Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 18, 2011

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya......" Surah Al-Baqarah:286.


Sungguh berat ujian Allah yang diberikan kepada saya, namun saya sedar mungkin ini sebagai kaffarah atas dosa yang menggunung tinggi. Tatkala menulis ini tangan masih bergetar-getar kesan oksigen yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, kesempatan dalam kesempitan ini mampu lagi menulis dan teruskan menulis dan menulis untuk membantu semua orang. Harapan dengan pembacaan dari pengalaman yang tidak seberapa ini mampu membuka dan memperbaharui diri kita. Bak kata orang putih "refresh your life". Kesempatan ini biarkan saya menulis sedikit situasi yang baru sahaja saya alami seketika tadi.

Tempat: Pusat Perubatan Hassan II, Fez (Keadaaan seperti PPUPM, HUKM dan HUSM)
Waktu: 7- 10 Malam waktu tempatan
Tarikh: 18 Mac 2011

Situasi 1 : Keadaan yang begitu dingin diluar berikutan angin pertukaran musim yang tidak menentu. Menunggu hampir 10 minit untuk memberhentikan teksi walaupun banyak teksi yang lalu dalam keadaan kosong. Hampa, namun Allah berikan yang terbaik untuk kita.

Situasi 2 : Sampai di Pusat Perubatan Hassan II dalam keadaan hiruk piruk dihadapan pintu masuk bahagian kecemasan. Dibenarkan masuk atas dasar penyakit kronik 'diqoh tanaffus'(asthma). Sesak diluar bilik rawatan dan pertama kali melihat begitu ramai orang sakit dihospital. Selalunya tikamana hadir menerima rawatan hanya doktor dan seorang pesakit didalam bilik. Terpaksa menunggu giliran.

Situasi 3 : Bilik yang tidak mempunyai tekanan oksigen yang begitu kuat. Didalam bilik rawatan terdapat 3 orang yang terlantar. Suspek pertama, seorang mak cik tua berbaju warna pink yang kelihatan tenat disamping muka merah padam. Suspek kedua, seorang mak cik yang memakai baju berwarna hitam meronta-ronta kesakitan sambil jerit. Suspek ketigam seorang remaja yang sedang dikerusi sambil menggunakan rawatan oksigen.

Situasi 4 : Terkejut melihat tindakan suspek kedua yang meronta sambil menampar-nampar dinding bilik. Anak suspek pertama cuba menenangkan suspek kedua supaya bersabar. Saya hanya mampu melihat dan bersabar.

Situasi 5 : Remaja yang menggunakan oksigen memanggil doktor sambil menanyakan, "fin hua dawak?(mana ubat aku?)", bertanya dengan nada sopan. Doktor tanya penyakit di alaminya. Lalu doktor beredar tanpa mengisi ubat.

Situasi 6 : Suspek kelima, seorang lelaki tanpa baju masuk dengan badan yang seperti ditetak dengan parang. Ubat untuk remaja masih lagi belum diisi. Mak cik suspek pertama sudah berhenti membuat muka yang sakit kerana melihat ada yang lebih derita darinya. Mak cik suspek kedua terus dengan rintihan dan perlakuannya.

Situasi 7 : Doktor lelaki yang kurang mesra mendesak agar sahabat yang menemani remaja suspek ketiga membayar dan membuat pendaftaran walaupun ada pengecualian terhadap pelajar. 2 orang doktor yang keluar masuk tanpa ada sebarang pekerjaan. Seorang doktor lelaki yang mengenali remaja suspek ketiga berbual mesra dan kehairanan akibat remaja kerap datang ke hospital.

Situasi 8 : Teman remaja suspek ketiga datang bersama doktor berumur menanyakan perihal remaja. Mesra dan menghormati remaja. Kes remaja di'submit'kan terus ke Pakar Pernafasan atas alasan kerap mengalami sakit yang sama. Sementara, didalam bilik ahli keluarga Mak Cik suspek pertama berbalah bersama keluarga Mak Cik suspek kedua dengan nada yang tinggi. Berbalah akibat siapa perlu diperiksa dahulu sedangkan Mak Cik suspek kedua datang kemudian dari Mak Cik suspek pertama. Sebelum itu, Mak cik suspek pertama meminta segelas air kebetulan suspek keempat yakni lelaki tanpa baju juga perlukan air. Lelaki tanpa baju mendahulukan mak cik suspek kedua.

Situasi 9 : Badan lelaki tanpa baju menggeletar seperti saatnya bertemu sakarat. Terkedu remaja suspek ketiga melihatnya. Doktor pakar menasihatkan remaja dan mendengar masalah yang dihadapinya. Doktor meminta remaja keluar mengikutnya untuk melakukan sinar x. Hasil keputusan mungkin ada jangkita kuman pada paru-paru belah kiri remaja. Rawatan remaja selesai, sambil menunggu doktor pakar yang mungkin seorang ibu pada anaknya datang dengan ubat dan deskripsi. Kedatangan doktor membawa banyak helaian kertas. Helaian pertama, kertas deskripsi ubat yang perlu dibeli oleh remaja difarmasi. Helain kedua, surat pelepasan untuk remaja. Helaian ketiga, surat temujanji bersama doktor pakar yang bertarikh 18 april. Helaian keempat, surat temujanji yang bertarikh 21 april. Helaian terakhir tidak dapat dikenal pasti kandungannya kerana berbahasa perancis. Doktor menunjukkan cara penggunaan inhaler yang betul. Remaja diberikan inhaler yang baru berwarna merah dan diminta gunakan setiap hari.

Ummi kata paru-paru orang sihat akan kelihatan hitam sepenuhnya

Situasi 10 : Keluar dari hospital dengan perasaan yang syukur dipanjangkan lagi umur. Ketiadaan teksi menyebabkan terpaksa menunggu lagi. Seorang pak cik(kereta sapu) datang bertanya destinasi. Namun, disebabkan keuntungan tidak seberapa dia mencari penumpang lain. Selamat sampai dirumah dengan mereka terkejut dengan membawa balik laporan sinar x.

Alhamdulillah, inilah situasi yang saya lalui seketika tadi. Banyak situasi yang kadangkala menyakitkan hati dan ada juga yang menggembirakan hati. Pentingkan diri sendiri, sombong, tidak mesra, dan pelbagainya menjadikan hidup ini berperencah. Mahu atau tidakm inilah juga situasi yang bakal dilalui setiap manusia pada hari mendatang. Bagaimana kita laluinya, kita sahaja mampu merasainya. Pengalaman serta nasihat jadikan panduan. Tertinggal gerabak kereta api bukan kerana salah kereta api, namun salah diri yang tidak mampu mengejar. Manusia tidak gagal dalam hidup tetapi gagal dalam merancang kehidupan. Meskipun dalam merancang kehidupan berdoalah agar Allah memberikan yang terbaik untuk kita. Mintalah pada Maha Pemberi. Situasi yang pahit tidak menjadikan kondisi kita juga pahit. Situasi Vs Kondisi!

Remaja itu adalah saya, mengalami situasi sebegini kadangkala mengajar kita erti syukur pada kondisi kita yang jauh lebih baik dari kondisi saudara kita di Palestin.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -