Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 5, 2010

"Adik-adik nak tahu tak..kita menuntut ilmu ini pun dikira sebagai satu jihad", alfaQir berseloroh ketika menyampai slot motivasi di SMAHMY malam semalam tadi. "Kalau lah, adik-adik meninggal ketika menuntut ilmu, adik-adiik dikira mati SYAHID, Allahu akbar", tambah alfaQir lagi. Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Salam Simpati untuk saudara-saudara alfaQir di Palestin. Sebak rasanya apabila pihak paling sengal Israel menghalang bantuan-bantuan kemanusiaan teru masuk ke Gaza. Paling teruk lagi, 9 orang ditembak, sengal+ celaka+siot dan seangkatan bagi israel. Ayuh kita doakan semoga Israel ini terus dibenci hingga hari kiamat. alfaQir teringat kata-kata seorang ustaz ketika berada dibangku sekolah rendah. "Islam akan menang satu hari nanti", kata ustaz. "Ustat, bile hari tu ustat?", alfaQir masih blurr. "Kita tunggu la satu hari nanti, mungkin hari itu hari penghujung dunia", ustaz cakap. "Glurrp,kiamat?", dalam hati sahaja mampu di ucapkan.

Hidup umpama roda. Kadang-kadang kita selalu di atas, kadang-kadang kita terjelepuk atas tanah. Itulah hakikat kehidupan. Kehidupan yang selalu dibicarakan. Kehidupan yang selalu penuh dengan ujian. Malam jumaat, alfaQir berada di Taman Gunung Mas. Program bersama-sama remaja taman. Memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Moga-moga, adik-adik di program tersebut dapat manfaatnya. Malam semalam alfaQir di SMAHMY, menggantikan Ustaz Fuad. Alhmadulillah, semuanya dapat disampaikan dengan baik. Walaupun audience dah 2 kali dengar ceramah alfaQir. Kesan Syahadah. Tajuk yang sempat alfaQir siapkan slide untuknya.

Apa yang alfaQir nak ceritakan sekarang ini, berkaitan dengan dunia remaja hari ini. alfaQir juga seorang remaja. Seorang remaja yang mempunyai jiwa dan perasaan. Jadi, tidak mustahil alfaQir turut mempunyai perasaan suka terhadap perempuan. Dan alfaQir tahu bagaimana alfaQir nak kawal perasaan ini. alfaQir amat terkilan, apabila seorang manusia yang cukup didikan agamanya tergamak melakukan semua itu demi keasyikan dalam bercinta. Bercinta? tidak bersalah. Ramai yang kata, cinta itu buta. Tetapi pada hakikatnya..si pencinta itu yang buta. Buta dengan segala-segalanya. Sehinggakan ditegur kesilapan pun tidak mahu menerima. Buta sehinggakan berpelukan. alfaQir tidak berniat nak sibuk-sibuk hal orang. Tetapi atas dasar kasihan alfaQir berbicara. alfaQir tidak sam sekali berminat nak mencampuri urusan orang lain. Tak minat. Pandai-pandai la fikir..Pengalaman banyak memperlihatkan kita akibat terlampau bebas.

Sebelum berundur, alfaQir kepilkan sekali sedikit luahan hati di facebook apabila alfaQir dicaci mereka yang tak mampu menerima teguran.

"Pendek, Gemuk?..Ya, aku memang pendek..aku memang gemuk..TAPI!!!Akal aku tak pendek nak letak gambar bukan muhrim aku kat wall, akal aku tak pendek nak dengar nasihat orang...Nafsu aku tak gemuk nak tangkap gambar dengan bukan muhrim aku berdua-duan..Nafsu aku tak gemuk nak bukak aurat..Nafsu aku tak gemuk nak berpelukan dengan orang bukan muhrim aku. Nafsu aku tak gemuk sampai nak bermalam dirumah orang bukan muhrim aku..Sebab akal aku, nafsu aku..aku jaga..aku didik jangan jadi macam dia.."

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan~Bebicaralah Selalu~
2.05 pagi

One Response so far.

  1. salam..asri....
    huhu...xsangke junior ku sebegini hebat.....

    -apabila kita memasuki bidang akwah,maka kita xkan senang dari ujian...ujian itu pasti....

    moga terus berjuang,semoga ALLAH thabat kan kita ayas jalanNYA

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -