Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Feb 19, 2010

Contoh Khutbah Yang Memberi Kesan

Alhamdulillah.! Kertas kerja program diterima. Lega nafas dan jiwa aku bila Tn Hj Nor Mohammed setuju nak wat program ni. Mane tak nye, program yang nak dijalankan ni pun terlintas je dalam kepala aku nie. Terus je aku lakar kertas kerja. "Hafiz(Exco Pembangunan Program Luar), ko taip kertas kerja ni tau, aku nak wat program kat Tampin, Abang Rauf(Presiden MPP) setuju". "InsyaAllah". Aku dengan fikiran yang masih memikirkan pengisian-pengisisan yang bakal dibawa kalau program ini jadi. "Kem Generasi Ulul Quran" selalu berbicara dalam hati aku ni.

Hari jumaat memang ditunggu-tunggu oleh kaum muslimin. Lagi-lagi budak asrama yang nak sangat balik. Solat Jumaat memang menjadi kewajipan setiap muslimin. Aku ni memang selalu memerhatikan ragam dan gelagat orang. Supaya yang baik dari gelagat orang tu akku dapat ikut dan yang buruk aku dapat jadikan pedoman. Aku jelaskan dahulu, aku bukannyer nak kritik tapi nak cuma aku nak nyatakan pendapat aku. Mungkin aku taklah hebat. Tapi sebagai seorang remaja yang memahami jiwa remaja, aku berbicara! Khutbah Jumaat sememangnya wajib. Hikmahnya semua orang akan diperingatkan tentang akan mereka lupa. Tapikan, yang aku rase kurengnya, kenapa sehingga hari ini masih tiada lagi imam muda! Tolonglah bagi khutbah dengan semangat sikit dan lebih efektif. Aku tengok hari ini semua yang berada dalam dewan solat tu rata-rata semua orang yang berumur. Tujuan utama khutbah itu untuk mengingatkan. Tetapi apakah peringatan itu akan di ambil serius jika khatib nyer dah tersekat-sekat nafas. Ade satu masjid yang aku pergi dengan Ustaz Shuhadak sebelum dia pindah tempoh hari, Masya Allah. Imam syok sendiri, aku tak paham langsung ape yang dia sampaikan. Bacaan tidak lantang dan tidak tahu ape tujuan dia. Tapi ingat ini bukan salah Ibu yang mengandung imam tu.

Peranan imam tu kalau betul-betul dimanfaatkan sudah tentu dapat menarik remaja-remaja untuk mendengar khutbah tersebut sekaligus menjadikan remaja-remaja yang duduk luar ketika khutbah tu rakan masjid. Memang susuah nak buat macm ni, tapi kene usaha jugak kearah ini. Tajuk juga memainakan peranan. rakan-rakan aku di maahad selalu berbicara tentang tajuk khutbah. Ade yang lucunya, khutbah jumaat bertajuk, "Buah-buahan Tempatan". Aduyai, memang dalam usrah kitaorang akan selalu bangkitkan hal ni. Cubelah, pilih tajuk yang sesuai dan memberikan manfaat kepada semua orang yang mendengarkannya. Apelah dipilih tajuk buaha-buahan. Banyak lagi tajuk-tajuk yang bagus dalam buku khutbah tu. Tolonglah, jadi seperti Saiyidina Umar, yang berkhutbah dengan lantan g. Ini tidak, Imam baru nak ucap "Ittaquullah" yang lain cakap "tidurlah"...Inilah hakikatnyer. Langsung tidak memberikan kesan. Ini jelah sekadar yang mampu aku luahkan untuk kemaslahatan semua.

Ini yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku mendengar khutbah dan bersolat jumaat disekitar negeri sembilan. Tiada kene mengena dengan politik, sukan, selebriti, dan yang hidup mahupun yang mati. Aku menulis kerana aku selalu berbicara. Huhuhu. Sebelum tu, Kem Generasi Ulul Quran bakal menemui penduduk Daerah Tampin, jangan lepaskan peluang bagi mereka yang berumur 9 hingga 15 tahun. Hubungi ana ditalian 013 2620313 atau Ustaz Taufik.~Berbicaralah Selalu~ ~written by alfaQir on 1334~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -