Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 13, 2011

"Dan Tuhanmu Berkata, Berdoalah KepadaKu Akan Ku Perkenankan Permintaamu Itu", Surah AlGhafir Ayat 60.

Demikianlah Firman Allah didalam Al-Quran yang memberi 1001 motivasi kepada mereka yang nampak akan nilai disebaliknya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam pertemuan dan salam perjuangan. Apa khabar semua? Moga anda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya yakin kehidupan anda semua akan bertambah manis dan molek jika anda faham apa dia erti kehidupan. Alhamdulillah, tatkala menulis entri ini alfaQir rasakan tidak cukup waktu dalamsehari. Mungkin, pengisian yang kurang berkualiti mengakibatkan nilai masa tidak dijaga dengan begitu rapi. Esok hari jumaat. Hari jumaat hari segala hari. Namun, ramai tidak perasan dengan keistimewaan hari jumaat. Pada hari jumaatlah Qiamat akan dibangkitkan. Pada hari jumaatlah hari yang begitu istimewa. “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Untuk kali ini, alfaQir akan tuliskan lagi sebanyak sedikit berkenaan dengan kehidupan. Entah kenapa, hari ini dan semalam keadaan hati ini sejuk dan sering berkata-kata. Mungkin banyak perubahan yang berlaku pada luar dan didalam diri ini. Selalu sangat diceritakan kepada alfaQir tentang masalah kehidupan yang dihadapi oleh mereka-mereka yang sudi berkongsi kepada alfaQir. Terima kasih dan syabas kerana anda memilih untuk berkongsi. Sememangnya alfaQir sedia mendengar dan jika mampu alfaQir akan cuba menyelami bersamanya. Tidak dinafikan, kehidupan ini seperti roda. Banyak kali alfaQir ulang ayat ini. Hampir setiap entri yang berkaitan kehidupan pastinya ayat ini tidak terlepas. Tujuannya, alfaQir mahu mereka yang membaca entri-entri alfaQir diblog ini sentiasa mengingati bahawa Hidup Ini Umpama Roda. Roda yang bagaimana, itu semuanya pilihan anda. Tikamana kehidupan ini indah, ianya amat indah bagi kita. Namun tatkala masalah datang bergolek dalam hidup kita, semestinya ia tidak indah sebagaimana indahnya sebelum itu. Tetapi percayalah, pahitnya masalah itu akan menjadi manis sekiranya kita pandai menanganinya.

Tekanan dan cemuhan yang selalu menjadikan kita 'impression' sebanyak sedikit mampu mengubah sikap dan personaliti kita. Inilah yang selalu dikongsikan bersama alfaQir. Mendapat cemuhan dan kritikkan yang terlampau sehingga sampai ketahap sentiasa dicari kesalahan. alfaQir pernah merasainya? Sudah tentu banyak kali alfaQir merasainya. Cukup dengan pengalaman-pengalaman disuatu ketika dahulu menjadikan alfaQir seorang yang mampu tersenyum jika saat ini keadaan itu berulang kembali dan bertambah matang dalam kehidupan ini. Percayalah, tatkala datang insan yang seperti dalam hidup kita bersyukurlah kerna masih ada insan yang sanggup melakukan sedemikian untuk kita.

Pertamanya, alfaQir kongsikan untuk semua, perlu diketahui bukan semua mahkluk yang bernama insan ini menyukai diri kita. Ada juga yang jijik pabila nama kita disebut dan meluat mendengar nama kita. Itu hakikat dan faktanya. Bersyukurlah kepada Maha Pencipta kerana Dia menciptakan kamu secara normal. Insan yang nirmal didunia ini tidak boleh lari dari kebencian orang lain terhadap dirinya. Insan yang normal tidak akan dapat lari dari cemuhan insan lain terhadap dirinya. Kerana apa? Kerana kita semua tidak sempurna. Sehinggakan Nabi kita yang tercinta dan sempurna dari semua sudut juga mendapat cemuhan dari pelbagai pihak. Cuba kita lihat kembali, jika kita kata cemuhan kita ini berat dan teruk adakah menyerupai balingan najis ke jasad mulia Nabi?
Justeru itu, langkah yang perlu di ambil tatkala orang memberi cemuhan kepada kita adalah seperti berikut:

  1. Senyum tatkala mendengar cemuhan, dan berikan senyuman kepada mereka yang memberi cemuhan kepada kita.
  2. Ucapkan 'Terima Kasih' dengan seikhlas hati kepada mereka yang mencemuh dan sentiasa mencari-cari kesalahan anda. Beruntunglah anda kerana mereka terlalu mengambil tahu hal anda sehingga mencari-cari anda.
  3. Jadilah Insan profesional tatkala anda bekerja bersama mereka.
  4. Ketika mereka melakukan kesilapan dan anda melihatnya berikan senyuman sambil ucapkan " Tidak mengapa, setiap insan tidak terlepas dari kesalahan".
  5. Belanja mereka dengan makanan seperti adakan jamuan untuk pejabat, kelas, kuliah dan sewaktu dengannya.
  6. Paling penting, sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka. Inilah sifat Nabi Muhammad.
Inilah antara yang perlukan dilakukan oleh kita pabila situasi ini menjelma. Tatkala mereka berika sampah kepada kita, kita berikan permata untuk mereka. Permata bukan sahaja bernilai namun bersinar-sinar. Hanya ini yang alfaQir lakukan disamping memohon kekuatan dari Yang Maha Esa. Doalah kepada Dia agar hati kita ini sentiasa kuat menghadapi ragam manusia ini. Tanpa Dia siapalah kita di atas muka bumi ini. Yakinlah dan percayalah, tidak perlu kita membalas terhadap apa mereka lakukan ke atas kita kerana Dia Maha Adil. Kita? Tidak mampu menghakiminya. Penutup entri ini, alfaQir ajak semua pembaca agar manfaatkan masa yang ada disamping tingkatkan nilai taqwa. Masalah tidak sesekali menjelma jika Allah tahu kita mampu menghadapinya. TAQWA+USAHA+ILMU=SUKSES! Wallahu'lam.

P/s: Saya tidak hebat namun menuju kepada puncak hebat. Video ini alfaQir tujukan kepada Kak Mai@ Ustazah Maisarah.

2 Responses so far.

  1. erti hidup pada memberi..like da vdeo~

  2. Itu trade mark Ustaz HAsrizal, pengalaman mengajar erti kehidupan..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -