Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 7, 2011

"Sesungguhnya kesusahan itu pastinya ada Kesenangan", Al-insyirah ayat 5.

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh. Alhamdulillah kita ucapkan untuk yang Maha Pemberi. Semoga dengan kesyukuran kita kepadaNya akan mendapat rezeki yang berlipat kali ganda. Sebelum meneruskan pembacaan anda, suka alfaQir kongsikan terebih dahulu supaya ajarkan diri kita ini dengan jimat bukan dengan kedekut. Jangan terlepas pandang. Ramai mengajar dirinya menjadi kedeku bukan jimat. Jangan risau saudaraku, ingatlah jika kita tolong orang satu hari nani Allah pasti tolong kita.

Tatkala menulis ini, alfaQir tabahkan diri menulis sedikit coretan agar sama-sama kita mendapat manfaat. Jam tepat menunjukkan 1.25 pagi tapi masih gagah. Selesai meng'edit' blog AKSES alfaQir gunakan kesempatan untuk menulis. Seperti kebiasaannya ramai akan bercerita tentang kehidupan. Ramai yang mengibaratkan hidup seperti roda yang sifat roda itu sentiasa berputar-putar. alfaQir turut bersetuju dengan perumpamaan itu. Kadang-kadang kita berada di atas. Kadang kalanya kita jatuh kebawah. Namun ingatlah, tikaman kita berada dikedua-dua tempat jangan sesekali lupakan Maha Pencatur Alam.

Kadang kala ketika berada di atas, kita berasa amat seronok dengan keadaan ketika itu. Mana tidaknya semua perkara yang kita mahukan semuanya menjadi. Dengan keadaan itu sebanyak sedikit kita hampir terlupa pada yang memberikan semua itu. Sebab itulah, ramai yang apabila tersungkur dari atas hampir sahaja hilang separuh nyawa kerana tidak pernah ambil tahu tentang adanya kesusahan dan adanya kesenangan. Begitulah sunnah kehidupan ini. Atas bawah semuanya akan kita lalui. Cuma cara kita lalui itu sahaja menentukan siapa kita, adakah kita sedia, dan adakah kita mengenali siapakah Dia?. Kekuatan Iman dan Taqwa bekalan yang kukuh saat melalui situasi ini.

Tidak kiralah satajam mana duri itu, jika adanya bekalan pastinya dengan mudah kita tempuhi. alfaQir tatkala melalui situasi ini pastinya alfaQir merasai sakit yang tersangat. Kadang kala terasa sakit hingga tak mampu badan menampungnya. Namun, dengan bantuan kasih sayang Allah yang meletakkan alfaQir sebegitu rupa bangun dan bangkit melawan sekadar yang termampu. Jangan lari dari masalah. Kata-kata seorang teman yang sentiasa memberi dorongan. Kalau lari lagi bertambah. Seberat mana masalah itu yang kita kena hadapi walaupun hakikatnya tidak terdaya untuk memikulnya.

Ingatlah, cinta Allah itu sentiasa memayungi kita walaupun dosa kita menggunung tinggi. Jangan sampai menduakan Dia sudah cukup untuk dipayungi. Tikamana alfaQir hayati lagu 'aku tanpa cintamu' terkesan juga dengan mesej yang disampaikan. Cinta Allah Cinta yang SUCI. Pengakhirannya, alfaQir selitkan sedikit video klip nasyid ini agar sama-sama kita menghayati dan mengambil mesejnya. Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan(2.13pgi)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -