Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jul 1, 2010

"Dan Aku Berikan Kepada Manusia Hanya Sedikit Ilmu'~Al-Isra'~


Menuju puncak...Gemilang cahaya..Mengukir cita seindah rasa..Menuju puncak..Impian dihati..Bersama janji kawan sejati..Pasti berjaya bersama-sama mereka...Hah, malam ini alfaQir menaip dalam keadaan yang agak kurang selesa. Tangan, kaki, hidung semuanya overflow. Hari ini, genap 18 tahun insan bernama Mohd Asri Zainal@ alfaQir hidup di atas muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, ramai juga yang mengingati hari kelahiran alfaQir. Terharu juga dibuatnya. Tambahan syahir pun ucapkan selamat hari lahir. Haha, jangan salah faham. Syahir is my good friend since I school in Tampin. Mula-mula menjejakkan kaki di Maahad Ahmadi pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 itulah sahabat alfaQir, Muhammad Syahir. Tahun 2010, tahun penghabisan. Tahun pengakhiran berada di Bumi Tarbiyah. Banyak mutiara-mutiara ilmu dan pengalaman yang alfaQir kutip disana. Tahun Wida'. Sedihnya apabila bakal meninggalkan bumi ini.



Hari Lahir kali ini cukup-cukup bermakna bagi alfaQir. pagi-pagi lagi alfaQir dibekalkan ujian dari Maha Menguji. Kemalangan dihadapan simpang masuk memang emeritakan. Alhamdulillah, Allah masih membekalkan nyawa kepada diri ini. Cuma sedikit calar dibahagian tapak tangan dan siku. Bahagian kaki lecur sedikit akibat terkena ekzos. Apa-apa pun, semuanya ujian dan peringatan untuk alfaQir agar terus memandu seperti membawa motor gp. Itulah kehidupan, tidak pernah lekang dengan ujian. Bagi mereka yang ditimpa ujian, teruskanlah dambakan kasih kita kepadaNya.




Luka yang masih panas....

Esok, hari penghulu segalal hari. Esok, Ujian JPJ. Segala-segalanya bergantung pada esok. Doakan alfaQir berjaya dalam ujian esok. Wallahu'alam.


"Pengalaman Kemalangan Mengajar Erti Kehidupan"~Berbicaralah Selalu~

ditulis pada 1240 am.(18 tahun 1 hari)

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -