Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 10, 2010

Salam Ukhwah, Salam Mahabbah, Salam Perjuangan السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته. Apa khabar ikhwan-ikhwan dan pengunjung setia Selalu Berbicara. Moga-moga kehidupan anda lebih baik dari semalam. Kehidupan saya sepanjang seminggu ini penuh dengan pelbagai warna-warna. Bermula dengan mengikuti kursus peningkatan skil komunikasi yang di anjurkan oleh Universiti Teknologi Melaka Malaysia(UTeM) pada hari selasa dan diikuti dengan beberapa program selepas itu.

Kehdupan saya kali ini diwarnai dengan warna hijau dahulu. Kenapa warna hijau? Kerana hijau adalah memberikan ketenangan kepada saya. Antara warna kegemaran Rasulullah juga adalah hijau. Mengikuti kursus ESQ sememangya saya nantikan sejak dikenalkan kepaa saya oleh cikgu Mohamad. Turut menyertai saya dan cikgu Mohamad adalah Kak Lina bersama rakan perjuanagan Bob. Mohon minta tukar penggunaan dhomir. Hah. aku rasa hari tu memang cukup seronok, mane taknyer yang bagi kursus tu Dr. Ary Ginanjar Agustian. Pengasas ESQ Leadership Training. Memang orang kata pembawakan ESQ ni lebih kepada pembawakan liberalisme. Wallhu'alam. Setakat yang aku pergi ini masih tiada lagi kelihtan pembawakkn liberalisme itu. Yela, aku pergi pun 2 jam jer. Mungkinn jika aku pergi untk 2 hari aku akan nampak la kot pembawakan tu. Tapi segala-segalanya kita serahkan kepada yang Maha Esa.

Selepas ke UTeM mendengar ceramah tersebut, Cikgu Mohamad ajak jalan-jalan ke Melaka. Destinasi kami Mydun Mal. Walaupu banyak kali pergi, tapi apakan daya ajakan cikgu bawak aku kesana. Sampai-sampai je disana, aku ngan bob meneruskan aktiviti kami iaitu jalan-jalan cari makan. Memang makan jela kerja kami. Cerita tentang makan ini, aku selalu berbicara dalam hati sebelum tidur. Kenapa sekarang ni aku kuat makan yer?. Hahaha, walaupun soalan yang tidak menarik untuk ditanya tapi itulah dikatakan muhasabah. Nafsu makan inilah adalah nafsu yang paling bahaya disamping nafsu syahwat. Aku ingat lagi ketika dalam usrah. Diceritakan oleh seorang ahli usrah aku tentang nafsu tak boleh tahan dengan kelaparan. Ketika nafsu dicampakkan kedalam api neraka dan tidak diberikan makanan baru si nafsu ni mengaku yang Allah itu tuhannya. Cerita ni aku ingat-ingat lupa. Nanti jika teringat aku akan cerita. Jadi, aku kene buat satu reformasi! Bagaimana untuk kurangkan makan. Makan untuk sekadarnya sahaja.

Dah habis makan, aku paln nak beli something. Jadi, aku tinggalkan bob dengan kak lina melayan facebook. Kebetulan aku ngan bob bawak laptop dan wifi percuma palk dimydin jadi mereka berseronoklah dengan melayan facebook. Apa yang aku cari? Aku berpusing-pusing dalam mydin untuk mencari sehelai seluar tight warna hitam yang selalu dipakai oleh wanita-wanita sekarang. Sebenarnya, selelpas ustaz Idris cerita dalam kelas tentang Nabi Ibrahim malu berjalan di atas muka bumi ini dengan berpelikat sebab Nabi Ibrahim malu apabila kemaluannya dilihat oleh muka bumi. Jadi selepas aku dengar cerita tu aku pun rasa malu jugaklah. Sebab itu aku ingin menambah sehelai lagi seluar tight. Moga-moga usaha aku ini Allah nilai. Akhirnya aku jumpa jugak seluar tidgt berwarna hitam dengan harga jauh lebih murah dari seluar tight aku beli di giant. Seluar yang pertama berwarna putih cream, kain lembut dan selesa bila memakainya. Yang penting aku dapat cari satu lagi seluar. Dah habis membeli belah, cikgu dah habis beli barang, kami pun berangkat pulang kerumah.

Dalam perjalanan ke tampin, cikgu nak drop kak lina di UiTM. Jadi, terpaksa berehat seketika di UiTM dan solat zuhur disitu. Kebetulan pulak akak lina bekerja disitu. Walaupun kedai dia kecik teramat-amat kecik kalau aku nagn bob lah yang berniaga kat situ terpaksa extend sikit lagi kedai tu. Tapi keuntungan dia berlipat kali ganda. Itulah namanya rezeki!. Bercakap tentang rezeki, aku teringat kata-kata Faiz. "Kalau ade rezeki, tentu kita berjaya". Alang-alang berehat di UiTM tu, dapat la jugak makan waffle. Walaupun kurang rangup tapi disebabkan percuma, aku seronok menikmatinya. Cikgu Mohamad yang pertama kali makan pun teruja jugak. Hahaha. Sampai ditampin pukul 3 petang dan terus menuju ke Maahad Ahmadi STAM.

Bersambung kerana tidak sempat..
~Berbicaralah Selalu~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -