Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 1, 2011


"Seorang pendakwah sepatutnya mempunyai personaliti yang menarik. Dalam erti kata, penampilannya, imejnya, pertuturannya, dan pengaruhnya", kata seorang mursyid.



Melihat kondisi saya hari ini, nampaknya perang LEMAK ini memang perlu diteruskan tanpa adanya gencatan senjata. Sebelum sampai ke Maghribi rasanya saya dah terlajak juga dalam menjaga berat badan.

Seketika dahulu, Pak Uda saya pernah memuji saya kerana bentuk badan yang ideal. Namun, itu ketika saya berada di akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009.

Raya 2010,

"Mak ai, ustatt, apa naik badan ni?", soal Pak Uda saya ketika menziarahi kami di Tampin. Jawapan saya, "Biasalah tuan, orang bahagia memang macam ini". Teguran Pak Uda memang ada betulnya.

Jesteru, insyaAllah saya berazam untuk menurunkan 'at least' 10 kilo menjelang bulan september ini. Cara yang saya akan lakukan untuk memastikan Perang Lemak ini terus mencapai objektifnya adalah seperti berikut.

1. Sampai makan sekadar yang perlu sahaja.

Bererti, saya hanya akan makan pabila saya berasa lapar. Jika tidak, katakan tidak pada makan! Kebetulan budaya makan dirumah saya di Maghribi ini makan didalam dulang senanglah untuk aplikasikan strategi ini.

2. Minum air dengan banyak sekali.

Bererti, saya akan minum air mineral 'at least' 8 gelas sehari. Tapi, selalunya saya minum lebih juga kalau tidak bibir saya cepat pecah. Badan mudah panas. Kebetulan air-air di Maghribi ini bersih dan suci dari klorin jadi boleh diminum terus dari paip. Saya lebih 'prefer' untuk minum air mineral yang dibeli di Marjane ( lebih kurang Giant) dari minum air paip. Air mineral juga sebenarnya boleh menggantikan nasi dan karbohidrat yang lain. Saya dulu pernah cuba diet atkins yang disarankan oleh sahabat blogger saya Dzulfikri, tapi tak berhasil kerana saya lebih banyak langgar petua. Dalam petua tersebut, digalakan untuk meminum air dengan banyak.

3. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Saya suka makan buah. Walaupun ada buah yang saya tidak boleh makan dengan banyak kerana Ummi melarangnya. Namun, sikit-sikit halallah.. Buah epal akan membantu saya untuk aplikasikan strategi ini, disamping sekarang di Maghribi ini musim buah tembikai, plum, peach dan tembikai susu. Jadi, saya akan cuba untuk makan buah-buahan. Sayur-sayuran, saya minat menguyah sayur. Tapi, tinggi tetap sama. Tak tinggi-tinggi pun.

4. Mengamalkan Puasa Sunat 2 hari seminggu.

Bukan bermaksud puasa untuk turunkan berat badan. Kalau niat sebegitu, sia-sia pahala kita. Jadi, tujuan utama puasa ini untuk mencari keredhaanNya disamping sebagai latihan untuk memuasakan nafsu dan syahwat. Maqasid(Main Purpose) berpuasa adalah untuk menjadi insan yang bertakwa seperti mana Allah firmankan didalam surah albaqarah.

Itu sahaja, moga Perang Lemak saya kali ini benar-benar memberikan hasil yang menggembirakan saya. Pentingnya personaliti dalam berdakwah. Gemuk+ Selekeh =Hampeh!
Doakan saya supaya terus kuat dalam perang kali ini. Huhu.



Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan, diinspirasikan oleh Saifulislam.com

2 Responses so far.

  1. hhhhhhh. atkins atkiinss ! go go atkins ! 7 kg da ;) hehehe !

  2. mangai..7 kilo dah cik hana...bagus2,,terus usaha..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -