Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 15, 2011

"Eh, kamu muda ke tua?",tegur seorang kakak ketika saya sedang memilih warna jubah yang sesuai dengan saya. "Kalau muda, ambillah warna ini", kakak itu menunjukkan warna yang tidak masuk dengan jiwa saya.

Bertemu lagi diruang yang sesak dengan susun atur yang tidak seberapa ini. Bercadang juga ingin merubah semula penyusunan blog ini tetapi memandangkan ianya memakan masa yang amat lama, saya tinggalkan dengan sebegini rupa. Cepat sungguh masa berlalu, sedar tidak sedar kita meninggalkan bulan februari dengan begitu sahaja. Kini bulan Mac datang menjelma dengan banyak perkara yang tidak mampu dijangka manusia. Siapa sangka tsunami datang kembali. Walaupun tidak sehebat tahun 2006 dahulu, namun ada juga yang berpendapat bahawa Tsunami kali ini lagi memudaratkan kerana hari ini sahaja 3 rektor utama loji nuklear di Jepun sudah pun meletup. Allah Maha Kuasa.

Berhati-hati. Tatkala Allah ingatkan kita menerusi firmanNya "Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya", Surah Al-Luqman Ayat 34. Jelas, bahawa manusia hanya mampu merancang tetapi tidak mampu menentukan. Hanya sekelip mata yang cantik bertukar menjadi buruk, yang kurus menjadi gemuk, yang baik menjadi jahat, dan mungkin yang ahli neraka menjadi ahli syurga dengan kuasa Allah. Berikutan itu, bersedia dan redhalah dengan apa sahaja yang bakal menimpa.

Kembali kepada tajuk. Hampir berkali-kali, saya ditanya kenapa berpakaian seperti orang tua. Jujurnya, dimana terzahirnya ciri-ciri ketuaan itupun saya tidak tahu. Mungkin dari sudut 'trend' baju dan 'design' baju tersebut membuatkan saya nampak tua. Berkotak-kotak, warna kusam dan ada lagi yang saya tidak dapat gambarkan. Tidak dinafikan lagi bahawa kebanyakkan pakaian saya semuanya mempunyai ciri-ciri ketuaan. Hanya kerana jiwa saya lebih menjiwai warna-warna sedemikian. Kelabu, biru tua, dan seangkatanya. Jam tangan saya pun tidak sesuai dipakai oleh remaja seperti saya. Ingat lagi, ade yang membandingkan jam tangan saya dengan jam tangan Syahir. Manatidaknya, sudah tentu jiwa remaja Syahir masih segar jika dibandingkan saya. "Tengok la jenama jam Syahir, ko punye macam orang tua nye je", teguran yang membina.

Itulah kehidupan saya, hakikatnya semenjak berada disamping Ustaz Shuhadak saya selalu bertemu kebanyakkan orang tua sehinggakan jika bertemu dimana-mana sahaja dengan pak cik-pak cik ini sudah tentu bertemunya seperti seorang sahabat. Ustat kecik, panggilan yang digelar oleh pakcik-pakcik di Masjid Tampin yang kebanyakkan saya berkawan dengan mereka. "Kawan-kawan ko semuanya orang tua dik", ummi berseloroh satu ketika dahulu. Nilai tua yang digambarkan mereka ini mungkin hanya berada disesetengah tempat. Saya maklumkan, bahawa keadaan mereka yang tua ini kadangkala mampu mencetuskan pelbagai idea didalam pemikiran saya. Sehinggakan pengalaman-pengalaman hidup mereka saya jadikan pedoman supaya tidak tersilap langkah satu hari nanti. Ada yang buruk, adanya baik dan ada juga yang mencuit hati.

Namun kesegaran fikrah sebagai seorang muda juga perlu dijaga. Kalau dicampur gaya fikir kita dan ditambahkan bersama pandangan mereka(orang tua) pastinya akan menghasilkan sesuatu yang sedap mata memandang. Muda+Tua= MuTu. Sebab itulah, jangan di ambil ringan akan percakapan mereka. Bak kata orang, mereka lagi awal rasa gula-gula hacks dari kita. Saya mencari juga hadith yang berkenaan dengan kasih sayang Allah lebih kepada orang muda namun masih tidak menjumpainya(lafaz dan matan hadith tersebut). Bagaimanakah ciri-ciri remaja@pemuda yang disayangi Allah. Dalam membicarakan hal itu, ada juga ulama' yang mengatakan bahawa ciri-ciri remaja@pemuda yang disayangi Allah adalah seperti berikut:

  • Pemuda yang selalu bertaubat
  • Pemuda yang selalu mengimarahkan masjid
  • Pemuda yang beramal soleh
  • Pemuda yang bertaqwa
  • Pemuda yang kuat perkasa
Warnailah kehidupan kita dengan amal soleh dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Waktu remaja inilah kita gunakan peluang yang ada untuk berbakti kepada agama dan dunia. Saya yakin, jika ditanya mereka yang sudah jauh dari Islam apa yang mereka mahukan didunia dan di akhirat sudah tentu jawapan mereka inginkan yang terbaik. Itulah fitrah manusia, cuma kadangkala manusia tersalah langkah untuk mewarnainya. Baru-baru ini saya 'download' sebuah cerekarama yang bertajuk 'Ampunkan Daku'. Sebuah lakonan yang mengisahkan kehidupan golongan-golongan yang terlanjur. Mereka tidak minta semuanya terjadi. Namun, akibat nafsu diletakkan sebagai pemandu hidup akhirnya mereka tewas dengan godaan dunia yang maha dahsyat ini. Peluang kehidupan mereka tidaklah sesempit yang kita sangkakan. Selalunya pandangan masyarakat yang berlandaskan pemikiran jumud menjadikan kehidupan lebih hitam lagi gempita. Saya pernah menjejakkan kaki saya ditempat perlindungan ini. Jika tidak silap pengalaman saya pun ditulis disini. Sungguh terharu saya, mereka yang sebegini keadaan walaupun terpalit kisah hitam masih lagi kuat menjalani kehidupan. Cadang saya pada teman pembaca cubalah muatturun cerekarama tersebut.

Peluang ke-2 semestinya ada!, Banyak perlu di ubah dalam masyarakat kita hari ini. Semuanya kita perlu ubah. Pemikiran, gaya hidup(addin) dan akhlak. Sebelum menulis kali ini, saya ber'dinner' bersama Yassin dibiliknya. Kebetulan rakannya dari UAE yang menziarahi Morocco selama sebulan berada dibiliknya, kami berbual dan makan bersama. Banyak juga cebisan ilmu dapat dikorek bersama mereka. Galak yang disebutkan tadi tentang ilmu perkahwinan. Perkahwinan yang pasti menjadikan kita lebih bertanggungjawab. Kekuatan fizikal dan mental perlu disediakan dengan rapi. Itu asasnya. Moga jodoh saya satu hari nanti yang bakal melayari bahtera kehidupan bersama saya berpurdah. Saya sudah jatuh cinta dengan keindahan purdah! Moga Allah permudahkan usaha saya dan mereka yang ditakdirkan bersama saya kelak. Moga Allah perkenan.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan, (2.54am/16o311)

Get your own Poll!





- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -