk menghirup udara diluar. "Kamu masih kecil dan diluar sana banyak haiwan-haiwan yang boleh mengancam kamu", jawab ayah musang yang cuba memujuk anaknya supaya mendengar nasihat dan arahan ibunya. Akur si anak musang itu dengan hati yang penuh dengan kekecewaan.

Dijadikan cerita, suatu hari ketika ibu dan ayah musang sedang bersiap untuk keluar memburu di awal pagi anak musang juga sedang bersiap-siap untuk keluar curi dari rumah. Tekad dan nekad anak musang untuk lari dari untuk seketika bagi mencapai satu matlamat iaitu mengirup udara luar dan ingin bebas menjadi musang. Tikamana, keluar sahaja ibubapa si anak musang, dia juga turut memulakan langkah demi mencapai cita-citanya yang bakal mewarnai kehidupannya buat seketika.

Sepanjang perjalanannya mencari kebebasan dan mencari identiti kehidupannya sebagai seorang musang, anak musang terfikir akan keinginannya untuk tidak menjadi musang. Katakan tidak pada Musang!, mungkin itu difikirannya. Keinginannya itu makin membesar dibenak hati yang besar tapi dilayan kecil. Keinginan itu mendorongnya untuk bertemu dengan seekor kucing. Anak musang bertemu kucing disebuah rumah yang mewah. Alah, biasalah kucing memang dibelai oleh manusia. Musang? Ada manusia ingin membelaikah? Lalu, anak musang bertanya kepada kucing. " Wahai kucing yang tidak berapa kacak seperti saya, adakah boleh untuk saya menjadi seekor kucing?", tanya anak musang. "Eh, sudah tentu kamu boleh jadi seekor kucing yang comel seperti saya", balas kucing.

"Kalau begitu, apakah caranya untuk saya jadi seekor kucing?, pembedahan?", soal si anak musang. " Tidak perlu menghabiskan waktumu dengan pembedahan, kamu hanya perlu mengeluarkan bunyi sepertiku ini", jawab kucing. Kucing terus mengeluarkan bunyinya. "Miow, miow, miow". Kucing terus memberikan tip-tip untuk menjadi seekor kucing kepada anak musang. Katanya untuk menjadi seekor kucing anak musing perlu berani menangkap tikus, dan memakannya. Lantas anak musang bersuara, " Aku mohon maaf, aku rasa aku tidak mampu untuk menjadi seekor kucing kerana aku masih kecil dan aku tidak mampu untuk menangkap tikus serta mengeluarkan bunyi seperti kamu", jawab anak musang. Kucing hanya mampu tersenyum dan tertawa kecil melihat anak musang. Anak musang meneruskan perjalanannya.

Sudah hampir setengah hari anak musang berjalan, akhirnya dia bertemu dengan seekor ayam belanda. Ayam belanda selalunya mempunyai dagingnya lembut serta harganya mahal. Jika tidak silap, hampir juga mencecah RM 30 sekilogram. Perbualan antara mereka pun bermula. Seperti biasa soalan yang pertama di ajukan oleh anak musang. "Wahai ayam belanda, apakah mungkin aku menjadi sepertimu?". "Haha, mengapa pula tidak mungkin, sekarang "Nothing is Impossible", jawab ayam belanda yang agak sedikit pelik dengan pertanyaan anak musang. "Kalau begitu boleh tunjukkan saya caranya?", pinta anak musang.

"Senang sahaja caranya untuk menjadi seekor ayam belanda, engkau hanya perlu untuk makan dedak, mencari cacing untuk dijadikan sarapan dan bertelur untuk manusia", jawab ayam belanda. Lantaran itu, anak musang itu berfikir adakah dia mampu untuk bertelur dan mencari cacing. "Maafkan saya wahai ayam belanda, saya rasa saya tidak mampu untuk menjadi seperti kamu kerana tidak mungkin saya akan bertelur dan mencari cacing", ujar anak musang dengan rasa kecewa yang teramat.

Anak musang berlalu pergi dengan perasaan penuh kekecewaan. Tatkala anak musang berjalan meninggalkan ayam belanda tersebut anak musang teringat pesan ayahnya yang begitu bermakna jika anak musang memahaminya sebelum ini. Pesan ayah musang, Pencipta kita mencipta kita dengan kelebihan tersendiri, hanya kita sahaja tidak perasan dan tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya sehingga kelebihan itu boleh menjadikan kita haiwan yang disegani dan dihormati dihutan ini. Lantaran terfikir itu, anak musang amat menyesali tindakannya yang tidak mahu menuruti perintah ibu dan bapanya. Anak musang juga sedari bahawa kelebihannya yang diberikan Maha Pencipta membolehkannya menjadi haiwan yang lebih hebat dari Ayam Belanda serta Kucing.

Terus anak musang pulang kesarangnya dan memohon keampunanya dari kedua ibu bapanya. Ibu musang berkata, larangan keluar dari sarang itu bukannya untuk menafikan hak kebebasan anak musang tetapi ibu dan ayah musang ingin melatih potensi dan kekuatan yang anak musang miliki supaya anak musang menjadi haiwan yang sukses!.

Begitulah kehidupan seharian kitakan, kadangkala kita tidak sedar akan potensi yang Allah berikan kepada kita tetapi kita lebih tertumpu untuk menjadi insan yang lain. Pengalaman saya, ketika berada di Malaysia dan masih menuntut dibangku sekolah ramai yang menafikan kelebihan yang ada pada dirinya. "Gaya aku, cara jalan aku, cara makan aku, gaya sikat rambut aku sama macam si fulan ni tak?". Ruginya jika semua hari ini berfikiran sebegitu rupa. Cukup saya datangkan sepotong ayat alQuran yang mampu menjelaskan hakikat ini. Firman Allah didalam Surah Attin " Maka Sesungguhnya Kami Ciptakan Manusia itu dengan Sebaik-baik ciptaan".

Jika Maha Pencinta sudah menciptakan kita dengan sebaik-baik keadaan mengapa perlu kita menafikannya? Kita menafikannya kerana kita tidak yakin dengan kekuatan yang kita miliki dan kita kuasai. oleh sebab itulah, perlunya kita berdamping bersama dengan mereka yang telah berjaya mengeksploitasikan kelebihan ini agar kita juga mampu mengeksploitasikannya. Perlu juga kita menyertai apa-apa jenis program yang mampu mem'booster'kan semangat dan kekuatan kita serta perlunya kita membaca pengalaman-pengalaman orang yang telah berjaya.



Apa gunanya kita jadi diri sendiri? Jika soalan ini yang menjadi penghalang kejayaan anda, saya rasa seeloknya anda menghantuk kepala anda kedinding sebanyak 20 kali setiap hari. Pabila kita menjadi diri sendiri dalam erti kata kita adalah kita seperti mana yang kita hajatkan tidak akan timbul masalah kita boleh berjaya dalam apa sahaja bidang kita ceburi. Tambahan, pabila menjadi diri sendiri maka tiada siapa boleh untuk menghalang kita. Namun saya ingatkan dan 'highlight'kan bahawa perlunya kita dibimbing untuk kita jadi insan yang berada di atas landasan yang benar.

"Eh, kalau jadi diri sendiri, tak yah lah kita dengar nasihat orang ye tak?". Soalan ini juga soalan yang membunuh kriteria sukses diri anda. Dalam mencari sinar untuk hidup dalam diri sendiri perlunya kita memiliki sifat 'take and gift'. Apa maknanya 'take and gift'? Anda perlu mengambil nasihat, anda perlu mendengar teguran dan anda perlu mengambil pengajaran sebagai pedoman. Disamping, anda juga perlu memberi sebanyak yang mungkin supaya insan lain juga mampu menjadi seperti anda. Apakah mengambik inspirasi itu tidak menjadi diri sendiri? Cuba anda lihat dan selak sebaik-baiknya makna perkataan INSPIRASI. Mengambil inspirasi bukan bererti kita meniru dan ingin menjadi 100% seperti mereka. Dalam hal ini, saya lihat ramai yang ter'tiru' untuk menjadi artis dari menjadi diri sendiri. Itu yang pakai sini ketat, sana sendat, situ pusat dan dimana-mana maksiat. Betul?

Dalam kepala fikiran saya, inspirasi adalah 1 cetusan idea bukan 1 penjelmaan semula. Itu perbezaan ketara antara INSPIRASI dan TIRUI. Ketika saya sempat mengikuti kursus ESQ 165 di Seremban pada tahun April 2010 yang lepas, banyak perkara yang saya yang perolehi untuk menjelaskan tentang perihal inspirasi ini. Di Jepun, masyarakatnya yang masyhur dikenali sebagai bangsa yang paling berdisiplin didunia. Ada satu budaya yang saya tidak pasti namanya yang dimana mereka akan mengambil inspirasi dari sesuatu perkara yang terbit bukan dari kalangan mereka dan mereka akan buang perkara yang tidak elok dari perkara tersebut lalu mereka akan menghasilkan sesuatu yang baru dari perkara tersebut. Ha, inilah baru dikatakan mengambil inspirasi.

Moga dengan penulisan ini, mampu mencerahkan kembali sinar cahaya kelebihan yang terdapat didalam diri semua teman pembaca. Alangkah ruginya jika hari ini hanya mampu tersenyum melihat kehebatan orang tetapi kita tidak mampu senyum untuk melihat kehebatan dan kelebihan diri kita. Perlunya kita sedar dari semua ini supaya agama kita dapat manfaat besar dari kita. Ingat usia remaja kita hari ini mencerminkan corak pemerintahan negara 20 tahun akan datang. Jadilah diri sendiri sayang agar mampu menggegarkan dunia yang penuh dengan bayang-bayang! Wallahu'alam

Insan yang BIJAK, adalah mereka yang hari ini lebih BAIK dari semalam,
Insan yang TERPEDAYA, adalah mereka yang hari ini SAMA seperti semalam,
Insan yang RUGI, adalah mereka yang hari ini lebih TERUK dari semalam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 0211


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -