Posted by : Mohd Asri Hj Zainal Jun 4, 2009


Foto ketika di perhentian r&r


“Ha, ada Ulama, kat PWTC ke?”, sampuk Faiz dengan selamba. ”Bukan kat PWTC tapi Madinah la..”, jawab al-faqir membetulkan tanggapan Faiz.

“Huh, penat jugak aku kali ini”, desus ahti kecil al-faqir. Begitulah nampaknya keadaan al-faqir dan rakan-rakan ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 semalam(14 April 2009). Memang penat!, jika hendak tahu inilah kali pertama al-faqir rasa penat seperti ini ketika berjalan-jalan. Mungkin antara rakan-rakan al-faqir tahu yang al-faqir ini memang kaki jalan. Memang kaki jalan pun!, tapi banyak tempat yang a-faqir ziarahi atau kunjungi inilah yang paling memenatkan. Akan tetapi, disebalik kepenatan itu al-faqir gapai satu kepuasan. Kenapa? Al-faqir dapat apa yang Al-faqir nak. Semua buku yang di idamkan semuanya didalam genggaman.


Teman seperjuangan di medan Dakwah

Rugilah kepada mereka yang tidak mengunjungi PBAKL kali ini. Al-faqir bertolak bersama-sama rakan ke PWTC jam 8.30 pg. Sementelahan menunggu ’ane’ yang datang lambat, Al-faqir duduk berbincang dimeja bulat dihadapan Maktabah(perpustakaan). Dialog yang Al-faqir selitkan tadi antara dialog perbualan kami ketika asyik menunggu kedatangan ’ane’ bersama basnya.

Salam Pertemuan, Salam Perjuangan, Assalamulaikum. Selalu Berbicara mengungkap kata seribu bahasa. Firman Allah sw.t dalam Al-Quran ”wama uutitum minal ’ilmi illa qalila” (surah isra’ ayat 85) yang bermafhum ”dan sesungguhnya aku berikan kamu ilmu yang sedikit”. Ayat ini memberi pengajaran kepada kita bahawa manusia tidak mempunyai skop ilmu yang besar. Pernah digambarkan oleh Ulama’ bahawa ilmu Allah dengan kita seumpama sebatang jarum yang dicelup kedalam lautan dan hasil titisan air laut itu adalah ilmu kita. Allahuakbar!!

Jadi seharusnya kita mencari cahaya ilmu sehingga cahya-cahaya ilmu itu memenuhi ruangan dada kita. Kerana apa? Kerana cahaya ilmu itu yang akan membentuk sanubari kita sebagai seorang hamba yang bertakwa. Dalam menyelusuri medan perjuangan mencari ilmu, seharusnya kita memanfaatkan semua bentuk kelebihan yang Allah berikan kepada golongan-golongan yang terpilih iaitu Ulama’.

Ana percaya antara kita ini mempunyai gurunya yang tersendiri. Begitu juga dengan Al-faqir. Al-faqir teringat kata-kata seorang rakan bahawa guru ini umpama nyalaan api mancis yang menerangi kegelapan sebuah bilik. Betul ke? Ya memang betul apa yang dikatakan itu. ”Cahaya Yang Dikejar”
Ketika sampai di PWTC!!

Kebetulan mencari buku di booth PTS, Al-faqir tertarik melihat disatu sudut dimana orang ramai sedang berkerumun. Jika tidak salah di bilik Kelantan. Untuk pengetahuan pembaca di PWTC terdapat bilik-bilik khas untuk perwakilan-perwakilan negeri. Almaklumlah PWTc itu kan bangunan UMNO.

Di puncak menara PWTC itu terpampang logo UMNO. Jadi dibilik Kelantan itu rupanya ada Majlis Pelancaran buku terbaru yang dilancarkan oleh Tn Guru Nik Aziz. Buku ’Bidadari dari Timur ’ hasil tulisan isteri Tn Guru. Jadi dikesempatan dan kesempitan itu Al-faqir dan faiz cuba masuk ke dalam bilik Kelantan itu. Al-faqir, Faiz, dan Zaki cuba sedaya upaya masuk ke dalam terpaksa berhimpit-himpit dan mencelah. Tetapi rezeki tidak menyebelahi kami. Majls pelancaran buku tadi dah tamat. Tuan Guru pun nak beredar dari ilik tersebut. Hah! Alangkah bahagia kami ketika itu pabila terdengar yang Tn Guru akan berikan autograf di booth Anbakri Publika.

Kesempatan bertemu Tn Guru, Al-faqir dan Faiz tidak mahu lepaskan. ”Eh, mana zack(nama zaki)?”, al-faqir menyedari Zaki dan tercicir. ”Entah, tenggelam kot”, Faiz tak endah dengan soalan al-faqir tadi. Nampaknya Zaki dah tertinggal ditengah-tengah lautan manusia. Al-faqir dan Faiz terus mengekori Tn Guru hingga ke booth anbakri. Ketika mengejar Tn Guru, terdetik di hati ini semoga memberikan al-Faqir dan Faiz bertemu dengan Ulama’ yang berkaliber sehingga di Malaysia ini beliau seoranglah dikalangan Ulama’ yang memimpin dan mentadbir sebuah kerajaan. ”Ha, kan aku dah cakap tadi kat PWTC ada Ulama’!”, faiz dengan begitu yakin. Kejar punya kejar, ekor punya ekor..akhirnya sampai di booth Anbakri Publika.
Muka riang..

Nak tahu apa yang terjadi? Keadaan di booth itu terlalu sesak. Al-faqir memang tidak percayay keadaan begitu sesak! Bayangkanlah al-Faqir berasak-asak dengan mereka yang mempunyai perasaan huub(cinta) akan cahaya ilmu dan pembawanya. Disebelah kiri al-Faqir ada seorang muslimat yang berasak-asak dengan al-Faqir. Ap-faqir bisik dalam hati ’eh, biar betul akak nie!?”. muslimat itu pakai tudung labuh dan lengkaplah dengan pakaian musliamh. Al-faqir teru memandang faiz dibelakang tersenyum kehairanan. Rasanya Faiz pun pelik agaknya. Sebelum apa-apa terjadi, al-Faqir jauhkan diri dari muslimat itu. Selepas berasak dengan orang ramai, akhirnya al-Faqir dan Faiz berjaya berada dihadapan meja yang Tn Guru berikan autograf. Kebetulan al-Faqir baru beli buku hasil pandanagn sisi oleh Tn Guru Nik Aziz ’belajar dari Para Wali’



Bersama Ustaz Amal

Al-faqir terus buka muka surat pertama untuk memudahkan lagi Tn Guru memberi autograf. Tiba-tiba satu suara yang mematahkan semangat al-Faqir dan Faiz apabila setiausaha Tn Guru cakap Tn Guru sudah penat dan ingin pulang segera. Apakah agak-agaknya perasaan pembaca? Sudah tentu kecewa..Punya lama al-Faqir mengejar, mengasak, mencelah semata-mata ingin bertemu dengan Ulama’. Pergh..begitu kecewa ana. Mungkin disebalik itu ada 1001 hikmah yang kita tidak ketahui.

Berlumba-lumba mendapatkan kebaikan adalah perkara yang terpuji dan sebaliknya hanya mencari ilmu supaya masyarakat memndang sesorang itu dengan pndangan beliau adalah seoran yang hebat adalah perkara yang terkutuk. Ayuh!! Muslimin dan Muslimat penhkan dada kita dengan cahaya ilmu agar kita dapat memenuhi dunia dengan Cahaya Islam. Semua yang al-Faqir tuliskan ini adalah bebas dari faktor politik Walaupun begitu kami dapat melakukannya dengan terbaik. Wallahua’lam.

Bersama Dato' Dr Fadzilah Khamsah

Bersama Hijaz


Rabbani di PWTC


Bersama guru sukses..


Rakan-rakan yang disayangi..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -