Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 16, 2010


Assalamulaikum waramatullah. Salam Mahabbah, Salam Rahmah dan Salam Mujahadah. Apa khabar anda hari ini? Mulakan membaca dengan senyuman yang paling ikhlas pernah anda lakukan. Bukan apa, ketika membaca entri terbaru ini alfaQir sudah pun menyelesaikan masalah yang menghantui alfaQir. Jadi, kalau alfaQir boleh tersenyum ketika berhadapan situasi yang perit mengapa anda tidak boleh? Senyum, Senyum dan Senyum.

Ha, masuk hari ini, hari ke 3 alfaQir ber'exercise' pagi bersama kakak alfaQir. Memang susah untuk bersama kakak turun ke stadium. Mana taknya, tarikan graviti bantal amat berat untuk melepaskan alfaQir dari terus bangun. Tidur selepas subuh antara aktivit yang amat dititikberatkan oleh semua pelajar. Walaupun, Nabi menegah untuk kita tidur selepas subuh kerana selepas subuh waktu kita mencari rahmat bukannya 'bau kemat' di bantal. Bagi diri alfaQir, dirumah memang senang kalau hendak tidur selepas subuh. Tapi jika di asrama, susah yang amat. Terkejar kesana, terkejar kesini. Jadi, kehidupan di asrama lebih teratue berbanding dirumah.

Bukan Senang Untuk Senang. Ketika habis bersenam distadium tampin. alfaQir duduk sebentar sambil merengangkan otot kaki, alfaQir ternampak sebuah kereta idaman alfaQir. BMW X3. Wah, laju, tegap, smart. Terus minda lafaQir terbayang jika kereta tersebut milik alfaQir 9-10 tahun lagi. Memang tidak mustahil untuk memilik kereta seperti itu. Tapi, semuanya bergantung kepada usaha kita. Ketika menghadiri seminar Dr. Azizan di Seremban baru-baru ini, jelas membuktikan angan-angan menjadi kenyataan. Sebab itulah kita memerlukan impian. Bagi alfaQir impian untuk memiliki seorang isteri yang solehah dan yang mampu menjaga syurga rumah tangga. Begitu juga dengan impian untuk memiliki kereta besar, runah alfaQir tak nak besar, cukup sekadar rumah seperti rumah di taman clonlee ini. Tetapi, untuk mencapai semuanya itu bukannya senang. Banyak pengorbanan yang perlu alfaQir lakukan untuk mencapai semua ini.

Hakikatnya, setiap perkara yang kita lakukan mesti Allah akan tolong selagi mana perkara itu tidak meludah hukumnya. alfaQir masih ingat peristiwa yang berlaku dihadapan mata alfaQir sendiri apabila seorang pegawai diberikan duit kopi. Isunya, jiak betullah duit itu bukan rasuh tapi sepatutnya pegawai tersebut menjaga maruahnya dari meletakkan salah tanggapan dari orang lain. Fitnah dapat dielak tapi tak dapat nak halang. alfaQir masih teringat ucapan Hafizi di musolla, "Setiap hari lebih dari 70 ribu fitnah turun ke atas manusia". Oleh sebab itu, kita hari ini tidak mungkin mampu menghalang diri dari fitnah. Beri harapan atau inspirasi kepada orang lain memang satu pekerjaan yang mulia. Konsep zakat, memberi harapan kepada orang lain untuk hidup seperti kita. Pernah terbayang diminda alfaQir, nilai zakat fitrah setiap tahun ini mungkin jauh rendah nilainya jika jika berzakat jiwa dan raga. Bukan kerana kewajipan semata-mata, tetapi dengan harapan dan inspirasi untuk mereka yang memerlukan.


Saat ini, alfaQir saksikan bahawa setiap kesenangan itu bukannya mudah untuk dikecapi. Masih teringat lagi dalam jiwa ini, seorang peserta program bertanya "abang, macam mana nak jadi macam abang?". "Senang jer adik, tambah ilmu, banyakkan membaca, beranikan diri, abang ni pun tak lah sehebat orang lain, masih belajar lagi dik", jawapan ringkas. Itulah sebenarnya, untuk berada dalam satu tahap yang tinggi kita bukan sewenang-wenangnya untuk berada disana. Berjuang, Berjihad, Berkorban semuanya penting dalam memastikan kita berjaya. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Wallahu'alam

"Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan"~Berbicaralah Selalu~
Habis di edit pada jam 0147 am

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -