Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 6, 2011



Assalamualaikum. Putih itu suci, Merah itu berani, Hijau itu tenang, Biru itu langit. ''Wahai Tuhan Yang Membolak balikkan Hati, Tetapkanlah Hati Kami Pada Jalan KeimananMu dan Jalan TaqwaMu''. Semoga semua amalan kita sepanjang tahun 2010 diterima Allah dan semoga yang berlalu dibiarkan ianya berlalu. Baru sahaja 2 hari melalui tahun baru, banyak pengalaman yang dapat dikutip. Saya pasti anda semua begitu jua. Cuma cara kita memanfaatkannya berbeza. Bagi alfaQir, pengalaman yang cukup berharga tidak mungkin dibiarkan berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah, sepanjang fatrah peperiksaan ini semua subjek berjaya dijawab. Hanya berbaki subjek nahu dan balaghah minggu ini. Paling tidak dilupakan, saat berhadapan dengan ujian bahasa perancis yang mencuit hati. ''Maaf ustazah, esei tahu ni je'', rayu alfaQir agar dipermudahkan ujian bahasa ini. Cukuplah, sekadar itu untuk semester ini. Unik dan bernilai tinggi. Allah menciptakan manusia berbilang kaum dan bangsa agar kita kenal mengenali antara satu sama lain. Je mange, Tu manges, Il mange dan Elle Mange sedikit kalimah dari bahasa perancis ini. Lihat mudah, sebut payah.

Ramai yang kita lihat tatkala tahun baru menjelma pasti diselitkan dengan azam baru. Semua sibuk dengan menanam azaam. Bagusnya, jika setiap azam itu dapat ditunaikan. Bukan mudah untuk menjadikan azam itu suatu yang pasti jika semangat yang KONSISTEN dan usaha yang JITU. Paling utama, sentiasalah mentajdid(memperbaharui) semangat itu agar usaha makin jitu. alfaQir? Bagi diri ini, azam alfaQir tidak seberapa namun lebih baik alfaQir sahaja yang mengetahuinya agar ianya lebih mapan dan mantap. Paling penting dalam mengejar azam syariat jangan diketepikan. Entri kali ini alfaQir tidak berminat untuk berkongsi tentang azam tahun baru. Kali ini alfaQir cuba kongsikan pengalaman berada disini ketika tahun baru.

Tikamana menaiki bas untuk ke madinah dengan membeli kitab bersama Ahmad hadirnya puluhan maunusia berhimpit-himpit untuk menaiki bas yang sama. Mujurlah,sempat berebut tempat duduk. Tidak boleh berlembut sangat, nanti kita yang mudharat, dalam erti kata kita tidak boleh memberi muka yang terlebih kepada mereka tetapi jangan dilupakan adab melayu yang sopan santun. Ketika dalam perjalanan dengan keadaan bas yang sesak dengan lautan manusia berbangsa arab, alfaQir disapa oleh beberapa lelaki arab. "Bakistan?", tanya arab tersebut. "Masyi Bakistan, Ana Malizi", jawab ringkas alfaQir tidak selesa dengan keadaan sesak. Arab tersebut terus menanyakan beberapa soalan yang alfaQir boleh terjemahkan disini " Dadah kat Malaysia dari mana?", jawab arab yang tidak seberapa. " Maaflah, saya tak amik tahulah pasal dadah ni", jawab alfafaQir malas menjawab soalan yang tidak bermanfaat. Namun begitu arab tersebut masih tidak berpuas hati ingin menanyakan soalan yang mampu membuatkan orang ramai menggelakkan alfaQir. Arab tersebut bertanya lagi berikutan alfaQir memakai kopiah ketika keluar ke madinah. " Kau kenal tak Osama ben Laden?", tanya salah seorang dari mereka. "Aku kenal Osama ben Laden, kenapa?", ringkas dari alfaQir. " Kau dari jemaah dia ke?, atau jemaah lain?", tanya arab.

Bingkas dan tegas alfaQir jawab. " Aku bukan dari golongan mereka, Aku Ahli Sunnah wal Jamaah", jawab alfaQir sambil membacakan kepada mereka sepotong hadis berkenaan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Diam, tersentap mereka. "Budak ni, bukan tahu pasal zina, arak, mencuri, dia tahu pasal ayat Allah dengan Hadis je", keluh seorang dari mereka. Itulah yang diceritakan oleh Ahmad sebaik sahaja turun dari bas. Bercerita bukan untuk menunjuk kehebatan namun bercerita untuk berkongsi fikiran dan pengalaman. Namun, jika penceritaan sebegini menampakkan negatifnya sila maklumkan dan sama-sama kita bincangkan. Inilah yang ditertawakan oleh musuh-musuh islam hari ini. Umat islam hari ini tidak lagi memikirkan tentang agama mahupun akhirat namun lebih memikir kehidupan yang penuh dengan keseronokkan dan penuh dengan hiburan. Jujur alfaQir katakan, jika disini sememangnya Umat Islam lebih ramai berbanding di Malaysia begitupun masih seperti tepung yang ringan.

Kehadiran tahun 2011 yang sentiasa ditunggu-tunggu diharapakan dapat memberi sinar yang lebih kuat kemilaunya hingga mampu mencairkan karat-karat jahiliyyah yang masih beku dibenak hati kita. Jika dahulu kita tidak dapat merealisasikan azam kita, gunakanlah 365 hari yang diberikan Allah kali ini dengan sebaiknya. Suka mendengar dan membaca kata-kata Imam Hassan AlBanna yang mampu menuntun kita disaat jatuh dan sedar dari mimpi, Sesungguhnya Kewajipan Yang Perlu Dilaksanakan Lebih Banyak Dari Waktu Yang Ada Pada Kita. Insan yang sentiasa berwaspada dan sentiasa maju menjaga waktunya. Nilai masa yang kita gunakan terletaka pada kualitinya. Sebanyak mana kuantiti aktiviti kita laksanakan namu jika tidak terselit walau sedikit kualitinya maka adalah sia-sia sahaja masa kita berlalu. Saya selalu berharap dan berusaha agar kuantiti masa saya dihabiskan dengan kualiti yang sehabis baik.

Semoga dengan hadirnya tahun 2011 ini sebanyak sedikit meningkatkan lagi nilai dan kualiti ketaqwaan kita kepada yang Maha Pencinta. Tambahan lagi jika dapat menjitukan CINTA kita kepada Maha Pencinta. Manisnya hidup ini jika CINTA dari Maha Pencinta terus menyinari hidup kita. Jangan lupa, sejahat mana kita, sebaik mana kita dan sehebat mana kita, Allah yang menetukan semuanya. Selamat Datang 2011. Wallahu'alam

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan.

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -