Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Oct 28, 2010


بسم الله الرمن الرحيم
Ku mulai menulis entri kali ini dengan menghamparkan permaidani kesyukuran kepada Allah yang hingga saat ini masih membekalkanku nikmat Iman dan Islam walaupun insan ini sering melakukan dosa dan noda. Allah berfirman dalam surah albaqarah ayat 286 yang bermafhum “ Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan Allah melihat keupayaan padanya”. Indah ayat-ayat cinta Allah. Melihat keupayaan kita untuk menerima amanah yang beratnya lebih berat dari sebuah gunung lantas dibekalkan kita sebuah amanah dan sebuah perjalanan jihad dalam mencari kebenaran dalam kehidupan. Jihad dalam menuntut ilmu.
Sepintas lalu, ketika ku mengadu kepada Facebook tentang kesulitan dalam mempelajari ilmu arudh qafiyah lalu dikomennya oleh seorang ustaz. “Menuntut ilmu itu takkan dikatakan sebagai JIHAD jika ianya semudah mengopek kacang, JIHAD itu penuh dengan kepayahan dan kesusahan”. Huh, memang begitu menyentap jiwa dengan jawapan yang ringkas tapi bermakna. Itulah hakikatnya menuntut ilmu. Ku sarankan kepada mereka yang mempunyai hobi dan minat dalam mengadu ‘status’ di facebook agar berhati-hati jangan sehingga pengaduan itu menimbulkan fitnah yang amat mencemar kredibiliti anda sebagai seorang muslim. “When You Reading, You Start Leading”.

Satu Perjalanan

Dalam meniti jalan menuntut ilmu pastinya pelbagai ragam dan jenis manusia yang akan kita temui. Cukup hanya di Malaysia, ragam dan juga garam mahasiswa dapat disingkap melalui teropong media. Aduh, budaya hendonisme dah melarat dalam kalangan pelajar. Alangkah terkejutnya alfaQir ketika pulang dari ‘outing’ tahun lepas(ketika ini alfaQir di senawi 2) melihat sepasang pasangan pelajar sekolah tergamak melepas gian dalam bas hanya kerana nafsu keseronokan ingin dipenuhi. NAFSU+GIAN+LEPAS GIAN= ????
Ketika dibangku sekolah lagi, sifat kesederhanaan memang menjadi laluan dalam melakukan tindakan yang berkaitan dengan agama. Sehingga datang seorang akhi yang juga seniorku pulang bercuti dari mesir mengkhabarkan ku tentang aliran wasatiyah yang dipelopori oleh Syeikh Yusuf Alqaradhawi. Wasata(pertengahan). Pernahku ceritakan tentang wasatiyah ini kepada seorang ustaz. Melatahnya hampir mengugat keimanan. “Yang tu lah masuk neraka, sebab atas pagar”. Mendengar jawapan ustaz tersebut, ku hanya mampu tersenyum. Itulah dia mehanh kehidupan, kadang kala ada yang memahami . Kadang kala ada juga cuba memahami tapi menzalimi. Kadang kala ada yang terus menolak bulat-bulat tanpa ada perbincangan. Itulah manusia. Sering berada dalam kesalahan.

Perlunya kita bertasamuh dalam berberapa perkara boleh mengelakkan banyak pertengkaran. alfaQir teringat, ketika menghadiri kursus ESQ ada beberapa perkara yang menyebabkan hati kita menjadi hitam adalah dengan taasub pada diri sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. “Ah, kau ni sesat, aku je yang betul!!”, contoh sebagai hiasan semata-mata. Begitu jugalah dengan kehidupan seorang pelajar. Sikap bertolak ansur perlu sebagai hiasan akhlak soleh pelajar agama. Tidak dinafikan kadang kala kehidupan pelajar seorang yang ber’title’ agama ini susah untuk bertolak ansur, hanya merasakan dirinya sahaja yang betul. Ini bahaya. Satu perkongsian cerita yang alfaQir baru sahaja lalui. Ketika berada didewan kuliah sementara menunggu kedatangan ustaz, alfaQir bertanya kepada seorang sahabat arab yang bernama Usamah. Memiliki ahklak dan budi pekerti yang baik. alfaQir bertanya tentang wasatiyah. Katanya, slibus wasatiyah ini dibelajarnya ketika berada disekolah menegah lagi. Usamah memberikan jawapan bahawa islam adalah agama wasatiyah. Cuma, bertasamuh didalam bab aqidah adalah dilarang. Dalam bab aqidah, kita hanya ada 1 pegangan. Jadi mana mungkin kita bertasamuh didalm aqidah. Cukup sekadar bab lain kita bertasamuh. Bab aqidah NO!.

Sedikit singkapan tingkap untuk memberikan pandangan tentang isu yang agak ‘hot’ baru-baru ini. Festival Fesyen Islam yang baru sahaja berlansung sebenarnya sebanyak sedikit telah menghina kedaulatan dan kemuliaan Islam. Alangkah ajaibnya, Islam yang dinihari suci dalam debu mempunyai nilai fesyen yang begitu ‘islamik’. alfaQir bercakap atas dasar ilmu dan penghayatan. Tiada kena mengena pertubuhan politik. Cuma ingin mengajak sesiapa yang membaca entri ini untuk membuka Mata, Minda dan Hati untuk menilai. Mungkin, jika kita menemu ramah Lady Gaga yang lebih dikenali fesyen yang agak pelik akan berkata “rupanya aku lagi islamik”.Justeru, didalam bab seperti ini, dalam bab aqidah dan kemuliaan Islam, tiada tolak ansur. Penganjuran festival ini seperti membuka jalan kepada yahudi dan nasrani untuk memcucuk jarum menjahanamkan minda umat islam yang hari pun sudah cukup dijahanamkan oleh mereka. Buka M A T A, Buka H A T I, dan Buka M I N D A.

Satu Pengorbanan

“Betulke adik nak ke Morocco ni?”, soal ummi yang risau. Betul atau tidak, hakikatnya alfaQIr telah pun sampai Morocco. Besar sungguh pengorbanan ayah dan ummi memastikan semua yang terbaik untuk alfaQIr. Perjuangan dimana-mana sekalipun memerlukan pengorbanan. Inilah fitrah perjuangan. Bagi diri alfaQir banyak yang perlu dikorbankan untuk memastikan matlamat hidup alfaQir semuanya tercapai. Masa 3 tahun pengajian disini akan alfaQir memanfaatkan agar pulang ke Malaysia nanti mampu memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan bantuan dan harapan.

Akademi Sukses Training & Consultancy, sungguh rindu untuk berprogram. Untuk sahabat-sahabat, perlunya istiqamah dan konsisten dalam perjuangan ini adalah dituntut. Untuk memastikan kesungguhan dan objektif kita tercapai janganlah mudah mengalah. Duri-duri di atas jalanan sentiasa ada untuk kamu. Hanya mampu atau tidak untuk meredahnya. Hanya hati yang ihklas dengan perjuangan ini apabila diuji dia mampu tersenyum dan meneruskan perjuangan. Bagi hati mereka yang mengharapkan sesuatu, belum diuji sudah mengeluh, belum berjalan sudah mencabuh. Kebatilan yang terancang bisa meranapkan Kebenaran yang tidak terancang. Sahabat, aku sentiasa mendoakan kamu agar terus melangkah dengan teguh. Hari ini Islam ditolak mentah. Siapa yang ingin mengubah mentaliti ini jika bukan kita. Bukalah semua kelebihan yang ada pada kamu agar Akademi ini lebih mantap dan tersusun gerak kerjanya. alfaQir hanya mampu melihat dari jauh semua perjalanan yang bakal ditempuh. Modul, Gerak Kerja dan Kerjasama amat penting. Insyaallah, Allah akan membalas jasa kamu sekalipun kamu menyumbangkan suara dalam perjuangan ini. More You Gift More You Will Get. Sebak dan Sedih meninggalkan Akademi. Inilah pengorbanan. Untuk memastikan kita mampu menjadi World Leadership Training By 2015.
Khatimahnya

Sentiasalah mencari pengalaman yang bisa mematangkan diri anda dan mampu mengajar anda erti kehidupan. Minda yang berkualiti dijana melalui buku yang berkualiti. Cinta dan Harapan. Perjuangan dan Pengorbanan. Kasih dan Sayang. Moga bermanfaat.
“Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan” Berbicaralah Selalu

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -