Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 31, 2011




"Sesungguhnya Akhlak Seseorang Itu Bergantung Pada Taulannya", Hadis Shohih.

Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum w.b.t, Salam Pertemuan dan Salam Ukhwah. Lama rasanya jari-jemari tidak berlari-lari di atas 'keyboard' komputer ini, mungkin dek kerana sibuk menggodek blog AKSES. Namun, kesempatan ini saya rasakan masa yang terbaik saya berkongsi sesuatu yang sudah lama bersarang diminda saya. Pertamanya, sama- samalah kita memanjatkan rasa syukur kita kepada Maha Esa kerana Dia kita masih bernyawa. Alangkah indahnya kehidupan ibubapa kita melihat anaknya masih lagi mampu bernafas. Namun, di ingatkan apa ertinya bernafas jika berhadas(berdosa). Moga peroleh keampunannya.

Saat menulis ini, saya yakin hampir kesemua rakan saya sedang gembira meraikan keputusan Sijil Tinggi Agama(STAM) yang mereka peroleh pagi tadi. Jujur saya katakan, saya amat mencemburui kejayaan mereka. Alhamdulillah, berkat usaha mereka dan doa guri-guru hampir kesemuanya najah belaka. Moga dengan keputusan itu mampu menjadi 'booster' kepada kehidupan yang mendatang. Tidak kiralah menjadi 'booster' kepada tingkatan iman manupun kematangan. Apa yang diharapakan peningkatan dari sudut mental dan fizikil serta spiritual. Sememangnya kejayaan itu bukan sahaja dinilai dari sudut banyaknya mumtaz namun kekebalan jati diri dan kemurnian akhlak juga menjadi kayu ukur.

Saya teringat, ketika menyertai kursus ESQ selama 3 hari di Seremban pada tahun lepas, Trainer yang bertugas menanyangkan kepada kami sebuah kisah berkenaan Rudi dan Berus Gigi. Apa yang ada pada mereka? Ketika Rudi menghadiri sebuah temuduga disalah sebuah bandar di Indonesia, ternyata ramainya orang turut menghadiri temuduga tersebut. Terdetik dihati Rudi untuk membuang air ditandas. Kebetulan Penemuduga juga ingin membuang air. Dijadikan cerita singki tandas tersebut kotor dan dek kelembutan hati Rudi beliau terpanggil untuk membersihkan singki tersebut dengan sebatang berus gigi yang terdapat ditepi singki. Selesai membuang air, Penemuduga keluar untuk membasuh tangan dan melihat Rudi sedang membasuh singki tersebut lalu bertanya. " Mengapa kamu membasuh singki ini, apa yang kamu dapat darinya?", tanya Penemudunga tersebut. Tanpa mengenali bahawa yang bertanya itu adalah Penemuduga lalu Rudi pun menjawab. "Saya membasuh singki ini adalah ini adalah kewajipan saya dan Malaikat sedang mencatit kerjaku ini", jawab Rudi dengan selamba. Ternyata jawapan itu memberikan 1001 kesan kepada penemuduga. Akhirnya, apabila tiba saatnya Rudi ditemuduga dan beliau terkejut bahawa yang bertanya ditandas tadi adalah merupakan Penemuduga dan beliau diterima bekerja kerana nilai dan ahklak yang luar biasa dimiliki oleh Rudi.

Sahabat dan teman pembaca, indah sungguh bicara Rudi yang mempunyai sifat ubudiah yang cukup mantap dan bisa sekali mencairkan hati mereka yang selama ini dingin dengan Islam. Begitulah hendaknya, akhlak yang sejahtera sentiasa menjadi tuntutan agama Islam. Sehinggakan Islam itu sendiri terdiri dengan keindahan akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Namun, makin hari kita lihat akhlak ini makin meluntur nilainya dalam kalangan masyarakat kita, lebih lagi saya yang menulis ini. Makin hilang nilainya. Entah mengapa ianya sedemikian. Mungkin kerana kekurangan tabiyah dan penghayatan terhadap agama nafsu rela membiarkan diri terus hilang dengan nilai ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kehidupan saya disini tidak terpisah dengan berita dan khabar Malaysia. Itu kebaikkan yang perlu dimanfaatkan pabila memiliki internet.

Ada satu hari, tatkala sedang membaca akhbar Malaysia secara 'online' terkejut saya apabila melihat video rakaman sumpah dan fitnah. Jujur saya katakan saya terkejut. Akhlak dan maruah sedikit lagi menyerupai masyarakat jahiliyah. "Wallahi, Wabillahi, Watallahi....", lantang seorang ini bersumpah. Cukup sedih dan terpukul dengan tindakannya. Walaupun sedikitpun tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya, namun sebagai seorang muslim yang ingin menuju redha Ilahi yang bersuara dan berkongsi. Wahai insan, cukuplah dengan sumpah-sumpah ini. Sumpah ini bukannya seperti membeli karipap Hajah Ani. Sumpah laknat. Laknat Allah bukan seperti terkena gigitan semut api. Mana perginya akhlak kamu wahai insani? Secara umunya, apa yang membuatkan saya terkejut adalah sikap dan perlakuan sipenyumpah.

Pertamanya, si penyumpah tidak menutup aurat dengan sempurna. Maaf saya katakan, saya bukan membuka aib dan saya dari awal tidak menyatakan siapakah si penyumpah ini. Walaupun hak bersumpah ini ada pada semua, namun saya ingin katakan bahawa jika benar kita ingin bersumpah kerana ingin Allah memberikan kemenangan ke atas kebenaran kenapa tidak Hak Allah kita sempurnakan terlebih dahulu. Saya bersuara dan berkongsi apa yang tersarang diminda ini kerana saya amat cemburu dengan perkataan ISLAM di kad pengenalannya. Islam yang Islam. Ya, betullah jika seorang pelacur pun boleh bersumpah. Tetapi sejauh mana sumpahnya diguna pakai. Saya bawakan contoh jawapan kepada soalan yang mengatakan jangan nilai seseorang itu dengan luaran kerana hati, Allah yang tahu.

Saya sesekali tidak mengingkari kuasa Allah yang Maha Mengetahui, namun Allah kurniakan insan ini AKAL untuk menilai baik dan buruk. Izinkan saya menilainya. Sebuah lori yang dikatakan membawa bekalan labu untuk dipasarkan ke selatan tanah air. Pemandu memberitahu bahawa didalam kontena itu hanya terdapat labu dan semua orang menilainya lori yang membawa labu. Tapi malangya, dipertengahan perjalanan lori kontena itu terbabit dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan labu semua bertaburan. Namun, selepas diperiksa yang sebenarnya kontena itu tidak mengandungi sebiji pun buah labu. Hanya terdapat ratusan sayur timun yang rosak. Apabila ditanya, kenapa ianya timun, pemandu menafikan ianya adalah timun bahkan adalah labu. Faham? Begitulah contohnya, mana mungkin kontena yang berisi timun rosak didalamnya mengeluarkan buah labu yang cantik diluarnya seperti dinyatakan oleh pemandu. Hati manusia begitu juga, mana mungkin yang diluar rosak tetapi didalamnya cantik molek lagi suci. Sudah tentu kontena yang berisi timun yang rosak didalamnya akan mengeluarkan timun yang rosak juga. Hati yang rosak sudah tentu peribadi rosak.

Seringkali, jika kita cakna dengan dunia hiburan tatkala memenangi anugerah dan tatkala memberi ucapan sempena kemenangannya mesti tidak terlepas dari memuji Allah. Bagus, namun lebih bagus beradab. Keadaan baju yang tidak cukup sifat, seluar cukup sendat, telinga yang masih ada ruang untuk disubangkan tegas berkata bahawa jangan dinilai dari luarannya. Dangkal sungguh. Begitulah hakikat kehidupan akhir zaman ini yang penuh dengan fitnah kehidupan. Makin hari makin banyak dugaan, hanya mereka yang ada pegangan Al-Quran dan As-Sunnah akan terus teguh menghadapi mehnah ini. Berbalik kepada perbincangan. Seharusnya, si penyumpah menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang islam. Kebetulan si penyumpah ini mempunyai laman blog, saya tidak terleas untuk mengikuti perkembangan beliau melalui laman blognya. Apa yang menyedihkan lagi, kehidupannya selepas bersumpah tempoh hari cukup-cukup memeritkan hati umat islam. Kenapa? Kerana kerjanya tidak jauh dari sifat-sifat Abu Jahal yang suka menabur fitnah.

Ya, betul kita ada hak bersuara. Hak bersuara itulah saya gunakan untuk mengajak sahabat dan teman pembaca menilai perkongsian ini. Namun, hak menghukum bukannya hak mutlak kita. Siapa kita untuk menghukum sambil menaburkan fitnah yang dahsyat kepada insan orang lain. Jika benar sekalipun kita dizalimi dan dianiaya mengapa perlu memfitnah seteruk rupa. Bukan setakat fitnah, dengan kutukan yang langsung tidak menggambarkan diri seoang islam selamba berdiri dan mengaku hidup berpandukan Al-Quran dan Assunnah. Saya akui, saya ini tidaklah sesempurna manusia lain yang hidup terus berpandukan al-Quran tetapi saya percaya dengan ilmu yang saya pelajari selama ini melarang saya secara automatiknya melakukan sedemikian rupa. Akhir kata untuk bab ini, saya harapkan kepada semua sahabat dan teman pembaca agar sentiasa muhasabah diri untuk mengelakkan kita turut serta. Tegas saya ulangi, saya tidak membuka aib sesiapa kerana tiada satu perkataan pun yang tertulis nama insan tersebut dan mungkin insan tersebut adalah watak rekaan saya semata-mata untuk menyedarkan kita. Mungkin.

Akhlak mulia Rasulullah s.a.w yang seharusnya menjadi panduan hidup kita hari ini makin ditirikan oleh kita. Menjadi pilihan akhlak artis pujaan kita. Cukuplah, hentikanlah dan perbaharuilah minda kita semua agar tidak lagi mengikut membabi buta. Sahabat, suka saya katakan yang mana jalan kita menuju redha Ilahi ini tidak semudah jalan ke sekolah. Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang untuk mendalami ilmu agama di Maahad Ahmadi selama 5 tahun 9 bulan sebelum menjejakkan kaki dibumi Andalus ini. Namun sahabat, saya suka berkongsi. Perjalanan saya disana bukannya mudah. Untuk mengubah diri ini dari dunia kejahilan hingga kedunia mengenal tuhan bukannya mudah. Memang cita-cita saya ingin belajar di Maahad Ahmadi. Ingat lagi, ketika ditahun 3 sekolah rendah jika tidak silap pada tahun 2001. Saya nyatakan hasrat ini kepada Ustazah saya disekolah. "Ustazah, saya nak masuk maahad la". "Baguslah kamu nak masuk sana". Hakikatnya, ketika itu saya tidak menyangka Maahad adalah sebuah institusi agama. Mungkin terpengaruh melihat jiran saya yang turut belajar disana. Abang Hafiz alHafiz, Abang Azizi, dan Abang Apad. Semuanya teah berjaya. Dorongan itu menyebabkan minat untuk menjadi seperti mereka ketika itu bercambah. Kuasa Allah menentukannya. Saya kini berjaya mencapai hampir 70% peratus cita-cita saya. Pentingnya, doa dari sahabat semua.

Meletakkan diri dalam suasana tarbiyah itu menjadikan saya ini sebanyak sedikit mampu berdiri dan berkongsi dengan semua. Hasil tarbiyah itu sebanyak sedikit membuka mata dan jiwa untuk terus berkongsi dan membantu insan lain. Itulah pentingnya tabiyah. Membina jati diri kita disamping mengingatkan kita tatkala kita alpa dan lalai dengan dunia. Walaupun kehidupan kita ini penuh dengan kelemahan namun jika dibangunkan kelemahan itu pastinya menjadi kelebihan. Untuk mencorakkan peribadi dan menghiasi akhlak kita supaya terus berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sentiasalah berada dalam keadaan ditarbiyah sambil membantu mentarbiyah. Imam Hassan AlBanna ketika melakukan revolusi perkara tarbiyah lah yang dilakukannya untuk memastikan para mujahid tidak lari dari medan perjuangan. Sentiasalah meletakkan diri kita ini dalam keadaan TARBIYAH. Supaya menjadi HADHARAH dan seterusnya FALAH.

Akhir pertemuan ini, saya memohon agar semua kesilapan saya sepanjang penulisan ini menyentuh hati dan menjatuhkan kredibiliti sesorang. Saya seorang insan yang biasa ingin menjadi insan yang luar biasa dan terus sentiasa belajar dari kesilapan. Wallahu'alam.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan, siap ditulis 1126pm waktu morocco(31/1/11)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -