Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 12, 2010

Assalamualaikum, Salam Mahabbah, Salam Ujian, Salam Rahmat dari alfaQir buat semua. Ketika menulis posting kali ini, jiwa alfaQir sedikit terkacau kerana alfaQir dituduh membawa fitnah. Fitnah, kita renungkan sebentar. alfaQir masih teringat kata-kata abang alfaQir, abang Ejan yang berkenaan dengan fitnah dan dosa. Abang cakap apa? Fitnah ini selagi tak lihat depan mata janganlah percaya. Fitnah selagi tiada bukti janganlah percaya. Konsep yakin. The Power of YAQIN!. Fitnah dan bukti dua perkara yang sering berkait rapat. Fitnah membawa putusnya ukhwah, putusnya persahabatan, putusnya kekuatan dalam islam. Tapi bagaimana, jika nampak dengan mata kita sendiri kemungkaran tersebut? Fitnah jugakkah? Memang fitnah bagi kita pula jika tidak menegurnya. Saat ini, alfaQir saksikan 2 orang manusia yang bergelut dalam menyelesaikan masalah perhubungan mereka gara-gara difitnah. alfaQir memohon kemaafan sekiranya ketelanjuran alfaQir dalam berbicara mungkin menyebabkan ia tersungkur.

Hakikatnya, keadaan ini semua boleh diselesaikan jika semua pihak menerimanya dengan hati terbuka. Oleh kerana itu, semua orang hari ini berdendam, hasad, sakit hati. Sebentar tadi, alfaQir memohon kemaafan dari seorang ini walaupun mungkin alfaQir berada dipihak yang benar, tapi alangkah terkejutnya alfaQir dia menjawab dengan penuh kasar dan emosi. Dengan ucapan tidak akan maafkan alfaQir dan rakan-rakan yang turut serta dalam misi menyelamatkan 'gaza' sunguh menyentuh hati. "Aku tunggu kau di akhirat". Masya Allah, terkesima alfaQir sebentar. Hanya ucapan terima kasih dan senyuman mampu alfaQir berikan kepada beliau. Kehidupan alfaQir selepas ini mungkin perlu lebih hati-hati. Hati-hati dengan keadaan sekeliling, hati-hati dengan masyarakat, hati-hati dengan segala-segalanya. Mungkin benar, mungkin betul, mungkin tepat apa yang kita lakukan. Tetapi, sejauh mana?tepat mana?kebenaran itu berpihak kepada kita. Itulah sebabnya, salah satu lubang yang menutup cahaya Allah dari terus memasuki hati ini adalah PENDIRIAN HIDUP. Kita sering kali mementingkan pendirian kita sehinggakan jika salah kita tetap mahu betul.

Sebelum, mengundurkan diri alfaQir dengan rendah dirinya memohon seribu kemaafan dari mereka yang rasekan alfaQir ini pembawa fitnah dan merosakkan segala-segalanya. Untuk SERi HATi..Tabahkan diri bersama alfaQir supaya terus thabat dalam perjuangan. Love All My Friends....

"Kali Ini Pengalaman Betul-Betul Mengajar Erti Kehidupanku"~Berbicaralah Selalu~
ditulis pada 1632pm

2 Responses so far.

  1. assalamu'alaikum...
    posting yg jujur n ikhlas...
    teruskan perjuangan ustaz dgn tabah&sentiasa mohon petunjukNYA...hanya org yg terpilih dan hebat shj yg diberikan ujian seberat ni...gud luck!!

  2. Terima kasih dik..ustaz cube tabahkan diri...walaupun susah

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -