Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Apr 23, 2010



Sambungan...






ESQ dah selesai, sekarang aku nak cerita pengalaman aku ketika menziarahi peniaga-peniaga di PC FAIR, MITC Melaka. Wah, memang aku taajub nak pergi ke sana, macam-macam aku nak beli. Nasib baik kali ini akak nak teman aku pergi sana. Akak sanggup balik tu semata-mata nak teman aku. Itulah kakak kesayangan aku. Bersama-sama aku ke MITC kali ini, kawan aku haji zakwan. Hahaha, haji nak beli harddisk. Hebat la haji!!. Bertolak pukul 11.30 pagi dari rumah. Cadangnya nak bertolak pukul 10, tapi akak sampai lambat. Bertolak dari KL pukul 8 sampai Taman Clonlee pukul 10.30. 2 jam perjalanan akak dari KL ke Tampin. Kebetulan pulak ummi ngan ayah nak ke Batu Caves ziarah mak teh yag uzur. Aku doakan agar Allah, berikan kesihatan kepada Mak Teh. Aminn.


Sampai di MITC, aku ngan akak berpecah. Akak nak cari beg laptop. Aku? Macam nak cari. Presenter, Pendrive, Sticker laptop, Mouse dan Memory Card. Alhamdulillah, sampai disana aku dapat cari semua yang aku nak. Keadaan kat sana macam biasalah. Sesak dan dapat. Malangnya, kali ini aku pakai lengan pendek. Bergesel-gesellah dengan dengan di tak patut digeselkan. Menyesal tak sudah aku. Lepas aku jumpa semua yang aku nak cari, aku kene tolong haji beli harddisk. Haji memang tak de pengalaman. Ha, puas cari, nak yang 320 gb tapi murah. Huhuhu, langkah penjimatan. Dah jumpa yang murah haji pulak tak berkenan. Itulah manusia. Yang selalu inginkan kepuasan. Nakkan yang cantik. Nakkan yang sempurna. Tetapi!!, diri masih tak sempurna.

Selesai beli segala-segalanya, kami pun beredar la dari MITC. Akak nak beli baju baru. Bershoping memang hobi aku yang ke 18. Yang penting fulusnye ade la. Huhu. Sampai di Jusco, aku teerus cari surau. Solat dulu sebelum shopping. Dalam hati ini nak jugak cari baju baru. Fulusnya cukup, tapi..mahalla. Hari tu tak de sale. Jadi ape yang aku dapat adalah, sandal diadora yang catik dan simple. Aku nak pakai time umrah nanti. Cakap pasal umrah. Tarikh dah tahu. Alhamdulillah, terima kasih la kepada pihak yang terlibat. Penat jalan-jalan di Jusco, tiba alah masa untuk makan. Ha, kali ini aku belanja haji makan. Kita orang makan ape?... Mee Szizling..Memang mengasyikkan. Cume, cendol yang dibeli tidak begitu mengasyikkan. Tah apo raso ea. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur. Dah kenyang makan, alhamdulillah di ucapkan. ha, aku meneruskan lagi pengembaraan aku dalam jusco. Akhirnya aku jumpa satu kedai makanan yang begitu menerujakan aku. Kedai yogurt J.Co, memang sedap yogurt ea. Makan hingga nak tambah lagi. Tapi apakan daya, akak belanja satu round jer. Harga ea pun oleh tahan jugak. Satu topping 6 hinggit. Sedang seronok aku makan, haji pulak tengah menahan kemasaman yogurt tu. Dia kata, dia pertama kali makan yogurt. Subhanallah! haji zakwan memang hebat!. Haji tak mampu menghabiskan yogurt tu. Jadi, mangso ea, esei la. Memang bes! Sampai di tampin, jam 5 petang. haji terus balik asrama sebab hari ahad aku tak de kat umah. Ade ujian QTI kereta.

Hari Ahad, hari penentu segala-galanya. Bermula dengan ujian QTI. Aku cuak jugak, lima orang jer yang amik ujian ni. Semua perempuan kecuali aku. Alhamdulillah, aku berjaya melepasi halangan bukit yang menjadi penghalang utama aku untuk lulus. Hahaha, susah wo bukit tu. Kena pandai balance minyak dengan clutch. Achoon selalu marah bile aku teka minyak kuat sangat pastu tak lepas clutch. Hehe, itulah mohd asri. Sekrang ini, aku menunggu Ujian QTI untuk motor pulak. Rasenye sampai disini sahaj aku nyer cerita, mood aku lari sikit time ni. Bertengkar dengan si mak cik. Papepun, bersegeralah mendapatkan rahmat dari Allah. ~Berbicaralah Selalu~
~written by alfaQir on 1358~





- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -