Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Mar 27, 2010

Assalamualaikum, Salam Satu Ummah. Salam Penyambut Rahmah. Alhamdulillah! segalanya dah settle. Gembira dan bahagia aku bile semuanyer dah settle. Ape yang dah settle? Haha, Program Kem Generasi Ulul Quran. Program ketiga yang aku handle sendiri(kalau tak silap). Program kali ini memang sungguh menghiburkan dan mencabar aku sebagai peneraju utama selepas Ustaz Taufik. Hari pertama, dengan semangat berkobar-kobar aku bangun awal. Hahaha, bangun-bangun je haji(zakwan) dah tunggu kat ruang tamu. Hati aku cakap, "mangai haji ni awal betul bangun, bagus semangat tu penting!". Dah amik wudhuk aku ngan haji pun menapaklah ke musolla tumpangan taman clonlee. Surau taman clonlee sekarang ni tengah di ubahsuai untuk menambahkan keselesaan penduduk. Alhamdulillah, sampai je musolla pak cik saleh terus azan. Aku kate dengan haji, "haji kang pak cik ni suruh aku naik, ko naik ea..suara aku tak de..". Alhamdulillah, haji naik jadi imam.

Proses pendaftaran memang sedikit kelang keli. Ape-ape pun, terima kasih rakan-rakanku yang membantu aku. Habis pendaftaran, alatan teknikal semua dah settle. Aku memulakan bicara. Name pun Selalu Berbicara. Lepas aku bagi taklimat, aku terus bagi cik leha bawak budaya program. Memang dia lebih berbakat dari aku. Cik Leha boleh handle budak-budak kecik nak dibandingkan dengan aku, susah! Kene plak buat cerita dongeng. Haha. Itulah pentingnya kerjasama. Yang lain menutupi kelemahan yang lain. Jumlah peserta hari pertama memang tak ramai. Hanya 45 orang. Aku dengan Syahir dah tersenyum jer. "Macam no ni syahir, fail boli sampai seratus. orang ea ado 45 jo". Dua-dua tergelak.

Hari kedua?..Meh aku kongsi. Alhamdulilah, hari kedua peserta bertambah. Dari 45 jadi 63. Walaupun tak capai target 100 orang tapi aku syukur. Hasil post mortem sendirian di Tg Bidara, aku dapat trace yang kelemahan kat bahagian promosi. Promosi tak berapa mantap. Aku boleh terlepas pandang orang dekat Kampung Keru. Ade sorang mak cik tu hantar anak dia pagi nak ke Tg Bidara. Bile aku tanya dia, mak cik ni dari mane?? Dia jawab mak cik dari keru, baru perasan banner ni tadi dekat depan masjid ni. Aku pun senyum jela. Itulah kelemahan aku. terlepas pandang. Hari kedua diteruskan dengan halaqah quran. Ajar adik-adik ni dengan asas tajwid. Memang penuh khusyuk adik-adik ni dengar abang-abang dengan akak mengajar. Mungkin care abang dan akak ni mengajar canggih kot. Huhuhu. Sebelum balik, Ustaz Muhammad dari Al-faliheen Management bagi motivasi.

Hari ketiga, hari yang paling bahagia. Aku dan Zahid ke Melaka. Membeli belah hadiah untuk peserta. Macam biasa lah, kene jugak bawak mereka yang pakar dalam bab ni. Faiz Nur, Eliz nagn sorang lagi. Afiqah. Dah la sampai kat melaka tak de hal tujuan. Silap jalan la bagai. Masuk highway nyer beria. Nak ke Banda Hilir tapi masuk highway keluar Ayer Keroh. Tah ape-ape. Huhuhu. Tapi yang pentig seronok lagi menyeronokkan. Sampai PASTI(rumah tumpangan fasi muslimat) pukul 10. Acap ngan Haji kat rumah aku duduk mengular jer. Kesia dorang. Jadi lepas aku ngan zahid rehat, solat dan mandi kami pun ke Ayer Panas Gadek. Perggh! air nyer memang panas! bayar rm 4 sorang(acap belanjer). Aku ngan Haji tak mandi beria macam dorang. Malu! ramai orang. Aku sekadar ceup kaki dengan basuh muka. Hilang jugak la penat aku. Memang ramai orang sampai pukul 12 pun ramai jugak. Yang tak tahan tu, ramai datang ramai jugak yang menyakitkan mata aku ni. Aku pun pelik la tengok akak2 yang datang sana. Pakai seluar pendek, hisap rokok. Ape jenis manusia yang berstatus islam. Mungkin islam dia ade Had dan Hari. Wallahua'lam. Lepas settle di Gadek aku dengan budak2 ni terus mendapat penyegar di restoran yang berhampiran. Ha, lupe pulak aku nak cerita, aku kene injection malam selasa. Akibat makan udang. Dah tak nak makan udang dah lepas ni.

Hari Khamis memang memenatkan. Pagi-pagi kene uruskan adik-adik ni supaya dengar arahan semasa di Tg Bidara nanti. Memang letih, adik-adik ni sampai je Tg Bidara dah lain fi'il nyer. Bile nampak jer air laut yang terbentang luas tu masing-masing dah ghairah. Semua lupe pesanan aku. Biasalah tu, kanak-kanak ribena. Aku hampir tertekan. Tu yang post mortem soran-sorang kat bawah pokok. Risau jugakla siDia. Hehehe. erm, tapi ustaz taufik bagitau kalau nak happy dengan budak2 ni join sekali dengan mereka. Aku pun tanpa lengah2 aku join dorang. Memang hilang tekanan. Jadi budak-budak. Kebetulan plak, Faiz Nur pun join gak sekali dengan aku, amik kau, haruk piruk. Tambah plak Eliz asyik nak kenekan aku jer. Ade ke patut dia suh wat action camen. Haha, tapi yang penting aku nak gembira dengan adik-adik ni. Menang jugaklah kumpulan aku. Dapat no 2. Tapi hadiah tu aku tak amik. Jajan-jajan jer. Hari yang penuh dengan kepenatan. Hari khamis! Sampai Tampin pukul 5 terus solat asar. Alhamdulillah di Tg Bidara cuaca baik, cume sampai Tampin jer dah hujan. Dah amik duit kat My P.A , aku terus bagi kat Uncle Bas.

Hari Jumaat, waktu terpaksa dipendekkan sebab acik siak masjid nak kemas-kemas masjid untuk solat jumaat. Tapi yang penting hari jumaat Ustaz Uzairi bagi ceramah motivasi yang memikat adik-adik ni. Sebelah petang jumaat plak, aku bershoping lagi. Ke Banda Hilir, amik key chain yang ditempah. Kali ini tak balik lambat. Hari Sabtu, hari penutupan. Memang aku cuak sangat sebab kene berucap. Macam ahli parlimen pun ade. Ape-Ape pun, Kem Generasi Ulul Quran memang bermakna!.

Rasenyer sampai disini sahaja. Malam kang aku nak post lagi satu tajuk. Ok.Wallahu'alam.~Berbicaralah Selalu~

~written by alfaQir on 1732~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -