Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 23, 2011

Assalamualaikum dan Salam Senyum dari saya. Hari ini saya cuba berkongsi dengan semua tentang sebuah lagu yang dah lama sebenarnya namun rentak dan senikatanya mampu menyentuh hati saya. Jika hayati dan fahaminya, anda mampu menitiskan air mata. Wallahu'alam



Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

[ Sesungguhnya lyric found on www.lirik.my ]
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku adalah milik Mu...

p/s: 'Pause' kan sebentar lagu blog saya ini dan hayati lagu di atas.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -