Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 15, 2011


Ketika engkau mulai terliur akan keindahan dunia

Maka jujurlah…

Apa yang dikatakan hatimu waktu itu?

Benar…. bahawa dunia ini fana,

Yang abadi hanyalah nikmat akhirat

Jadi tiada keperluan akan keindahan yang fana itu bagimu…



Ketika kau mulai tergoda melihat wanita yang menghiasi keindahan palsu itu….

Apa yang nurani mu bisikkan ketika itu?

Ya benar….

Itu hanya akan membinasakannya

Membinasakan dirinya sendiri, pula membinasakan setiap yang terliur padanya….

Jadi tiada alasan bagimu untuk tergoda perkara seperti itu….

Jujurlah ketika engkau berampasan dengan sesama muslim, tak peduli siapa pun mereka, sefaham atau tidak denganmu..

Apa yang kau dengar dari dalam dadamu?

.

Sungguh…

Kau harus tersenyum kepada mereka sebagai tanda bahawa sesama muslim adalah bersaudara….

Sehingga tiada jawapan untuk sikap dingin, sinis, bersungut, dan tidak ramah pada orang lain

.

Ketika nafsu menyamar menjadi keindahan….

Fitrah katanya, bahawa setiap manusia memiliki cinta dan kemudian menghalalkan semua untuk dilakukan….

Dengarlah.. apa yang terdengar dari relung hatimu yang paling dalam….

Bahawa ketertarikan yang terjaga itulah fitrah….

Selebihnya tentunya tidak..

Selebihnya itu adalah perangkap para penjaja dosa

Yang seharusnya tak pernah laku pada orang seperti kita..

.

Izinkanlah aku bertanyakan kejujuranmu…

Ketika dunia telah berubah haluan tak jelas kemana arah

Kepada siapa engkau sandarkan keyakinanmu?

.

Oh..

kejujuranmu itu sungguh mengagumkan….

Kejujuran atas kesetiaan pada Sang Pencipta…

Kejujuran atas keteguhan percaya bahawa tiada tuhan selain Allah

Kejujuran akan Muhammad-Nya

Kejujuran bahawa tiada yang mulia kecuali hanya dengan menjaga kesucian

Bahawa kita tetap akan setia pada keselamatan abadi dan kejujuran..

Kejujuran, kejujuran dan kejujuran..

.

Terima kasih…

Kerana ternyata kau masih tegap berdiri disamping kejujuran itu….

Masih setia menjaganya,

Masih teguh mempertahankannya…..



Sumber: Terima Kasih Atas Kejujuran Itu | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/terima-kasih-atas-kejujuran-itu/#ixzz1MSvUBx15



- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -