Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 7, 2010


“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah Subhanahu wa Ta’ala maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”[ Al-Baqarah : 216].

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Apa khabar semua? Moga-moga terus sukses dan cemerlang. Ketika menulis ini baru sahaja 19 jam saya tinggalkan Rumah Lindungan Kasih Anak-Anak Yatim dan Remaja Teraniaya Tampin. Sebelum meneruskan penulisan ini, suka saya kongsikan satu kata-kata motivasi yang alfaQir dapat ketika mendengar radio sedang memandu ke Seremban. "Yang Lalu Biarkanlah Ianya Berlalu, Dan Yang Mendatang Hadapinya Dengan Cemerlang". Memang benar-benar bermakna.

"Assalamualaikum, ustaz, saya dari rumah lindungan kasih, saya dapat no ustaz dari En. Jamaludin, Ustaz ada kelapangan tak malam ni?", tanya Puan Rolaina. Puan Rolaina adalah seorang sukarelawan yang menguruskan rumah lindungan ini. "Insyaallah puan, jika tidak ada aral melintang sampai lah saya disana, cuma saya nak amik 2 slot boleh?, satu untuk saya dan satu lagi untuk Cikgu saya?", balas saya menjawab pertanyaan Pn.Rolaina. "Boleh, Insyallah, ustaz sampai lepas maghrib ya", minta Pn Rolaina. Begitulah, kehidupan saya menjelang tarikh 15 oktober ini. Hari yang mendatang hadapi dengan cemerlang. Setakat ini persiapan untuk kesana hampir 15 % sudah siap yang bakinya tunggu satu dua tiga empat hari lagi.

Usai solat maghrib di Masjid Jamek Tampin bersama Cikgu Mohamad, saya terus bersama cikgu dan diiringi en.Jamaludin ke Rumah perlindungan tersebut. Sampai dirumah itu, sayu terdengar alunan zikir yang di alunkan oleh penghuni rumah lindungan kasih. Selepas semua kerja teknikal selesai, saya terus memulakan sesi perkongsian dan sesi motivasi. "Malam ni, ustaz nak bagi tazkirah+ motivasi jadi malam ni kita jadi insan yang luar biasa, boleh!?", tanya saya kepada mereka. Walaupun 'audience' saya bukan semuanya berumur belasan tahun, tapi saya mohon izin mereka supaya mereka menjadi adik-adik saya dengan harapan mereka akan dapat sesuatu pada pertemuan ini.

Berbagai yang dikongsikan bersama penghuni rumah lindungan kasih tersebut. saya sempat berkongsi pengalaman-pengalaman hidup yang saya rasakan cukup berharga san bermakna. Cukup sebak hati saya melihat kehidupan mereka. Walaupun mereka sudah terlanjur tapi bukan bermakna tidak mampu menghidu bau syurga. Saya berikan harapan kepada mereka, suapaya mereka teruskan hidup dengan terus sukseskan diri mereka. saya ingatkan juga, apa yang lalu kita biarkan berlalu. Kita harus belajar dari kesilapan, dan mereka yang sentiasa belajar dari kesilapan adalah orang yang paling berjaya. Belajar dari kesilapan sahaja tidak mencukupi, saya jelaskan kepada mereka 4 tindakan yang perlu mereka sertakan dalam mempelajari kesilapan mereka, THINK+FEEL+ACTION=RESULT. Memang sebak, melihat usia muda sudah memangku anak, tapi tak apalah, saya ingatkan mereka, selagi ada waktu usaha kita menuju Allah masih terbuka.

Sebelum mengundur diri, saya hadiahkan mereka dengan 2 helai kertas dan saya minta mereka lakarkan peta kehidupan mereka dan tuliskan 20 target kehidupan mereka. Dan inilah yang saya akukan, saya lakarkan sebuah peta kehidupan saya selepasmendapat keputusan SPM, dan saya tuliskan juga 50 target kehidupan saya sebagai motivasi dan tampalkannya didalam loker agar saya bisa melihatnya setiap hari. Alhamdulillah, memang ianya berkesan, target saya ingin belajar di Morocco , target saya ingin menggunakan Iphone semuanya tercapai. Cuma, iphone itu digantikan dengan Nokia E5. "Lakarkanlah peta kehidupan adik-adik, moga-moga ianya terhasil", memberi kata-kata rangsangan kepada mereka.
Hampir semuanya melakarkan peta kehidupan mereka. Hampir semuanya menuliskan 20 target kehidupan mereka. Sayu hati saya melihatnya. Mereka juga inginkan kehidupan seperti kita cuma kehidupan mereka hari ini masih diselebungi bayang-bayang hitam. Saya berikan motivasi kepada mereka, hidup kita hari ini, bukan hari semalam. Jadi, yang dah berlalu biarkan ianya berlalu. Mengakhiri pertemuan saya kongsikan mereka sebuah nasyid 'demi matahari'.


Memang sebak hati saya pabila mendengar sejarah awal penubuhan rumah perlindungan kasih tersebut. Penubuhan rumah ini hasil titik peluh Pn Rolaina yang tersentuh hati beliau ketika melihat ramai dalam kalangan orang melayu yang terlanjur menghantar anak-anak mereka kerumah perlindungan yang bukan melayu. "Dari mereka hantar kat sana baik bagi saya, saya sanggup bela", itulah kata-kata yang menyentuh hati saya. Terpanggil untuk memberikan pertolongan kepada mereka. Sehingga hari ini, rumah itu masih berdiri dengan sendiri tanpa ada apa-apa bantuan melainkan Majlis Daerah Tampin yang memberikan tempoh 20 tahun mereka menggunakan rumah tersebut sebagai tempat perlindungan. Lain-lain hal, semuanya di usahakan sendiri oleh Pn. Rolaina. "Teruskan la usaha Puan ini, semoga Allah membantu". Ingat Puan. More You Gift, More You Will Get!, Akhir pertemuan kami, saya alu-alukan kedatangan mereka ke program Kem Generasi Ulul Quran 2 bertempat di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin. Untuk mereka saya tidak akan kenakan apa-apa bayaran dalam usaha saya dengan Akademi Sukses membantu mereka yang tidak bernasib baik seperti kita.

"Hari Yang Mendatang, Hadapi Dengan Cemerlang!"
Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -