_____________________________________________________________

________________________________________________________________________________________




Semalam ketika sedang menunggu train untuk pulang ke Fez dari Rabat, saya berjumpa dengan sebuah keluarga yang baik.

Kebetulan duduk sebelah mereka.

Pak cik itu hulurkan saya sekeping Harshah (makanan maghribi) dan sebutir tamar.

Seperti biasa orang melayu punya 'style' pasti menolak untuk kali pertama.

Namun, tolakan saya itu menyebabkan pak cik berubah wajah. Jadi, saya terima makanan itu dan makan dengan terpaksa.

Baiknya keluarga itu sampaikan air minerall pun dia berikan pada saya. Senyum lebarlah. Lagi-lagi musim panas memang perlu minum air kosong banyak.

Mereka nampak sangat bahagia. Pak Cik, Mak Cik dan seorang anak kecil perempuan.

Namun, kebahagiaan yang saya sangka itu bukan kebahagian yang mereka impikan seperti kita impikan.

Anak kecilnya itu sakit. Sakit DownSyndrome. Anak mereka tidak berupaya seperti kanak-kanak biasa.

Setiap sebulan mereka perlu ulang alik dari Meknes ke Rabat (Negeri Sembilan - KL) untuk rawat anak mereka.

Pak Cik dan Mak Cik itu minta saya doakan anaknya.

Saya kata pada mereka. "Kau jangan sedih. Anak kau Ahli Syurga, Insyaallah".

Berderai air mata suami isteri itu. Saya 'cover' kepoyoan untuk tidak berderai.

Jadi, kepada semua yang mengikuti laman blog saya yang tak seberapa ini. Saya mohon anda juga turut mendoakan anak pak cik tersebut agar menjadi saham besar untuk mereka juga masuk ke syurga bersama anaknya.

Doa itukan senjata Mukmin. Insyaallah.

Sebelum berpisah, saya hadiahkan mak cik dan pak cik itu sekotak Murtabak Beku. Biar dia rasa murtabak yang jadi kegilaan umat melayu masa musim puasa.

Doakan !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II

*Hajatnya ingin mengambil gambar dengan pak cik tersebut, tetapi bateri BB yang sangat cap ayam


DiBicarakan alfaQir asri Jun 1, 2012 0 ulasan

Photobucket
(Klik gambar untuk download)

Pernah disakiti ?

Mungkin pernah dan mungkin tidak pernah.

Dan yang pernah disakiti pun susah untuk melupakan peristiwa yang menyakitkan hati itu.

Jadi, cara yang paling mudah untuk melupakan peristiwa itu adalah dengan Memberi Kemaafan.

Maaf itu Penyeri Kehidupan. Duka boleh jadi Suka. Derita boleh jadi Bahagia !

Jika tidak percaya cubalah hari ini.

Kuncinya adalah I K H L A S dalam memberi M A A F .

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.", Albaqarah : 237

Jom jadi Pemaaf ! Ubah sekarang , selamatkan diri anda !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II


DiBicarakan alfaQir asri May 29, 2012 0 ulasan




Kita mesti pernah merancang sesuatu perkara kan. Tetapi, rancang punya rancang perkara itu akhirnya tidak menjadi.

Pernah mengalaminya?

Kadangkala, ianya bukan kerana kita tidak merancang dengan teliti. Tapi, Allah ada perancangan yang lebih BAIK untuk kita. Dan perancangan Allah untuk kita itu mengatasi segala-galanya.

Kerana itu, janganlah mengeluh. Janganlah berputus asa. Janganlah cepat merungut.

Kembalikan semua urusan itu kepada Allah s.w.t . Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sesungguhnya Allah suka dengan golongan yang menggantungkan harapan kepadaNya.

Dia tahu apa yang terbaik !

"....dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.", (albaqarah 216)

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 1200pm

DiBicarakan alfaQir asri May 27, 2012 0 ulasan




Saya menyelak helaian buku Kisah-Kisah yang Terdapat Dalam AlQuran tulisan Doktor Abdul Salam Aluush.

Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidr yang termaktub didalam Surah AlKahfi banyak memberikan inspirasi dalam mendidik erti kesabaran.

"Itulah sikap golongan agama ! Baru pandai sikit bahasa arab dah boleh mentafsir ayat alquran dengan sendiri !". Gertak seorang pemuda yang baru menerima 'cahaya' semula.

Saya dan Aiman tersentak dan bisu.

"Ayat AlQuran ini ada 7 peringkat. Yang korang tahu tu baru hanya satu peringkat!". Sambung pemuda berjambang nipis itu lagi.

"Saya memang tidak tahu lah bang tentang peringkat ayat alquran yang abang sebutkan ni. Tapi, dari apa yang saya belajar dari tafsir itulah maknanya ayat itu". Saya cuba memberikan jawapan dengan penuh hikmah.

Mukanya sedikit berubah dengan penjelasan itu.

Saya mula mengatur persoalan demi sebuah penjelasan.

"Semua cara dakwah dalam dunia ini salah ! Semua yang ada phd ini pun salah ! Bahaya mereka ni. Falsafah !". Makin aggersif dengan pendapat yang betul dalam salah.

Sabar untuk kedua kalinya.

Ini bukan kali pertama berhadapan dengan orang yang bersikap dan berfikiran seperti ini. Namun, ini lebih radikal dari pertama kali berjumpa sebelumnya. Radikal yang tersasar.

"Ouh, kalau begitu cara macam mana yang betul?". Tanya saya.

"Cara yang betul hanyalah cara Syeikh itu".

Rupanya virus obses telah merebak membarahi pemikiran pemuda ini.

"Kalau macam itu, usaha Ustaz Azhar Idrus membawa anak muda kembali itu salahlah bang?". Tanya Aiman mendapat kepastian.

"Sangat salah ! Dia tu Ustaz Maharaja Lawak. Berlawak ketawa dengan hukum Allah".

"Kiamat nak dekat ! Jangan fikir orang lain dah , fikir diri sendiri !". Tambahnya lagi dengan penuh keyakinan untuk meyakinkan saya dan juga Aiman.

Suasana malam itu sedikit berlainan ditambah dengan perwatakan yang begitu berbeza pemuda itu ketika di awal pertemuannya bersama kami.

Otak makin laju memikirkan soalan untuk beliau. Dan makin bertambah laju apabila memikirkan strategi membetulkan pemahaman beliau.

Hampir kesemua kefahaman anak muda ini lari dari skop kesyumulan islam. Rata-rata percakapannya banyak kepada ajakan meninggalkan dunia dan seisinya. Hatta, skop dakwah yang besar dipandang begitu kecil. Sangat kecil !

"Cara dakwah yang paling betul adalah dengan mengimarahkan masjid". Saya sangat sokong kenyataan ini namun tidak sokong dengan aplikasinya.

"So, kalau nak imarahkan kena lah berdakwah untuk berikan kesedaran kepada ummat". "Macam mana kalau nak imarahkan masjid tapi kerja dakwah tak mantap?" Soal saya.

"Kau sedar tak ni ! Kiamat nak dekattt, selamatkan diri sendiri dulu !". Jawabnya tanpa menjawab soalan saya.

Akhirnya, apabila anak muda itu mula enak bercerita tentang latar belakang kehidupannya baru saya sedari bahawa beliau tertipu setelah lama tertipu dengan kehidupannya diperantauan seketika dahulu.

Akibat tertipu sekian lama dan ingin mencari cahaya kehidupan yang baru tetapi malangnya tertipu untuk kali yang keduanya.

Belajar dan mengamalkan zikir tarikat tanpa bertemu tuan guru yang mursyid.

Seperti kera yang dapat cincin lalu ditanyakan kepada kera yang lain tentang perihal cincin tersebut.

Dunia Jambatan Akhirat.

Namun, pengalaman bertemu insan seperti ini sebelum ini memberikan guide line kepada saya untuk terus tidak meninggalkannya jauh.

Beramal untuk akhirat tidak semestinya kita menafikan hak dunia. Hak untuk membina kehidupan yang akan membantu kehidupan disana.

Ibnu Umar R.A pernah berkata,

"Beramallah seakan-akan kamu akan mati esok hari. Dan bekerjalah seakan-akan kamu akan hidup selamanya".

Imam Alghazali juga menceritakan didalam kitab Ihya' Al-Ulumuddin bahawa antara ciri ahli ibadah yang tertipu adalah mereka yang berlebih-lebih beramal untuk mengejar akhirat sehinggakan melupakan dunia.

Alangkah indahnya, jika didunia ini semuanya bersikap sederhana.

Sederhana didalam berfikiran. Sederhana didalam beramalan. Dan juga paling penting bersederhana didalam berurusan dengan dunia !

Seimbang dunia akhirat !

Masakan tidak Imam Syafie r.a. menyebut perihal dunia yang perlu diperoleh dengan ilmu. Masakan tidak para imam-imam yang terdahulu menolak untuk mencari rezeki didunia.

Dunia Bukan Matlamat.

"Ya Allah, janganlah Kau jadikan dunia ini sebagai kepentingan utama kami!". Doa ini sering dituturkan dibibir kita.

Semuanya memohon kepada Allah agar dunia ini tidak menjadi Matlamat bahkan ianya menjadi Aat untuk Akhirat.

Itu yang sepatutnya.

Mengenepikan hak-hak kehidupan seperti menidakkan diri kita sebagai manusia.

Tinggalkan hak isteri, anak-anak, dan yang paling sedih apabila mengenepikan peluang ibadah dengan dunia.

Gunakan dunia ini dengan sebaiknya untuk menuju matlamat kita disana.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)". (Surah Ali Imran : 14)

Jangan menafikan hak kita !

Namun, apabila kita bersahabat dengan insan seperti ini jangan sisihkan mereka. Rakanilah mereka supaya mereka juga seperti kita nanti.

Pendekatan yang besederhana dan sopan ketika berhujjah dengan insan seperti ini akan memberikan nilai tambah kepada anda.

Entiti dakwah itu sendiri perlu dengan Hikmah, Bijaksana dan Kebaikkan.

Jangan ketika mereka menggunakan bahasa akal, Kita menggunakan bahasa Arab !

Agar kita boleh contohi Nabi Khidir A.S dalam memberi Hikmah.

Besederhana itu Indah.


Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla II 0947am



DiBicarakan alfaQir asri May 23, 2012 0 ulasan




“Demi masa, maka sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Surah Al-Asr.

Pernah seketika saya dan seorang rakan menghadiri sebuah program anjuran persatuan disini. Memang meriah. Sambutan terhadap program tersebut menggalakkan. Barangkali ramai yang ingin tahu dengan mendalam tentang isi program tersebut.

Lalu, ketika sedang menghayati semua pamera yang disediakan oleh pihak penganjur. Suara rakan ini memberhentikan fokus saya terhadap 'Lauhah Al-I'lan'.

"Hurm, pakai tudung labuh tapi nampak juga lengan". Komen rakan saya terhadap seorang 'ukht' disitu.

Jujurnya, ketika itu saya sangatlah tidak berminat untuk berbicara Small Matter ini. Dan jujur sekali lagi saya katakan bahawa ketika itu anggapan saya terhadap isu lengan ini adalah perkara yang amat kecil. Bermakna anggapan saya terhadap seseorang itu tentang auratnya sudah sempurna.

"Alaah, small matter lah". Respon saya secara automatik.

"Kira ok lah tu, at least dia try untuk tutup". Respon saya lagi.

Rakan saya itu mengangguk mungkin mengerti bukan masa yang sesuai untuk bincang akan isu lengan ini.

Sedar dari lamunan.

Minggu dan hari berlalu pergi meninggalkan saya dan rakan. Sedar tidak sedar ketika nota kecil lagi hina ini ditulis hanya berbaki 2 bulan sahaja untuk saya kembali ketanah air. Dan kami terus melupakan isu penutupan lengan.

Sehinggalah saya terjumpa nota kecil saya tentang amaran Baginda Nabi s.a.w tentang sikap meremehkan perkara kecil. Baginda s.a.w bersabda " ...إياكم و محقرات الأعمال". Hadith yang bermaksud " Janganlah kamu memperkecilkan perkara kecil". Hadith ini direkodkan oleh Imam Baihaqi.

Baginda s.a.w mengingati dengan sepenuh peringatan bahawa perkara kecil jangan ditinggalkan kerana dari perkara yang kecil ini lah jadinya perkara besar.

Oleh kerana itu, isu penutupan aurat lelaki dan wanita ini bukannya perkara kecil yang boleh diremeh temehkan ! Bahkan ianya isu yang sangat berat lagi-lagi KITA PENUNTUT ILMU AGAMA.

Oleh itu, izinkan saya untuk berbicara tentang isu aurat ini agar kita tidak tergolong dari golongan yang sesat dan menyesatkan.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain". (Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim)

Aurat dari kacamata Imam Mazhab yang 4.

Saya bawakan kepada teman-teman semua ringkasan Bab Aurat ini dari pembacaan saya melalui Kitab Fiqh Al-Islami Wa Adillatahu(Fikh Islami dan Dalil-Dalilnya) yang ditulis oleh Dr. Wahbah Az-Zuhayli.

Rata-rata apabila diselak pandangan ke empat-empat Imam Mazhab Muktabar ini mereka berpendapat dengan tegas bahawa Aurat itu menjadi kewajipan untuk menutupnya. Dan mereka hanya berselisih pendapat ketika menyatakan isu aurat dihadapan mahram, dihadapan muslimah dan juga ketika berada dihadapan wanita non muslim.

Tidak kurang juga dengan pendapat penutupan aurat bagi kaum lelaki.

Imam Hanafi dan Ulama-Ulama alirannya :

1. Aurat Lelaki bermula dari bawah Pusatnya hingga dari bawah lututnya.

2. Aurat perempuan yang merdeka adalah keseluruhan tubuhnya kecuali Wajah, Kedua belah tangan (tapak depan dan belakang) dan juga Kedua belah kaki.

Imam Malik dan Ulama-Ulama alirannya :

1. Aurat Lelaki terbahagi kepada 2. Iaitu Mukhaffah(Antara Pusat dan Lutut) dan Mughallazah ( iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung) . Jesteru, mereka dengan berpandangan bahawa aurat-aurat ini Wajib ditutup. Mazhab maliki juga berpendapat bahawa aurat lelaki kita bersolat hanya perlu menutup Aurat Mughallazah sahaja. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja.

2. Manakala untuk aurat perempuan pula. Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah (harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi, tetapi sengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup.

Imam Syafie dan Ulama-Ulama alirannya :

1. Aurat lelaki bermula dari Pusat hingga lah ke Lutut.

2. Manakala untuk aurat perempun Imam Syafie dan Ulama sealiran dengannya tidak memberikan pengecualianya kepada tangan dan juga wajah.

2.2 Namun, ada juga Ulama-Ulama Syafi'iyah memberikan pengecualian. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.

Imam Ahmad bin Hanbali dan Ulama-Ulama alirannya :

1. Aurat orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya.

2. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

Begitulah pandangan-pandangan Imam Mazhab yang 4 berkenaan aurat. Saya tidak bawakan kepada teman tentang perbahasan lanjut tentang isu aurat ini. Cukuplah sekadar isu fundamental tentang aurat.

Adapun, perbahasan tentang aurat bersama wanita islam , bersama mahram dan bersama wanita non-muslim saya rasa teman-teman semua mampu mengkajinya. Begitu juga dengan ikhwah muslimin.

Small Matter Is Not More Small but Is A Important Matter.

Subhanallah !

Baru kita sedarkan, bahawa selama ini yang kita ingat perkara kecil itu boleh diremehtemehkan. Sekarang, jelaslah bahawa lengan itu perlu ditutup dengan sempurna seperti mana ditutup aurat yang lain dengan.

Kadang-kadang kita terlupa. Tidak mengapa, sebab itu perlunya ada teman-teman untuk mengingatkan kita. Tidak terlepas juga kepada kaum Adam yang selalu meremehkan soal aurat ketika bermandi bersama rakan-rakan.

Pusat yang berdaki tidak dihiraukannya. Lutut yang serabai langsung ditirikannya.

Kadang-kadang orang lain terpaksa menyakitkan mata mereka dengan melihat semua itu.

Moga kita lebih sedar selepas ini.

Kita Ajen Dakwah Ummah.

"Aku bukannya Ustazah, so tak pe lah kalau tak tutup aurat !"

"Aku amik Banking weyh, tak payah lah nak tutup-tutup bagai ni".

"Jumudnyaaaa".

Agak-agaknya kan pernah tidak teman-teman dengar ayat -ayat tersebut? Mesti pernah dengarkan. Tidak kita yang cakap, mesti kawan-kawan kita yang lain cakap.

Sebenarnya, tujuan pensyariatan untuk menutup aurat ini sangat indah. Apa dia? Antara tujuan (Maqasid Syariah) ianya adalah untuk memelihara maruah dan harga diri seseorang.

Islam ini agama yang sangat-sangat memelihara penganutnya dari ancaman duniawi dan ancaman ukhrawi. Kerana itu, pensyariatan menutup aurat ini tidak memilih bulu. Semua yang mengucap 2 kalimah syahadah sudah tertaklif kepadanya syariat ini.

Tambahan, hampir kesemua yang berada didalam kita ini adalah berlatar belakangkan pendidikan agama sejak sekolah rendah lagi. Adapun yang tidak berpendidikan agama secara khusus tetapi masih didedahkan isu ini sejak kecil lagi. Latar belakang agama !

Jesteru, tidak timbul isu meremehkan tanggungjawab menutup aurat ini. Lagi teruk, apabila gambar-gambar yang tidak sempurna aurat itu kita kongsikan untuk tatapan ramai diruangan laman sosial. Baik lelaki mahupun perempuan, keadaan kita semuanya sama.

Kita adalah ejen penyebar dakwah islamiah. Kita selalu mimpikan agar Islam di Malaysia ini kembali kuat dan kembali hebat. Hatta, kita selalu mimpikan agar Islam kembali berkuasa didunia ini. Tapiiiii....kita selalu mencemarkan impian itu dengan masalah kita golongan agama.

Masalah paling besar ialah masalah krisis identiti !

Jom Kita Ubah !

Akhir kata, semoga nota kecil dan hina ini mampu menggembalikan sinar hidayah yang kian malap dalam hati. Masa untuk berubah masih banyak.

Sama-samalah kita saling nasihat menasihati agar ukhwah yang dibina atas nama Allah ini kekal hingga ke syurga.

Sahabat dan teman sejati akan sentiasa memimpin teman dan sahabatnya yang lain kejalan Syurga Allah.

Mohon doa dan teguran jika saya juga melalukan kesilapan.

Moga kita tidak tergolong dalam golongan MAHASISWA dan MAHASISWI yang PANDAI BACA dan PANDAI MENGKAJI (golongan berilmu) tapi tiada KERJA dan USAHA !

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan | Teratak Nasyatilla 2351pm

DiBicarakan alfaQir asri May 16, 2012 2 ulasan

© SELALU BERBICARA (2008 – 2015)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di
SELALU BERBICARA dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat
SELALU BERBICARA hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SELALU BERBICARA terlebih dahulu. Ianya juga hasil kerjasama bersama AKADEMI SUKSES CONSULTANCY & TRAINING Sdn Bhd. PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN

Langgan Artikel Selalu Berbicara

Bicara Saya

Sebarang cadangan mahupun teguran adalah di alu-alukan. Klik 'Hubungi Saya' untuk berbuat sedemikian. Saya juga mengalu-alukan sebarang sumbangan/zakat dan sebagainya untuk memudahkan lagi perjalanan saya menuntut ilmu dibumi Maghribi ini. Sumbangan anda amat saya hargai dan hanya Allah mampu membalasnya. No Akaun saya 155050317545 (Maybank)

ENTRI TERBARU

FACEBOOK

Ruangan Iklaneka