Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 20, 2011


Izinkanku Berbicara, Mengungkap Seribu Bahasa
Izinkanku Berbicara, Dari Hati Yang Penuh Luka
Izinkanku Berbicara, Untuk Mengubati Hati Kita
Izinkanku Berbicara, Ikhlas Dari Hati Saya

Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Paras Rupa
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Harta Sikaya
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Ilmu si Dia
Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Pekerti Baginda

Aku Insan Biasa, Tidak Punyai Kelebihan
Aku Insan Biasa, Hanya Tahu Makan
Aku Insan Biasa, Berbicara Mengikut Lisan
Aku Insan Biasa, Mungkin Melakukan Kesilapan

Aku Insan Biasa, Miliki Keluarga Juga Jiwa
Aku Insan Biasa, Miliki Hati Dan Raga
Aku Insan Biasa, Miliki Hanya Badan Sementara
Aku Insan Biasa, Miliki Rasa Cinta

Aku Insan Biasa, Ingin Ada Rasa Bahagia
Aku Insan Biasa, Ingin Punyai Keluarga
Aku Insan Biasa, Ingin Miliki Cinta
Aku Insan Biasa, Ingin Punyai Penyejuk Mata

Aku Insan Biasa, Selalu Saja Tersalah Langkah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menerima Padah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menyesal Tak Sudah
Aku Insan Biasa, Selalu Saja Menanti Mau'izah

Aku Insan Biasa, Tidak Mampu Membeli Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Mengerti Erti Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Fahami Erti Kasihi
Aku Insan Biasa, Tidak Miliki Dua Hati

Aku Insan Biasa, Tidak Bisa Memaksa Cinta
Aku Insan Biasa, Tiada Kuasa Miliki Cinta
Aku Insan Biasa, Tidak Bisa Beli Cinta
Aku Insan Biasa, Yang Selalu Abaikan Cinta

Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dihargai
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dikasihi
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Difahami
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Dicintai

Aku Insan Biasa, Tidak Sesempurna Baginda
Aku Insan Biasa, Yang Ingin Mengikut Sunnahnya
Aku Insan Biasa, Dambakan Seperti Khadijah Isteri Baginda
Aku Insan Biasa, Baunya Tidak Sewangi Wangian Syurga

Aku Insan Biasa, Perlukan Cinta
Aku Insan Biasa, Perlukan Kasih Mesra
Aku Insan Biasa, Ingin Penyejuk Mata
Aku Insan Biasa, Perlukan Seperti Fatimah AzZahra

Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kesilapan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kesalahan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kekhilafan
Aku Insan Biasa, Tidak Lari Dari Kekurangan

Aku Insan Biasa, Perlukan Pelengkap Hidupnya
Aku Insan Biasa, Juga Ingin Hidup Sempurna
Aku Insan Biasa, Kekuatanku Dari Maha Pencinta
Aku Insan Biasa, Kerana Cinta Aku Didunia

Aku Insan Biasa, Mohon Doa Pada Maha Esa
Aku Insan Biasa, Berikan Kekuatan Menjaga Cinta
Aku Insan Biasa, Mohon Kefahaman Erti Cinta
Aku Insan Biasa, Perlukan Dia Azzahra

Aku Insan Biasa, Tidak Tahu Isi Hati
Aku Insan Biasa, Tidak Tahu Apa Ada DiHati
Aku Insan Biasa, Mohon Ikhlas Dihati
Aku Insan Biasa, Mohon Setia Pada Diri

Aku Insan Biasa, Aku Cuba Hargai
Aku Insan Biasa, Aku Cuba Mencintai
Aku Insan Biasa, Aku Cuba Fahami
Aku Insan Biasa, Yang Perlu Mencintai

Aku Insan Biasaa......Maafi Diri Ini
Aku Insan Biasaaaa......

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan


alfaQir
10.50 pm,20 Mac 2011

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -