Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 21, 2011



"Tidak termasuk dari golongan kami, orang yang tidak mengasihi yang muda dan tidak meghormati orang tua", Hadis ini Shohih diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Imam Abu Daud.



Saya cuba untuk mencari sebanyak mungkin bahan rujukan untuk kongsikan bersama teman pembaca. Antara yang menjadi rujukan dan bahan bacaan saya ketika ini adalah sebuah kitab yang begitu ringkas namun menikam kalbu apabila membacanya. Buku Nasihat Iman dan Wasiat Agama yang dikarang oleh Imam Abdullah Ibnu Al-Haddad. Buku ini juga diringkaskan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari AlMakki. Buku ini amat tinggi nilainya bagi mereka ingin mencari penawar dan pedoman hidup.

Dalam entri sebelum ini, saya kongsikan kepada semua teman pembaca pengalaman saya berjumpa dengan orang tidak reti menghormati hak dan perasaan orang lain. Keadaan yang begitu menyentap perasaan saya ketika itu. Entah mengapa saya ini memang cepat terasa dengan perkara-perkara sebegini. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan haiwan. Pernah saya melihat anak anjing dilanggar oleh sebuah motor. Sungguh menghayat hati dan jiwa saya. walaupun didalam mazhab Imam Assyafie sepakat menyatakan bahawa anjing itu adalah najis mughazalah namun perasaan hubb pada haiwan itu melebihi segala-segalanya.

Hakikatnya, cinta mencintai mahkluk Allah ini merupakan satu tuntutan yang mulia. Cuma, bagaimana kita mengaplikasikan cinta itu mendatangkan 1001 persoalan. Saya tidak berminat untuk menulis tentang cinta ketika ini, cenderung saya lebih untuk berkongsi tentang hak hormat menghormati. Bagaimana seorang muslim yang berjaya dalam hidup, punyai harta sekalian alam, punyai isteri nan 4 tetapi tidak pandai menghormati hak orang lain dia adalah manusia paling rugi dan paling malang didunia ini.

Banyak hadith yang Nabi s.a.w tekankan agar umat Baginda s.a.w sentiasa menghormati dan menyayangi insan lain. Salah satunya, seperti yang saya kongsikan di awal entri. Hari ini ramai sangat dari kalangan kita yang sudah tidak reti menghormati. Saya terjumpa satu 'status' di FB pagi tadi. Status tu berbunyi seakan-akan melepaskan ketidakpuashatian terhadap seseorang. "spe mak aq nk mnilai ko haaa???ko maha besr k haa???da kte kwn sdri,sndri maO ingt lar beb!!pasl mk bpk jgn nk men2 ea..xpuas aty face to face...mulut longkang tul r...
ske ptr belit cte...sbb x cye ko???aq ssh nk cye owg..bpak aq sndri aq xbpe nk cye...pas tuh ptr cte kta bpk xcye ank...agk2 r beb...". Saya bawakan secara langsung status ini kepada anda. Sebelum itu, saya ingin beritahu saya bukan ingin membuka aib tuan punya status dan saya pasti anda tidak akan menjumpainya lagi sebab status ni saya jumpa pada seorang kenalan yang jauh dari Malaysia.

Saya tidak kisah sedikit pun dia ingin menyampaikan persaan marah dia terhadap sesiapa pun cuma yang saya sedikit terkejut apabila dia menyatakan bahawa dia juga tidak mempercayai ayahnya. Allah ! Apa ni? Sudah hilang akal ke? Apa dia tak perasan ke apa yang dia cakap? Dia kenapa? Macam itulah persoalan yang timbul dalam fikiran saya. Dah mula saya buruk sangka kepada tuan empunya status ini. Jika sejahat mana sekalipun ayah kita, dia masih ayah kita. Saya masih ingat kisah Mus'ab bin Umair ketika di awal kemasukkan beliau kedalam agama islam. Ibunya sangat-sangat membantah tindakan Mus'ab memeluk agama islam sehingga ibu beliau mengambil tindakan untuk mogok lapar. Walaupun begitu, Mus'ab sekalipun tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada ibunya. Lalu, Baginda s.a.w mendoakan agar ibunya memeluk islam.

Jelas, hak hormat pada ayah dan ibu khususnya merupakan perkara yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Nampak? Hormat dan taat. Jangan sebat duit mak bapak pastu buat maksiat tak ikut syariat. Dan hari ini perkara itu benar-benar berlaku, betul? Berapa ramai hari ini yang ibu bapa dorang di abaikan. Tak cukup jari jika nak dibilang menggunakan jari. "Succes without happines is the worst kind of failure" Louis Binstock. Saya kemukan sebuah kata-kata yang boleh membuka kita. Kata Louis Binstock, apabila kita mengatakan semua perkara sudah selesai, maka ianya adalah selesai, namun kejayaan dalam menyelesai perkara itu jika tiada kebahagian maka ianya adalah satu kegagalan yang paling teruk!. Sama seperti kehidupan kita. Hidup hebat mana sekalipun jika tidak mampu menunaikan hak kita sebagai seorang muslim kita adalah manusia yang teruk.



Antara hak-hak yang perlu kita lunaskan sebagai seorang muslim terhadap seorang muslim yang adalah menggembirakan teman kita. Saya ambil ini dari nasihat Imam Abdullah Ibnu AlHaddad. Cukuplah kita menjaga hati mereka dengan menjaga hati mereka pastinya mereka akan rasa gembira. Jika cukup kita jaga dan hormati hak manusia saya pasti hak kita dengan Rabbul Jalil terjaga. Sultan Ahmad 1 yang memerintah pada kurun ke 17 merupakan sultan khilafah turki uthmaniyah yang bertanggunhgjawab membina masjid biru yang megah menjadi sejarah di Turki hari ini. Apa yang dilakukan oleh Sultan Ahmad 1? Demi menjaga haknya kepada Allah beliau meletakkan palang di pintu masuk ke istananya bagi memastika beliau tidak merasa beditu besar diri dengan jawatan yang disandang olehnya. Lihat, bagaimana seorang sultan yang begitu mengambil berat tentang hak-hak manusia lain. Eh, apa kene mengene palang dengan hak hormat manusia. Jelasnya, pabila manusia berada disesuatu puncak dan tempat yang tinggi pastinya susah sesama sekali untuk menjaga hak kebajikan dan hak kehormatan orang dibawahnya. Justeru itu, tindakan Sultan Ahmad 1 memalangkan pintu masuk istananya agar beliau tunduk ketika setiap kali ingin memasuki istana. Hanya dengan cara begitu akan mengingatkan beliau bahawa dirinya bukanlah sehebat-hebat manusia di atas muka bumi ini.


Saya akan menziarahi Turki bulan julai ini. Insyaallah

Ingat kisah firaun? (Tiba-tiba idea menulis datang mencurah keladang gandum). Apa firaun kata? Ana Rabbukumul 'Ala, akulah tuhanmu, yang tertinggi..Surah Annaziat ayat 24. Bongkak ye tak? Langsung Allah seksa firaun ini dengan ditenggelamkannya dilaut merah. Dan sejarah menyaksikan bagaimana kejamnya firaun dalam menjaga kehormatan manusia ketika itu. Sungguh dan amat zalim. Nak ke jadi seperti firaun? Hati-hati jangan sampai kita digelar firaun kecil.

Akhir sekali untuk entri saya ini. Saya sentiasa mengingatikan diri saya dan teman pembaca semua bahawa jangan lupa untuk munajat cinta padaNya. Sekurang-kurangya seminggu 2 kali kita bangun untuk tahajjud cinta padanya. Kerana, bagi saya itulah kekuatan yang perlu kita peroleh untuk hadapi dunia. Jangan percaya pada saya tapi lakukan supaya anda merasakannya. Hidup ini wahai teman pembaca bukan sentiasa kita berada di atas. Pasti selepas kita berada di atas kita akan berada dibawah. Tikamana di atas, pastinya gembira, suka dan bahagia. Namun, tatkala dibawah kita duka, lara dan derita. Saya pernah alami kedua-dua situasi ini. Memang sakit dan memang pahit ketika dibawah. Kawan saya selalu pesan " Chill out bro!". Tanganilah dengan bijak. Jika hari kita berasa seronok mempermainkan hak kehormatan orang jangan terkejut esok lusa pastinya ramai lagi akan gembira bila hak kehormatan anda dipermaikan oleh orang.

Saya minta maaf kepada semua jika terkasar bahasa dan ada yang terasa. Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan
p/s: Ada orang tegur ejaan saya banyak yang salah. Terima kasih. Kesilapan yang tidak dapat di elakkan kerana menaip secara laju. Chill out Bro!


4 Responses so far.

  1. asr.... syue tau sapenye status yg cam x puas hati tu.... mule tu terkejut gak... ade tanye dye nape..hmm doakan laa tuk dye... papepun suke perkongsian yg baik ni asr.... terime kaseh....

  2. hehehe..dapat tahu ker..hebat btul cik syue ni..wakakakakak..sama2..ni first tiem syue komen ni...lopeh2 ni rajin2 sikit kritik asri ni,....

  3. hahaha...aah 1st time komen nie.... hmm terkadang teguran melalui tulisan itu lebih berkesan.... teruskan asri... dakwah melalui tulisan... :-)

  4. Insyaallah..mohon doa nya sahabat...kot tergelincir nnti tolong ingat2 kan...

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -