Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 19, 2011


"Hindarilah engkau dari berkawan dengan mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim, kerana aku mendapati mereka dilaknat oleh Allah sebanyak 3 kali didalam alQuran", wasiat Sayyiduna Ali Karramallahu Wajhah kepada ananda beliau.


Assalamualaikum wbt. Apa khabar kehidupan anda hari ini? Moga hari ini lebih bermakna dan lebih baik dari semalam. Ketika menulis waktu di Morocco ini tepat menunjukkan 1 pagi. Namun, saya masih belum mengantuk dek minum tea terlampau banyak dan perut menjadi seperti teletubis. Bagus jugak sebenarnya, membolehkan saya melalukan pelbagai dimalam hari. Kebetulan esok (20 Mei) adalah hari pertama saya akan menghadapi peperiksaan akhir. Jadi,kesempatan itu jugak memberikan saya peluang untuk membelek 'matbuk' sambil mencari maklumat-maklumat baru.

Bila berada didalam kehidupan sebagai seorang mahasiswa khususnya semestinya tidak lari dari mencari pelbagai rujukan dan bahan bacaan. Jadi, paradigma kita sebagai seorang mahasiswa dan bakal mahasiswa kena berubah ! Jika masih membaca 'gempak', 'mangga' dan sewaktu dengannya hentikanlah. Bak kata pepatah orang Negeri Sembilan "Buek Habih Bogheh yo". Nasihat saya kepada rakan dan teman pembaca yang bakal menempuhi alam mahasiswa supaya banyakkan bahan bacaan agar kita mudah untuk mengharungi dunia mahasiswa. Banyak baca banyaklah inputnya ! Jangan asyik rajin baca komen-komen di'facebook' tapi malas baca buku. Parah tu.

Hakikatnya, keinginan saya menulis saat ini untuk saya kongsikan satu perkara yang saya rasa amat penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Ada 2 kejadian yang saya ingin kongsikan bersama teman pembaca semua. Kejadian pertama ini sebenarnya sudah berlaku hampir sebulan tikamana saya hendak kebalai polis. Kejadian yang satu lagi berlaku ketika saya ingin mem'photosat' helaian-helaian nota di Universiti petang tadi.

Kejadian pertama:
Dalam keadaan terik mentari yang menyinari bumi ketika itu, saya dan seorang teman rumah keluar menuju kebalai polis (jangan buruk sangka). Hampir 10 kali jugakla saya dan teman-teman rumah berulang alik kesana demi mandapatkan sebuah kad pengenalan untuk pelajar ajanib. Kenapa banyak kali? Ha, itulah keisttimewaannya dan kelainan wilayah Fez dari wilayah yang lain. Seperti biasa, unta (basikal turbo) saya tidak dikayuh untuk kesana. Maklumlah, jauhnya seperti Tampin ke Repah je pun. Jadi, teksu menjadi pilihan agar sampai disana dalam keadaan selamat, selesa dan yang paling penting ketiak tidak basah dek peluh (Pesanan untuk memakai deodorant setiap masa). Dalam perjalanan menuju kesana saya dan teman rumah tadi pun berboraklah dengan drebar teksi. Alhamdulillah, pemandu teksi kali ini ramah dan mesra. Banyak pujian yang kami terima dari beliau. "Oh..Malazia mizyan, annas taoyyibun..(Malaysia terbaiklah bro, rakyatnya baik-baik belaka).

Namun, dalam perjalanan yang hanya mengambil masa 10 ke 15 minit tersebut dicemari dengan satu kejadian yang membuat hati saya begitu tersentuh. Ada seorang wanita menahan teksi dari jauh. Kelihatan ditempat wanita ini menahan teksi memang terdapat ramai orang yang turut menunggu teksi. Tepat dihadapan wanita tersebut teksi yang saya naiki ini berhenti. Kebetulan ada tempat kosong dihadapan. Selepas wanita tersebut memberitahu destinasi yang ingin dituju dan membuka pintu, datang seorang lelaki bertopi yang merempuh masuk secara kasar (ya lah, dah nama rempuh bukan lembut pulak kan) kedalam teksi. Langsung mengarahkan pemandu teksi tersebut meneruskan perjalanan. Tersentap saya ketika itu. Wanita tadi langsung memarahi dan terus memarahi lelaki itu tanpa dipedulikan nasibnya.

Dalam hati saya ketika itu terus mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Tidak langsung saya setuju dengan perbuatan sebegitu. Langsung sedikit pun tidak menghormati hati dan perasaan wanita tersebut. Saya ketika itu tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana jika ingin bertanya dan menjawab perbuatan itu saya masih belum mampu untuk bercakap bahasa dengan sefasih-fasihnya. Namun perbuatan itu benar-benar menyentuh hati kecil saya. Terfikir hilang kemana nilai hormat manusia zaman ini.

Kejadian Kedua :
Ketika menunggu dan beratur menunggu giliran untuk mem'photostat' helaian-helaian yang penting untuk peperiksaan datang seorang lelaki yang bertopi merah dengan helaian yang begitu banyak berdiri disebelah saya. Dan disebelah kanan saya ada seorang ukhti yang juga sudah lama beratur untuk mendapatkan gilirannya. Dijadikan cerita, sampailah giliran ukhti tadi untuk memfotokopikan helain kertasnya. Namun, nasibnya malang kerana secara tiba-tiba lelaki bertopi yang berdiri sebelah kiri saya sebentar tadi memarahinya dengan begitu kasar. Lelaki itu memarahinya atas alasan ukhti tersebut datng lambat berbanding darinya. Walhal, saya tercenggak disitu lagi lama berada disitu berbanding lelaki tersebut. Tikamana saya datang tidaklah pula kelihatan bayang-bayang lelaki tersebut.

Tindakan memarahi ukhti tersebut juga menyentuh perasaan saya. Apa hak lelaki tersbut untuk memarahi ukhti itu. Padahal ukhti tersebut terlebih dahulu berada disana sebelum dia. Makin hari makin perasaan hormat kepada insan lain ini terhakis. Mungkin kerana ego yang melambung tinggi dan mungkin juga kerana masalah 'miss communication' atau salah faham menyebabkan kita hari benar-benar hilang akan persaan itu!

Kedua-dua kejadian ini begitu mengajar saya erti menghormati hak perasaan dan hati orang lain. Insyaallah, saya akan lanjutkan perbincangan ini disiri akan datang. Kebetulan esok imtihan akan dimulakan awal pagi, jadi saya perlukan stamina yang cukup untuk menjawab soalan. Penting, saya mohon doa dari semua untuk saya agar kehidupan saya lebih diberkati.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan
p/s: Gaya bahasa saya kali ini lebih 'sempoi'untuk menyamankan keadaan kerana saya sedang bertarung dengan sesuatu. Doakan saya tabah menghadapinya.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -