Posted by : Mohd Asri Hj Zainal May 2, 2009




Hampir seminggu Program Latihan Fasilitator Suksess berlalu.Kenangan yang ana tak mungkin ana lupakan.Selalu Berbicara ingin berbicara tentang tajuk yang agak’touching’iaitu “Baju basah,Hati lagi basah”.Sebuah tajukyang membincangkan tentang erti persahabatan.

Menempuh alam remaja,alam dakwah, alam berorganisasi dan alammencari identiti diri memang banyak dugaan dan ujian. Ana tidak terlepas dari semua itu. Terfikir di perdu hati ini kenapa masih ada lagi yang mementibkan diri?! Tetapi sedang asyik berfikir terlintas kenangan manis ana menganjurkan Program bersama Ulama’ tahun lepas, memang manis semua kenangan itu. Betullah apa yang dikatatkan oleh orang kenangan yang indah kenangan yang tercipta bersama orang yang kita cinta. Jadi ana cintakan ulama’ begitu juga rakan-rakan yang lain.


Ayuh kita berbalik kepada cerita kita tadi. Kenapa ya masih ada lagi antara kita yang pentingkan diri sendiri?....Mungkin antara kita apa yang dimaksudkan asri ni? Sebenarnya ana tujukan tulisan ana kepada mereka yang mementingkan diri sendiri dan kepada mereka yang egonya masih tinggi tidak menentu.


Kisah ini berlaku kepada ana dan rakan-rakan. ”Dikala hujan membasahi bumi membawa rahmat dari Ilahi..Engkaulah Tuhan Kami”. Macam iasalah, selepas perkhemahan mesti kena basu khemah betul tak? Jadi ana bersama ajk kelab rancanglah hendak basuh khemah pada petang semalam(14 mac 09). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun permulaan memang kelam kabut, maklumlah pertama kali berkhemah . Jadi rancang punya rancang, melalut punya melalut akhirnya 3.45 ptg baru kami mula basuh khemah.

Yang sedihnya dan tersentuhnya ada ajk yang tak nak tolong dengan alasan penat. Kononlah penat, kami yang lain nie!? Tak penat ka!? Tak belajar dari pagi ka!? Tak letih ka!? Pirahhh..Dusta semua itu kononnya dia penat. Tetapi ketika itu hati kecil ini masih tidak terasa apa-apa lagi. Ana bersama ajk lain teruskan je tanpa dia kami boleh jalan. Dah habis membasuh khemah ajk yang datang berkumpul duduk di atas tar. Sakit juga duduk di atas tar. Macam biasalah petang itu digamatkan oleh eliz,fizah,nazlin dan fizie. Itu yang kami haruk petang tu. Ana tak kisah pun kalau nak wat haruk tapi haruk itu tak melampaulah.




Maghrib berlalu, Isyak pun berlalu juga...Segalanya berlalu dengan sekelip mata. Dan itulah tanda kiamat makin hampir dengan kita.Allahuakbar!! Selepas solat isyak ana dan ajk yang terlibat bersiapla ke ’prep’, alang-alang ke prep kami cadang nak tengok sekejap keadaan khemah. Orang yang kami ajak pergi bersama-sama basuh khemah petang tadi sekali lagi menghilangkan diri. Bila kami nak buat kerja dia mesti menghilangkan dirinya macam ’chipsmore’. Kami yang bertiga ini memang tidak kisah sangat sebab dah masak dengan perangai dia. Malam itu basah baju kami ajk yang turun buat kerja...Berpeluh oi!

Malam itu (14 mac 09) dapatlah kami lipat 5 khemah yang dah kering. Walaupun keadaan didataran itu memang gelap hanya bergantung dengan tempias cahaya lampu-lampu kelas berdekatan. Malam itu berlalu dengan sedikit rasa penat dilubuk perdu hati ini. Tapi kerana dakwah kami sangup!


”Bang, Bang...Bangun dah 5.30 pg la”, kejut Firdaus, ahli dorm ana. Bangun je dari tidur ana terasa sejuk sangat . Rupanya hujan turun lebat turun sedang membasahi bumi membawa rahmat dari Ilahi. Ana tidak melepaskan peluang untuk berdoa kerana ada sebuah hadis yang membicarakan tentang masa dan ketika doa di mustajabka oleh Allah, antaranya adalah ketika hujan sedang turun kerana dikatakan hujan turun membawa malaikat yang akan membawa naik doa kita.

Selepas solat subuh anan terus balik ke dorm sebab ana tak selalu bersarapan takut mengantuk dikelas nanti. Hujan masih turun membasahi bumi. Sampai disekolah, keadaan khemah yang ana basuh bersama ajk dan peserta lain dalam keadaan yang mengerikan. Kelihatan ajk muslimat sedang membetulkan khemah. Hujan pagi itu(7.30 pg) tidak gerimis sangat, jadi kalau kemas masa itu memang kuyupla jawabnya, ana pun tolong sekadar yang mampu. Kebetulan ana jalankan ke sana ana nampak ’ajk selfish’ ni ada dalam kelas ana ajak dia sekali. Tapi dia masih lagi dengan sikap pentingkan diri sendiri. Tak berganjak dari kerusi pun. Ana pun buat tak tau jela. Kebetulan ajk lai n ada di koop ana ajak mereka sekali. ’Ala thoriq(0ntheway) ana ajak ’ajk selfish’ itu sekali lagi. Tapi ego dan oenting kan diri sendiri masih tebal. Ana berkeras sedikit dengan dia, ana cakap dengan dia janganlah dia pentingkan diri sendiri. Nak tahu apa dia jawab??. Jawapan yang mudah dan menyakitkan hati. ”Penting diri penye..hujanla,baju basah”, itulah ayat yang mudah dan menyakitkan hati. Ana angin je dengan jawapn dia.


Apa baju kami tidak basah ke, apa kasut kami tidak basah, apa tudung muslimat tidak kuyup!?? Kolot sangat jawapan dia dan memang terbukti dia pentingkan diri sendiri sangat. Beria memprogramkan orang supaya menjadi fasilitator yang hebat tetapi diri sendiri tidak terprogram!! Ayuh kawan, Ayuh rakan bangun dan sedar dari kealpaan yang engkau selebungi itu. Bukannya baju kami tidak basah, memang baju kami basah pagi itu tetapi hati kami lagi basah dengan sikap dia. Ayuh rakan eksplorasi dirimu agar kita menjadi hamba Allah yang sehamba-hambanya. Ingatlah wahai rakan, wahai teman, wahai kasih, wahai cinta jangan sesekali praktikkan sikap ini dalam diri anda.



Masih ada lagi karat-karat jahilyyah ini dalam Hati Anda? F ikir-fikirkanlah..

”Jauhilah kemarahan, sebab sikap ini merupakan pintu kesedihan,keresahan, kegundahan hati yang tidak pernah puas, jiwa yang tidak berkenaan, keadaan yang tidak menyenangakan dan membuang-buang usia”
-Dr. Aidh Al-Qarni-

Wa’fu minkum..

- Copyright © Selalu Berbicara -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -