Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 16, 2010

"Hujan Lebat mencurah kini..." Lagu Pergi Aizad memang memberikan satu impak yang mendalam diri ini. Biarlah aku sorang je yang tahu. Assalamualaikum...Semoga ukhwah terus terjalin dalam sanubari kita. Seharian duduk dirumah tanpa berjalan-jalan sudah cukup mengajar erti kehidupan. Pengalaman demi pengalaman yang aku dapat terus aku jadikan pedoaman.

Warna-warni kehidupan. Sememangya kehidupan kita seharian penuh dengan warna-warna yang menyerikan lagi hidup kita. Ade yang hari dia hitam jer..ade yang hijau jer..ade palk kuning jer..Itulah ragam manusia. Aku suka nak cerita tentang keadaan anak-anak yang tak berapa nak kenang budi mak ayah dorang. Selalu terjadi, mak ditengking oleh anak, mak dimarah oleh anak. Lebih dahsyat anak sanggup sembelih ayah. Itulah warna kehidupan seorang anak yang tak pernah melihat muka orang tuanya dengan sifat mahabbah. Bukan salah mak yang mengandungkan anak. Buakn salah ayah yang menghulurkan benih anak kedalam rahim ibu. Mak dengan ayah tak pernah cakap "ekau nanti dah bosar, jadilah penyamun dalam ini negeri, kerja merompak, mencuri dan menyagak(lirik lagu nujum pak belalang)". Rasenye semua ibu dan ayah dalam dunia ini mengharapkan anak-anaknya menjadi lebih "better,dan better dan better( tagline Dr Ary Gymnastiar)" dari mereka. Hatta pelacur sekalipun mereka kalau lahirkan anak luar nikah pun mesti dorang nak anak tu jadi soleh.

Memang hari ini selalu kita dengar kes buang anak. Semua tu sebab dorang tak de otak!! Otak lotak kek lutut! Tulah, mungkin mereka wat macam tu sebab mereka terdesak. Tapi ade yang pasangan yang baik sikit buang anak di masjid, dan surau siap tulih nota" Sila jaga anak ni dengan baik, ajar dia tentang islam". Haha, mungkin pasangan tu nak tengok anak dia jadi imam di masjid tu kot. Haha. Itulah, bukan salah mak yang mengandungkan kita. Kita yang salah.

Sikit lagi nak cerita ni, tadi aku pergi beli barang- barang keperluan asrama, itupun dah lewat. Rasenyer dah nak pukul 6.30 baru keluar. Dah beli ape yang patut dibandar bersejarah tampin, aku terus ke pasar malam cari tali pinggang. Aku ni barang taklah nak branded2 sangat. Bukannya penting sangat nak branded ni, asalkan boleh pakai. Jadi nak dijadikan cerita, masa alang pusing cari tempat parking kereta tadi ade la seorang makhluk Allah yang agak menggelikan hati beruk dihutan sebelah pasar malam tu. Ade seorang akak tu cantik berpakaian, bertudung, seluar tak lah ketat sangat sampai nampak bisul dan elok la dari sudut mata orang awam. Tapi satu je slack kat akak tu, mungkin masa ustazah sekolah rendah akak tu mengajar bab syarat menutup aurat, akak tu tertidur sebab aktif sangat kot time PJK. Ape kene dengan akak ni? Masalah akak ni, dia pakai baju terlampau ketat sehingga kan nampak bentuk perut yang seperti stadium bukit jalil. Akak ni kurus cume perut dia jer. Itulah yang nampak tadi, aku tak delah nak pandang lama-lam sangat. Kang akak tu syok sendiri plak. Kalaulah perut akak tu berpetak aku tak kisah de nak pakai ketat( walaupun amikkisah sebenarnye). Ini perut aduyai, macam stadium, paki biarlah berpada-pada, jangn terlampau ikutkan feyen kalau tak mengikuti syarat-syarat. Sebab itu aku tak pakai baju ketat, kalau badan aku macam aaron aziz dah lama aku pakai. Ingatlah peribahasa, Ukur baju dibadan sendiri. Ini terbalik pulak, gajah nak beli stokin mintak saiz semut. Gilo.! Ha, ini pun bukan salah ibu yang mengandungkan kita, sebab nak pakai baju tu kita bukan mak kita! Wallahua'alm -Berbicaralah Selalu-

~written by alfaQir on 0104~

One Response so far.

  1. kesian ye akk tuu...
    nape x tarbiah islamiah terus???

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -