Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 8, 2011


"Syahal akhoya?(Berapa harga ni bang?)", tanya seorang budak perempuan kecil. "I'tini juj akhoya(bagi saya 2 bang)", pinta budak perempuan kecil itu dengan muka yang riang selepas mengetahui bahawa harga kek itu murah. Begitulah perihal budak perempuan yang saya perhatikan ketika sedang mengisi perut dimahlabah(kafe). Riang, gembira dek kerana mampu membeli kek yang bernilai 3dirham. Semua insan akan merasakan perasaan yang sama jika impian yang disimpan dan disemai menjadi kenyaatan. Kadangkala sehinggakan kita merasakan dunia ini kita yang punya. Tikamana saat itu menjelma bersyukurlah pada yang Maha Esa. Sengaja saya menulis permulaan entri kali ini dengan kisah seperti ini supaya kita akan terkenang masa kecil kita disamping menjadi ingatan yang kekal abadi. Tikamana kita masih kecil semua permintaan kita mesti akan cuba dipenuhi oleh ibubapa kita. Adanya yang minta terus dapat. Adanya yang minta tetapi di'pending' permintaannya sehingga hujung bulan(waktu gaji). Begitulah kita ketika kecil bukan?

Mungkin juga budak perempuan kecil itu yang seronok dan riang ketika membeli kek itu turut berada dalam situasi yang sama seperti kita. Mungkin sebelum datang kemahlabah itu budak kecil itu meminta pada ibunya duit untuk membeli kek. Mungkin niatnya untuk satu. Tetapi kerana murah(bagi saya) dia beli untuk ibunya sekali. Gembira, riang, aman dan sentosa. Perasaan itulah yang menyelubungi saya tatkala menulis kali ini. Alhamdulillah, permintaan saya pada ummi dan ayah untuk membeli 'laptop' baru bakal menjadi impian. Namun, percayalah, bukan senang bagi ibubapa kita untuk menunaikan permintaan kita. Mereka bersusah payah untuk kita. Jesteru, jangan dipersiakan harapan mereka kepada kita semua. Moga dengan sedikit ilmu didada ini dan bekalan pengalaman yang kita kutipi dari hidup dapat membantu dan membahagiakan mereka 1 hari nanti.
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud. Moga tergolong dalam golongan yang mendoakan ibubapa kita kelak.

Assalamualaikum w.b.t. Moga pertemuan kali ini memberikan seribu 1 inspirasi dan juga mendapat manfaat. Kahak, kahak, kahak. Mengapa kahak? Sebenarnya, kerana kahaklah saya terpaksa kehospital buat kali ke2 dan ke3. Namun sakit ini sebenarnya adalah kaffarah dosa disebalik kemungkaran yang kita lakukan selama ini. Hampir seminggu saya uzur. Akibat selsema dan kahak yang berkumpul lalu asthma datang menjelma. Kebetulan saya menulis ini, saya ingin kongsikan sedikit informasi berkenaan dengan kahak dan tindakan yang anda perlu lakukan apabila berada ditempat saya. Walaupun, tindakan yang saya lakukan selama ini tidaklah mendatangkan hasil namun saya suka berkongsi. Hehe. Kahak dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai 'phlegm'. Mengikut wikipedia yang saya baca, bahawa kahak ini adalah cecair atau selaput lendir yang dihasilkan oleh sistem penafasan.

Bagi mereka yang berpenyakit seperti TB dan Asthma mungkin kahak ini akan menyebabkan anda rasa kurang selesa. Tambahan jika kahak ini menyukarkan anda untuk bernafas. Saat saya uzur dan kritikal diserang asthma baru-baru ini juga disebabkan kahak yang berkumpul dan menutupi ruang pernafasan saya. Jadi, langkah awal untuk mencegah kahak ini adalah sentiasa mengamalkan permakanan yang sihat. Kurangkan makanan berminyak kerana makanan minyak akan menyebabkan anda lebih berkahak. Justeru, jika anda mengalami selsema, perbanyakkan minum air suam supaya kahak-kahak itu lembut. Sapukan juga 'vick' atau seangkatan dengannya dihidung anda sebelum anda melelapkan mata anda supaya hidung lebih berjalan lancar. Banyak info kesihatan yang saya baca menyatakan selalunya asthma lebih suka bertandang pada pesakitnya pada waktu malam. Pakailah stokin, baju sejuk, dan apa-apa peralatan untuk mengelakkan anda ditandang oleh asthma. Anda akan lebih berisiko jika anda hidup dalam 'air-cond' dan juga keadaan sekeliling yang berhabuk. Hati-hatilah.

Akhir bicara, semoga kita menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga kesihatan. Namun tidak dapat dinafikan bahawa semua ini adalah kuasa Maha Pencinta yang memberikan kita sedikit ujian untuk mengenal hakikat Dia. Jika Dia menjadikan kita senang, maka senanglah urusana kita. Jika Dia menjadikan kita susah maka susahlah urusan kita.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan", Al-'Araf ayat 34. Demikianlah, firman Allah yang menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai ketentuannya sendiri. Cuma kita, sedia atau tidak ia pasti akan datang menjelma. Tingkatkan amal tinggikan taqwa. Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan


- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -