Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Dec 30, 2010


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang putih itu suci, Yang hijau itu damai, Yang merah itu berani, Yang biru itu langit!. Alhamdulillah, segala nikmat yang Allah berikan kali ini semuanya tanpa kita minta. Moga-moga dengan nikmat yang kita kecapi hari ini akan berterusan hingga keakhir usia. Mintalah kepada Maha Pemberi agar usia kita makin hari makin diberkati supaya hidup kita ini lebih bererti dan lebih bermakna. Alangkah manisnya kehidupan kita ini jika dipenuhi cahaya keberkatan dan kemanisan ubudiah kepada Maha Pencipta. Namun, jangan sesekali berputus asa untuk memastikan hidup ini dipenuhi dengan cahaya-cahaya ini. Berusahalah walaupun ianya seperti semut mencari gula didalam kegelapan. Bagi diri ini, kehidupan 1001 rasa ini sebanyak sediki mengajar erti kehidupan.

Tirai 2010 yang bakal melabuh tidak kurang 48 jam lagi menyaksikan macam-macam ragam kehidupan. Seperti kebiasaannya hidup tidak selalu indah tetapi yang tidak indah itu sebenarnya indah jika kita mampu menjadikannya indah. Perang uhud menyaksikan kekalahan tentera muslimin sehinggakan gigi Baginda juga patah dipeperangan tersebut. Namun, belajar dari kesilapan menjadikan tentera muslimin lebih kuat dan hebat selepas itu. Inilah tanda orang yang berjaya. Sentiasa mempelajari dari kesilapan yang pernah dilakukan. alfaQir masih ingat lagi ketika berada di e'dadi 3(tingkatan 3) semasa membuka helaian muka surat buku teks sejarah terdapat kata-kata hikmah mantan perdana menteri yang ke-4 berbunyi seperti ini " Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah sudah tentu beliau akan mengulanginya". Sama seperti kesilapan, mereka yang tidak pernah mempelajarinya sudah tentu akan mengulanginya.

Untuk akhirnya, setiap insan di atas muka bumi Allah ini mempunyai impian dan harapan. Nasihat saya, jangan takut untuk bermimpi dan berangan kerana dengan angan-angan lahirnya impian. Dahulu alfaQit berangan-angan ingin melanjutkan pelajaran keluar negara namun angan-angan itu menjadi impian dan terus menjadi kenyataan. Utamanya, setelah berangan-angan pastikan anda menulis impian anda itu supaya anda nampak jelas tentang impian anda. Tampalkan dihadapan meja belajar anda dan pastikan anda membacanya setiap hari. 2011 yang bakal menjelma pastinya kita ada azam dan harapan. Usah gusar, teruskan azam anda dan kuatkan dengan istiqamah disamping memohon keredhaan dariNya kerana dengan usaha pasti Dia akan suka. Moga entri kali ini walaupun ringkas namun dapat memberikan 1001 manfaat kepada semua. Tatkala ini alfaQir terlalu kekang dengan waktu rentetan peperiksaan akhir sememster 1, doakan semoga Allah teruskan membekalkan kesihatan kepada alfaQir disamping terus memberi kesuksesan dan kekuatan dalm menunutut ilmu. Wallahu'lam

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -