Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jan 11, 2010

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia
lelaki dan perempuan yg sedang berkepit.
Tetiba si lelaki terperanjat dan terus
melompat dan berkata "hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing,malah tak boleh suci
sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja)dengan
wanita yang bukan mahram”.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah
lagibertujuan syahwat) adalah berdosa
dan wajib bertaubat (bagi membersihkan
dosa). Sedangkan menyentuh anjing
tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci
(bukan bertaubat). Menyentuh anjing
bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, “Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal
baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

~written by alfaQir on 1130 pm~

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -