Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 12, 2009




Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu, serlahkan auratmu, jarangkan kainmu, bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??

tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..
adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami??
yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..

sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang,
malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah,
janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…
sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..
NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Al-quran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..

One Response so far.

  1. assalamualaikum...
    terima kasih dengan mengilhamkan bait-bait taujihad ini,
    bagi ana kedua-duanya salah...
    kaum wanita merupakan sayap kir perjuangan sang mujahid,
    dahulunya wanita itu indah,
    tapi di akhir zaman ini allah benar-benar menguji iman sang wanita, tak mampu kami lalui semua ini...kami perlukan pertolongan ar rijal untuk membimbing kami, tapi sayangnya sang rijal sendiri mengambil ke atas...allahhuakbar!

    Keimanan dan ketaqwaan
    Bersemadi dalam sanubari
    Keyakinan dan keinsafan
    Dimiliki diri insani

    Hanya keimanan yang sejati itu
    Akan menebus diri
    Dari tipudaya duniawi
    Yang mencengkam siapa yang tersimpang

    Punyailah sifat yang terpuji
    Dari ajaran Ilahi
    Yang sering kita diuji
    Sebagai hamba di muka bumi

    Air mata dan keinsafan
    Penyeri iman di hati
    Inspirasi mukmin sejati
    Menebus dosa-dosamu di sana nanti

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -