Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 27, 2010

"Owh, bace solusi yang baru ni ea?", pertanyaan yang dilontarkan oleh seorang teman hati. "A'ah, ngah bace la ni, zakwan nyer", aku jawab dengan penuh keyakinan dan kepastian . "nanti bace artikel muka surat 46 yer". Assalamualaikum. Salam Kejayaan! Artikel muka surat 46 bekaitan degan apa? Ha, beekaitan dengan tajuk yang aku tulis ni, "Biarkan cinta katakan tidak". Sekali pandang memang tak faham ape yang dimaksudkan sebenarnyer dengan tajuk artikel ni, sebab itulah adenye pepatah tak kenal maka tak cinta. ade satu lagi pepatah yang menarik untuk kita kongsikan malam ni, "Dont Judge Toilet By its Door", huhuhu. Ingat segal urusan kita kena selidik dulu baru boleh menghukum.

"Dah habis bace dah"...aku bagitau mereka yang berkenaan. Ape yang aku dapat dari pembacaan tersebut?. Inilah yang Selalu Berbicara nak ungkaikan, walaupun terpaksa menahan menagntuk malam ni sambil menonton game chelsea dengan aston villa. Hebat chelsea 7-1 dia titik aston villa. Saat aku membace artikel tu memang memberikan seribu inspirasi nak menulis pada malam ni. Pertama, hidup memang memerlukan cinta. Cinta dari banyak sudut. Cinta Ilahi cinta hakiki, Cinta Rasul cinta yang pasti, Cinta manusia sampai ke syurga. Memang sukar untuk menjaga hakikat cinta. Sebab itulah cinta memerlukan pengorbanan. Tapi ape yang aku nak cerita ni bukanlah pasal cinta yang membawa ke syurga. Aku nak cerita tentang cinta yang ntah ape-ape.!

Cinta yang tidak pernah berkata tidak! Perkara ni dah banyak yang terjadi. Biarkan yang tidak betul terus menjadi tidak betul. Bila disebutkan tentang perkara tidak betul ni, aku banyak perkara jugak nak sebut. Antaranya betullah kajian yang mengatakan bahawa kalau hari mak buka aurat simple2 macam pakai baju lengan pendek, jangan terkejut la anak dia telanjang. Itulah hakikatnyer. Bila keluar je pergi makan atau kemana-mana je nampak mak dia pakai tudung tapi anak bukan setakat tak pakai tudung tapi macam-macam tak pakai. Bile ditanya kenapa dibiarkan begitu, sebab sayangkan anak.

Dan inilah dia cinta ntah ape-ape. Bila isteri tak tutup aurat, dan ditanya kenapa tak ditegur isteri tu. Jawab dengan mudah dan tepat disisi serangga makhluk perosak sayang bini, kang merajuk. Dan bila ditanya kenapa tak ditegur suami tak solat. Jawab isteri dengan jawapan yang tiada keraguan lagi shohih disisi iblis, suami penat balik kerja, tak nak ganggu dia. Itulah cinta yang sia-sia. Meragui tentang jumlah anak luar nikah yang makin meningkat. Tahun 2009 sahaja seramai 16 ribu anak luar nikah didaftatkan. Itu yang pasangan ade kesedaran mendaftarkan anak dia. Ade yang mangkok lagi jahil bakar anak, buang anak, bunuh anak, ape ceriter. Ini semuanya sebab cinta yang tidak pernah berkata tidak.

Janganlah bercinta sehinggakan maruah tercalar. Cinta memang fitrah manusia. Cume kita je yang tak reti memanfaatkannya. Semua cinta hendaklah kembali ke Maha Esa. Jangan bercinta bagai nak rak, kewajipan kepada tuhan kita lupakan. Itu sahaja dari Selalu Berbicara.~Berbicaralah Selalu~

~written by alfaQir on 0217~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -