Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 7, 2010

"Assalamualaikum..Bang, abang asri ade tak?". "Ayie, ade budak nak jumpe enta". ...Bingkas alfaQir bangun dari pembaringan. "Ye , saya..nak apa?". "Bang, ni saya(irfan) dengan Amin nak bagi abang hadiah". Seutas tasbih berwarna putih. "Terima kasih yer". Senyuman alfaQir mengiringi perpisahan kami. Seutas tasbih berwarna putih. Memang penuh bermakna. niat ikhlas adik-adik ini memang tidak dapat dinafikan. Sepanjang pengalaman menyertai mana-mana program inilah kali pertama peserta menghadiahkan alfaQir seutas tasbih. Mendalam, Bermakna, dan Menenangjan hati. Untuk Irfan dan Amin, abang akan manfaatkan tasbih ini walaupun abang ni bukannya ahli zikr. Tasbih Cinta untuk alfaQir.
Seminggu sudah alfaQir menziarahi SMK TBB, Seri Menanti. Fisrt impression ketika sampai disana memang begitu mengagumkan. Mana tidaknya, selama 17 tahun 10 bulan alfaQir hidup dibumi negeri sembilan ini, itulah kali pertama alfaQir menjejak kai dibandar raja seri menanti. Memang terpegun. Sebelum ini tengok dari kaca televisyen ajer. Sekarang dah pijak dah ha bumi raja. Sampai disana tepat jam 3.30 petang selepas bertolak dari Maahad dan sempat solat jumaat di Masjid Taman Puan Chik, Bahau. Makan tengahhari di kedai kak lang. Memang masakan kampung. Kepedasannya tidak boleh ditahan oleh alfaQir. Berair jugaklah mata. Walaupun lauk yang dimakan bukanlah lauk yang menggunakn cili api ketika memasaknya tapi itulah masakan kampung. Memang pedas. Kalau habib ada sekali bersama alfaQir sudah tentu dia lah orang pertama yang surrender. Lauk kentang masak sambal dan sayur terung.

"Ha, pak cik ,kami datang ada program". Meminta izin masuk kedalam sekolah. Itu cara yang di ajar oleh nabi s.a.w. setiap kali pergi kemana-mana minta izin dahulu sebelum masuk. "Mane nak parking ni", Zahid tanya. Haha, alhamdulillah, lepas selesai semua perkara alfaQir bertemu dengan pengetua SMK TBB. Pengetua mengalu-alukan kedatangan kami.


Satria HLC!!...Itulah laungan keramat untuk menaikkan semangat peserta-peserta. Memang keramat!. Banyak pengalaman yang alfaQir timba ketika berada di Seri Menanti ini. Memang jauh berbeza mereka dengan mereka. Semangat adik-adik untuk mengikuti program memang membuatkan alfaQir dan rakan-rakan terus bersemangat. "Mereka umpama cawan kosong", itulah yang alfaQir katakan dalam mesyuarat fasilitator selepas habis program dimalam pertama. Zaleha pun setuju. Dan kesan dari persepsi tersebut kami berjaya membuat yang terbaik untuk adik-adik.


Kembara perjuangan, Jejak-jejak mimpi, Slot ceramah, LDK, Kuliah subuh di Tasik. Memang begitu mengasyikkan apabila konsep kuliah subuh ditukar menjadi kuliah subuh outdoor. Olsem! dengan pemandangan yang begitu indah. Allahu Akbar!!. Tanda-tanda cinta Allah kepada hambaNya. Memang adik-adik begitu taajub mendengar luahan cinta dari abang-abang dan kakak. Ada Apa Dengan Cinta?!. Dengan cinta ada segala-galanya. Kedudukan SMK TBB yang agak jauuh dari bandar Kuala Pilah dan pekan yang terhampir memang menjadikan suasana disan begitu nyaman dan sejahtera. Subhanallah.!



Itulah yang mampu alfaQir ceritakan kepada anda semua. Satu pemberian kami buat adik-adik memberikan 1000 pengertian buat mereka. "Inilah program yang terbaik kami pernah ikuti", kata seorang peserta ketika berjumpa dengan Tuan Pengetua. "Kalau boleh kami nak lagi". Begitu semangat adik-adik ini. Pengalaman dipecahkan belon ketika sedang makan memang mencuit hati alfaQir. Itulah mehnah kehidupan. Kadang-kadang di atas, kadang terpelosok dibawah. Insyallah, jika ada rezki dan umur yang panjang dan masih lagi dibekalkan kekuatan, Akademi Sukses akan datang kesana.



Khas untuk Haizat, Fikiri, Syahmi, Izzuan, Afidah, Khalilah, Syafeeqa, Syafa, Hanis, Faiz, Farhan dan Ummu. Ingatlah tanggungjawab kalian selepas ini. Apa yang kalian peroleh bersama kami gunakan dalam kehidupanmu. Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Manfaatkan apa yang perlu dimanfaatkan. Kami sentiasa mendoakan kalian. 6 budaya sukses terus diterapkan kedalam kehidupanmu. SATRIA HLC!!!!!!!!!!SATRIA HLC!!!!!!!!SATRIA HLC!!!!!!!!!Siapa Sukses???Saya dan Anda.....Wallahu'alam.
"Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan" ~Berbicaralah Selalu~
~written by alfaQir 0n 1517~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -